Followers

Sunday, March 25, 2012

Rakyat jadikan PRU13 sebagai tribunal 'menghukum' Najib yang enggan tubuhkan tribunal menyiasat dakwaan Datuk Ramli!

Bolehkah Najib Razak yang telah hilang integrity itu diharap untuk tubuhkan tribunal menyiasat Peguam Negara dan Bekas Ketua Polis Negara? Jangan harap!

Kenyataan Najib Razak bahawa pendedahan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Ramli Yusof sebagai hanya sebuah dakwaan, menggambarkan bahawa Najib Razak seorang yang telah hilang ketelusan dalam mentadbir negara ini.


Kalau benar kenyataan Datuk Ramli itu hanya sebagai dakwaan maka tribunal-lah yang sepatutnya digunakan untuk menyiasat dakwaan itu sama ada ianya sahih atau tidak. Bagi Najib bukan tribunal patut digunakan, cukup hanya dengan kenyataan tak perlu dari mulut merah-nya sahaja!


Kalau begitu, kita, rakyat jangan mengharap apa-apa jenis tribunal pun dari kerajaan Najib lagi kerana Najib seorang pemimpin yang paling kluk klek. Sekarang sampailah masanya untuk rakyat menjadikan PRU ke 13 nanti sebagai tribunal bukan saja untuk menghukum Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara malah dengan Najib dan team kabinetnya sekali!


Maka seluruh rakyat perlu jadikanlah PRU ke 13 sebagai tribunal yang paling sahih, bukan tribunal yang diharapkan daripada kerajaan yang sifar integrity dan ketelusan Najib Razak!


Baca sini: malaysiakini

No comments: