Followers

Saturday, March 10, 2012

Padanlah kita semua, pakat kena pandir je hari-hari!

Bercakap bohong, memfitnah, kroni, takut bini, membazir wang, motif bunuh tak boleh tahu, ketuk dulang paku serpih kata orang kerajaan umno yang lebih dan akhir-akhir ini sibuk minta maaf dari rakyat. Inilah gambaran yang kelihatan hari ini yang dapat dilihat pada kerajaan Umno/Bn pimpinan Najib Razak. Kesimpulannya kerajaan Umno/Bn yang ada hari ini memang benar-benar hilang integriti dan menjadi kerajaan serba tak kena.

Buat SBPA beriya-iya, asal-asal kakitangan bawahan komplen SBPA, tak nak dengar-muktamat! Cakap besar pula konon duit cukup, berbilion-lah, bertrilion-lah. Dengar ceritanya puak-puak atas duit dah jadi taik! Untuk kuli dan kutu haprak, lepas tangguh, tangguh!

Akhirnya SBPA dibatalkan konon alasan kakitangan kerajaan komplen tak adil. Betullah tak adil tu, tapi yang dulu gatal nak buat skim gaji baru siapa suruh? Aku dengar cerita kawan-kawan, kakitangan kerajaan bukan suruh buat skim baru, takkiralah skim gaji baru ke, lama ke, yang utama, kaji semula kenaikan gaji kepada kenaikan yang setimpal dengan tekanan hidup hari ini dan turunkan harga minyak untuk membolehkan harga barangan keperluan turun. Ini tidak...SBPA-lah apalah!

Akhirnya dalam ghairah dengan SBPA sebagai konon salah satu proses transformasi, kerajaan Najib membazir wang rakyat. Apa tak membazir, dengan pembatalan SBPA yang dibuat tergesa-gesa itu, banyak mana kos mencetak borang opsyen yang telah dipaksa ditandatangani oleh kakitangan kerajaan secara tergesa-gesa itu, membazir kerana borang-borang SBPA itu mungkin terpaksa dibakul sampahkan? Ini betul-betul kerja pandir!

Ini lagi satu hal, kalau betullah, bapaklah membazirnya wang rakyat! Banyak pula tu bukan sikit! Bayangkan mengadakan majlis pertunangan anak ....MAJLIS PER.TU.NA.NGAN sahaja mencecah Rm400 ribu lebih! Fuh kos jamuan untuk 36 orang VIP katanya RM18,792, kos jamuan 862 orang tetamu RM309,975 dan kos pengendalian majlis RM81,000. Ini majlis pertunangan ke apa ni? Macam manalah rupa manusia yang ditunangkan itu agaknya?

Padanlah kita semua ni, pakat kena pandir je hari-hari! Woi baik ABU-lah!

1 comment:

Anonymous said...

Ini menunjukkan pendokong-pendokong parti umno (YG KINI) adalah KEPARAT...menipu rakyat dulu, kini dan selamanya..