Followers

Tuesday, March 20, 2012

Semoga Tuan Dato Ir Phahrolrazi dapat bersabar !

Nampaknya Ir Phahrolrazi terus bercakap kepada media di waktu yang tidak perlu dan tidak sesuai buat jemaah.

Tuan Dato Ir, Mungkin anda betul atau mungkin juga anda salah dalam perbezaan pandangan itu. Namun betulkah anda atau tidak salahkah anda, menggunakan media umno/bn bukan caranya untuk anda membela diri anda secara tidak cerdik buat jemaah ini.

Gunalah mekanisma dalaman parti untuk anda melahirkan pandangan berbeza anda. Atau lebih baik berehatlah dahulu daripada berkata-kata sehingga selepas pilihanraya.

Adalah sangat dibimbangi, jika ada sayup-sayup di hati anda merasakan anda tidak gentar langsung kepada tindakan parti terhadap anda jika anda menjadi keterlaluan kerana mungkin merasakan sebarang tindakan parti akan merugikan parti sendiri.

Ingatlah Tuan Dato Ir, bagi parti yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya, sama ada rugikah untuk parti atau tidak rugikah apabila tindakan diambil, bukan menjadi perkiraan penting. Jika ahli itu telah menyusahkan perjalanan jemaah dalam menuju matlamat perjuangannya, ahli itu tetap akan diucapkan sayonara bila-bila masa!

Hati-hati Tuan Dato Ir Phahrolrazi, anda adalah seorang yang berbakat dalam kepimpinan jemaah, anda boleh pergi lebih jauh dari kedudukan sekarang jika anda lebih sabar dan sama-sama menjaga jemaah kita!

No comments: