Followers

Monday, March 05, 2012

Tiada maaf bagi mu, Najib!


Najib PM telah memohon maaf dari rakyat di atas kesilapan Umno/Bn memerintah selama ini yang mengakibatkan mereka kalah teruk dalam pilihanraya ke 12 yang lalu. Sejak akhir-akhir ini telah pun dua kali Najib PM memohon maaf kerana kesilapan Umno itu. Sini

Masalahnya, bolehkah permohonan maaf itu diterima? Semenjak 54 tahun Umno memerintah rakyat telah banyak kehilangan perkara penting:

1. Tulisan bangsa Melayu iaitu Jawi telah hilang entah ke mana kerana Umno. Bolehkah orang Melayu dapat kembali tulisan Jawi?

2. DEB antara dasar untuk memajukan ekonomi orang Melayu menjadi gagal kerana masalah ketirisan yang dilakukan oleh Umno/Bn. Dalam hal ini bukan kecil 'dosa' Umno terhadap rakyat Melayu!

3. Tanah rezab Melayu hanya tinggal 1/3 sahaja. Bolehkah Umno dapatkan kembali tanah rezab Melayu yang banyak telah tergadai itu?

4. Pulau Batu Putih telah hilang sebagai harta pusaka bangsa kerana kelembikkan Umno/Bn memerintah negara. Bolehkah rakyat maafkan uMno dalam hal ini? Bukan sekaki tanah hilang oi! Sebiji pulau!!

5. Tanah KTM di Singapura yang tidak berdosapun telah 'digadai' oleh kerajaan Umno/Bn. Aku tidak dapat maafkan hal ini.

6. Biasisawa untuk bumiputra yang dijamin oleh Perlembagaan negara pun telah 'dirampas' oleh Umno/Bn yang telah menjadikan anak-anak bangsa Malaysia berselirat dengan hutang dalam proses pembinaan hidup mereka. Bagi anak-anak muda ini, hutang paling besar ialah hutang dengan kerajaan Umno/Bn. Saja je kerajaan Umno/Bn nak bagi beban kepada anak-anak muda!

7. Paling jahat apabila kerajaan Umno/Bn merestui kilang tanah jarang Lynas yang mampu memudaratkan rakyat dan semua makhluk lain jika berlaku kebocoran sisa lynas. Bolehkah memaafkan umno jika dalam keadaan rakyat bertempik dan merayu agar Lynas dibatalkan, tetap Najib mahu teruskan juga?

8. Antara yang terkini sekarang ini ialah isu hasrat kerajaan Umno/Bn menyenarai FGV Felda ke Bursa Saham Malaysia. Ramai rakyat yang tidak bodoh menjangkakan jika Najib dan Isa Samad berjaya melaksanakan penyenaraian tersebut sebuah lagi agensi yang banyak membantu menaikkan taraf ekonomi Melayu akan tergadai. Bolehkah Umno dimaafkan?

9. Daftar pemilih pengundi pilihanraya SPR ya ngmasih menjadi isu bahawa ianya penuh dengan pengundi hantu dalam kalangan bukan warga negara. Jika benar dakwaan ini, lagilah kerajaan Umno/Bn tidak boleh langsung dimaafkan kerana ianya bagaikan menggadaikan keseluruhan negara bila-bila masa sahaja!

Banyak lagilah kalau mahu disebutkan di sini akan kesalahan kerajaan Umno yang mungkin tidak 'terampunkan' oleh rakyat keseluruhannya terutama orang Melayu.

Jadi buat Najib dan Umno nya, sorry lah, hanya kekalahan Umno/Bn dalam PRU 13 merupakan kemaafan yang mampu diberikan sebagai muhasabah terbaik buat anda semua para pemimpin Umno/Bn! Tetap ABU!


No comments: