Followers

Thursday, March 15, 2012

Umno/Bn melalui SPR terus menolol Pakatan Rakyat!

Permainan Umno/Bn melalui 'hamba suruhan' SPR semakin jahat. Semakin hampir dengan pilihanraya makin banyak perkara karut marut yang dilakukan oleh hamba Umno/Bn itu.

Daftar pemilih penuh dengan musuh negara, musuh rakyat (pengundi hantu dari warga asing) yang akan membahayakan keselamatan negara. Masa depan negara ini akan ditentukan oleh warga asing yang tidak setia kepada raja dan negara.

Daftar pemilih kotor dan penuh najis dengan najis yang diletakkan oleh haiwan peliharaan Umno/Bn itu. Beribu pengundi menjadi pengundi pos. Hanya manusia di Malaysia, dah tua ganyut baru nak menjadi askar kerana SPR!

Mynmar yang perintah diktator sudah beri ruang Su Syi bekempen di TV-nya. Malaysia yang konon katanya negara demokrasi terhebat dengan dasar transformasi terhebat (hebat taik kucing!) yang diperintah oleh Najib-Rosmah terus 'memperbodohkan' para pemimpin Pakatan Rakyat. Kalau pemimpin Pakatan Rakyat keluar TV pun hanya mulut sahaja nampak bergerak-gerak macam tok bomoh berjampi serapah, namun suara tidak berbunyi. Hanya sekadar mampu pinjam suara pembaca berita.

Para pemimpin Pakatan Rakyat dari Anwar, Kit Siang,Karpak, Haji Hadi hingga ke Mat Sabu terus berpolitik untuk kalah besar sambil kena tipu Umno/Bn melalui pelbagai kerenah dan perancangan jahat SPR. Nampaknya hingga ke hari ini apa sahaja yang SPR buat, para pemimpin Pakatan Rakyat cukuplah sekadar berleter siang dan malam!

Umno/Bn terus bermaharaja lela membuat onar dalam melalui perancangan jahat SPR untuk menyungkurkan kepala Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti. Pakatan Rakyat terus kecam...kecam...kecam...kecam dan kecam sampai meleleh air liur basi tapi habuk pun tarak! Umno/Bn terus gelak besar mendengar kecaman demi kecaman, sebab Umno/Bn memang suka pun dikecam. Alah apalah sangat kecaman!

8 tuntutan BERSIH 2.0, Umno/Bn dan haiwan peliharaannya dibuat alas buntut. Pemimpin Pakatan Rakyat terus kecam! UMno terus tergelak! SPR terus berperangai macam haram jadah! Pilihanraya hanya sehari dua sahaja lagi! Redha je lah!!

Setuju sangat, Pakatan Rakyat akan tersungkur parah dalam PRU ke 13 melainkan BERSIH 3.0 digerakkan segera kerana perundingan, tuntutan dan kecaman bukan permainan sesuai untuk berdepan perangai yahudi Umno/Bn dan SPR. Hanya BERSIH 3.0 permainan yang sesuai buat penipu dan pemutar belit pilihanraya. Jika tidak, bersedialah kita untuk kalah besar tanpa tuntutan BERSIH 2.0 diterima pakai.

Wahai para pemimpin Pakatan Rakyat hanya dengan BERSIH 3.0 anda akan mampu membawa harapan rakyat ke arah perubahan jika tidak, tak payah cakaplah, SPR siang malam merancang untuk anda semua kecundang.....Tan Sri Khalid MB Selangor pun mungkin tak boleh menjadi MB lagi selepas PRU 13 in!

No comments: