Followers

Monday, March 19, 2012

Nalla karupan latah juga ...epocot!

Yang sedapnya bila nalla melatah "(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.

Cheh....Berani konon, Anwar ajak berdebat, takut!

Ikhlass.....Pu'ett!!! Tunangkan anak pun guna duit....HAA...!!!!

Melakukan yang terbaik untuk rakyat....taik kucing....!! Harga minyak tak turun-turun! SBPA pun batal!!! Semua tak menjadi!!

Piigi dah!!


Nallakarupan Dakwa anwar Tidak Layak Pimpin Negara

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S.Nallakarupan, yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.

"(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.

"Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya. - BERNAMA

Sumber:mstar.com.


1 comment:

Anonymous said...

tak kisahle samada Anwar layak atau tidak,yang penting Bn kalah,you sibuk kenapa?Anwar pernah jadi menteri ape?Setakat jadi senator, monyet pun boleh....dengki tak habis2...