Followers

Wednesday, March 14, 2012

Sebuah 'istana' yang belum punyai alamat !

Inilah cara Umno! Begitu mudah mereka bermadah bagi menghalalkan tindakan yang menimbulkan seribu satu syak wasangka rakyat. Dengan madah indah seorang balaci maka bersihlah seorang bos yang rumahnya walaupun bagaikan istana itu, namun masih belum ada alamat surat menyurat sampai hingga ke hari ini. Jika begitulah keadaannya 'istana' yang pernah membayar bil air mencecah RM300.000 sebulan, baiklah rumah-rumah PPRT yang mempunyai alamat surat menyurat!

Najib sebenar dalam keadaan sebegitu genting masih tidak mampu untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang cerdik integriti atau sebenarnya semua itu adalah gambaran cerdik mengambil kesempatan dengan penuh seni dan auta! Tunggulah A.B.U wahai Najib!!!

Hantar bil kepada PMO bukan bukti salah laku

Nigel AW

Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' sebagai bukti menunjukkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) membiayai perbelanjaan pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak. Katanya, borang yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli itu, tidak boleh disamakan dengan penggunaan dana awam untuk parti.

"Mereka menggariskan perkataan 'dibilkan kepada PMO' dalam merah (dalam BEO) ... bil kepada PMO bermakna menghantar bil kepada PMO. Ia tidak bermakna PMO membayar bil-bil. Di mana Pejabat Perdana Menteri? Di PMO.

"Sebagai contoh, jika saya menandatangani perjanjian untuk membeli sebuah kereta dan mereka tanya di mana bil perlu dihantar dan saya beritahu mereka ke ke pusat perkhidmatan saya.

"Adakah ini bermakna pusat perkhidmatan saya perlu membayar? Pejabat saya di sana," kata Rahman (kanan) selepas taklimat kepada ahli-ahli parlimen dari BN di Kuala Lumpur malam tadi.

Rahman, yang sebelum ini bertengkar dengan Rafizi di laman Twitter, membidas pemimpin PKR itu yang menuntut Najib mengemukakan bukti bagi menunjukkan dirinya tidak bersalah. "Di dunia mana ada situasi seperti ini, oarang yang menuduh, tetapi tertuduh diminta memberikan bukti?" katanya.

Katanya, jika Rafizi, melalui NGO Jingga 13, sengaja mengelirukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan dokumen berkenaan, Rafizi boleh dihukum denda RM100,000 penjara 10 tahun atau kedua-dua mengikut Seksyen 27 Akta SPRM.

Sumber:malaysiakini

No comments: