Followers

Sunday, March 04, 2012

Semoga Ustaz Azizan dan Parkolrazi tidak memperlihatkan kepada umum bahawa kepimpinan PAS Pusat tidak berwibawa untuk perintah negara!

Tolonglah selepas PAS Pusat bagi kenyataan penyelesaian nanti, sekejap lagi, tak usahlah ada mana -mana lagi para pemimpin PAS Kedah terutama Ir Pakrolrazi atau Ustaz Azizan yang nak gatal mulut bagi komen apa-apa. Tuan-tuan perlu ingat tuan-tuan sekarang dikelilingi oleh begitu ramai wartawan dari akhbar pencacai Umno yang akan memberi 'nasi tambah' dan kepada komen tuan-tuan.

So dah selesai dah! Tunjuk ahklak islam sebab kita parti Islam! Orang tengok kita menyelesaikan masalah. ir pakrolrazi dan Ustaz Azizan atau sapa-sapalah hormat para pemimpin PAS Pusat! Jangan peristiwa mahabbah Hassan Jati berulang kali kedua!

Kalau pun hati panas, biar kepala sejuk! Sabar....kalau tak bersetuju dengan mana-mana pemimpin, muktamar ada, saluran parti banyak, guna! Jangan guna media yang dikuasai Umno/BN, kalau guna juga, bodoh namanya atau mungkin juga jahat kepada perjuangan parti Islam!

Ingat, kita nak menang di Kedah dan kuasai kerajaan di Kedah, makan masa puluh tahun, tak kan lah sebab 'pergaduhan' Azizan dan Pakrolrazi kita nak robohkan kerajaan Islam Kedah dalam sekelip mata atau dalam PRU 13!

Oleh itu tolong hormat formula pimpinan PAS Pusat. Ustaz Azizan dan Pakrolrazi jangan memperlihatkan kepada umum bahawa kepimpinan PAS Pusat tidak berwibawa dan bodoh!

2 comments:

Anonymous said...

Setelah berjaya memegang tampuk kuasa hasil usaha keras,ikhlas dan tanpa mengenal penat lelah selama berpuloh-puloh tahun kini mula memperlihat tanda kejatuhan. Semuanya gara2 sikap pemimpin itu sendiri. Berbalah tidak salah cuma jangan sampai menampakkan ego masing2. Kalau sebelum nie kita menjaja kelemahan parti lawan apakah sekarang kita mendapat kifarat dari ALLAH. Ada baiknya kita muhasabah diri dan memohon ampun kepada ALLAH.....

KulimBoy said...

Isu penyelewengan mana-mana dana rakyat merupakan isu yang paling celaka dalam PAS, walaupun isu seperti ini amat relevan untuk UMNO dan menjadi kebiasaan bagi parti PKR.
PAS tidak menerima mana-mana pemimpinnya melakukan perbuatan hina tersebut kecuali dilaknat seperti terlaknatnya iblis.
Jika terdapat pemimpin PAS yang menjadi penyamun dan perembat harta rakyat, maka semua ahli PAS akan doakan mereka semoga digoyang kaki mereka daripada perjuangan PAS dan terkubur sebagai terkuburnya puak-puak munafiq yang mengunakan agama untuk kepentingan diri.
Penyebar sebenar cerita mengenai penyelewengan pemimpin PAS adalah taik UMNO. Mereka cuba untuk menyamakan perangai jijik UMNO dengan wanginya perjuangan Islam.
Kesah YB menentang MB di Kedah tidak memerlukan orang diluar PAS untuk menyelesaikan. Amalan ini bukannya baru, sejak zaman bayi lagi PAS berdiri atas kaki sendiri. PAS tidak pernah ketandusan ahli yang boleh menjadi penasihat dan mursyid. Mereka yang berlagak ingin menjadi penasihat dan orang tengah dalam rumahtangga PAS adalah umpama "katak yang berlagak nak jadi kerbau".
Kembali bertautnya YB dan MB Kedah adalah perkara biasa, tiada pun yang luar biasa. Hanya dengan lawatan dan serban TGNA dan TGHH, kedua-dua belah akan menamatkan ikhtilaf yang penuh dengan kebodohan. Senjata utama penyatuan bagi YB dan MB Kedah adalah kedua-dua belah pihak adalah pejuang Islam yang sayangkan PAS.
Jika YB keras kepala tidak mahu beralah dengan penyelesaian PAS, halau keluar mereka seperti TGNA dan TGHH menghalau Hasan Jati.
Begitu juga, jika MB Kedah masih keras kepala dan membuka mulut seluas mulut Hasan Jati, maka TGNA dan TGHH masukkan sahaja dalam guni beras cap "Hasan Jati".
"Bagi orang PAS, serban TGNA dan TGHH lebih bernilai dan dimuliakan daripada seratus YB dan sepuluh orang Menteri Besar".