Followers

Sunday, March 11, 2012

Najib 'semua tak menjadi' kini sebaris dengan Rosmah - sudah menjadi liabiliti kepada Umno!

Najib PM dijangka akan umumkan kedudukan Sharizat dalam kabinet apabila tiba masa yang sesuai. Pengumuman kedudukan Sharizat itu agaknya mungkin kerana kes lembu kondo atau kondo lembu yang mendapat peruntukan RM250 juta dari kerajaan Malaysia iaitu duit cukai rakyat jelata.

Najib akan umum kedudukan Kak Ijat itu mungkin kerana tak tahan dengan desakan pelbagai pihak. Desakan pembangkang dari Pakatan Rakyat tak apalah dan biasalah, kerana memang pun buat masa ini Pakatan Rakyat pembangkang di parlimen Malaysia. Selepas Pru 13 nanti belum tentu lagi. Masalah sekarang yang Najib mungkin tak tahan desakan agar kak ijat letak jawatan dari puak-puak Umno sendiri macam bung moktar, tuan syed, rafidah dan paling tak tahan dari Mahathir "hudud tak ada dalam al-Quran"! Maka agaknya akan membuat pengumumanlah Najib, bila masa yang sesuai lah!

Itu kes lembu kondo atau kondo lembu dari peruntukan kerajaan RM250 juta, bagaimana pula dengan isu pemimpin utama Umno didakwa Rafizi belanjakan duit kerajaan untuk majlis pertunangan anaknya yang katanya guna duit kerajaan berharga RM400 ribu lebih?

Dulu bila Rafizi dedah kes lembu kondo maka puak-puak 'pakar belasah' Umno segera desak kak ijat letak jawatan, tapi kali ini, bila Rafizi dedah kes majlis pertunangan anak orang itu dan pemaisurinya, mana perginya tuan bung, tuan syed, rafidah, dan mahathir "hudud tak ada dalam al-Quran"? Tak nak desak orang itu letak jawatan ke?

Kalau dulu dikatakan kak ijat menjadi liabiliti kepada Umno dalam menghadapi pru ke13, tidakkah orang itu dan bininya juga liabiliti kepada umno sekarang? Takkanlah kerana RM400.000 lebih kecil nilainya dari RM250 juta maka tak apa kot!!

Kalau begitu maka umno tunggulah ABU (Asal bukan Umno aku sokong)!














No comments: