Followers

Wednesday, March 14, 2012

SPR membela hantu dan langsuir?

Isu-isu yang membelit pilihanraya masih terlalu banyak. Sehingga ke takat ini masih belum jelas apa yang dituntut oleh rakyat melalui BERSIH 2.0 tempoh hari mahu ditunaikan oleh kerajaan Umno/Bn dan cawangannya SPR. Sedangkan pegawai petugas pilihanray SPR telah pun dipanggil bermesyuarat hari ini dan esok.

Pilihanraya kelihatannya makin terlalu hampir. Namun 'sang ular kepala dua' SPR terus mahu membelit mangsa dalam kalangan parti-parti Pakatan Rakyat. Pelbagai perkara pelik dan tidak munasabah kian kedengaran dari mulut SPR. Daftar pemilih masih langsung belum bersih!

Terlalu begitu banyak peningkatan pengundi yang tidak dikenali masih terdapat dalam daftar pemilih. Terdapat di satu-satu alamat masih ada yang tinggal beratus-ratus orang di sebuah rumah. Kalau alamat itu menggambarkan sebuah keluarga maka keluarga begitu punyai ramai anak macam seramai anak babi pulak jadinya. Maknanya daftar pemilih berhantu tidak mustahil akan menyebarkan hantu-hantu ke seluruh negara terutama di mana-mana terutama di kawasan Pakatan Rakyat mampu menang.

Kalau mengikut cerita orang tua dulu-dulu, pokok beringin atau pokok jejawi adalah pokok yang penuh dengan hantu dan langsuir, maka itu penulis ingin katakan SPR adalah bagaikan pokok beringin yang penuh dengan hantu-hantu dan langsuir asing yang entah datang dari rimba mana. Oleh yang demikian bagi, mengikut kata orang tua-tua juga, untuk membungkamkan hantu-hantu dan langsuir yang banyak dalam daftar pemilih maka pokok beringin itu perlu 'dipakukan' dengan paku payung oleh rakyat sekali lagi dalam himpunan BERSIH 3.0!

Soalnya bilakah BERSIH 3.0 akan kembali untuk selamatkan suasana pilhanraya yang akan penuh dengan hantu-hantu, jerangkung, langsuir dan juga haramjadah?

Pilihanraya di Malaysia perlu dibersihkan dari mereka yang diamanahkan rakyat tetapi jahat kepada rakyat!

No comments: