Followers

Saturday, March 24, 2012

Mat Sabu dengki!

Apalah Bang Mat ni, dengki ka? Abang Mat jangan menghasut, kalau orang-orang kampong dan orang Felda tak sokong Umno, pemimpin Umno macam Sharizat nak makan apa? Kroni Umno macam Tajudin, nak hidup senang macam mana? Bini Najib nak beli beg tangan mahal susahlah! Anak Menteri yang cekik leher orang, nak kebal undang-undang macam mana? Mereka akan hidup melarat tau tak! Mereka akan hilang gaya hidup mewah, reti tak! Mereka akan ramai masuk lokap, tahu tak! Apalahh!

Orang-orang Melayu kampong dan felda atau di mana-mana yang masih setia dengan Umno, tak sanggup melihat hidup pemimpin Umno melarat. Kesian mereka tau tak!

Abang Mat tolonglah, orang-orang yang nak pangkah Umno, tak mahu para pemimpin Umno mereka, pakai kereta second hand atau recond macam kereta abang Mat!

Biarkan mereka dengan Porche mereka, bang Mat! Biarkan mereka dengan Mercedez mewah mereka, biarkan...biarkan Bang Mat!

Bang Mat jangan dengki, tak apa menjadi pengundi bodoh sungguh demi mereka, nak buat cam mana!

Mereka yang masih nak undi Umno tetap nak Umno selagi Umno berusaha menyusahkan mereka, tak apa! Mereka tak nak undi Pakatan Rakyat kerana PR teruk, adakah berjanji nak menyenangkan rakyat yang ramai tapi nak menyusahkan pula kehidupan dan kemewahan Najib, Rosmah, Sharizat, Noh Omar, Nazri Ajis, Ahmad Maslan, Zahid Hamidi dan yang sereban dengan mereka ini!!. MANA BULEEHH!!!?

Okaylah tu Bang Mat, Tajuddin dapat RM589juta seorang, rakyat 20 juta dapat RM500 setiap seorang! Adil, apa! Puak-puak tu buat mesti adil punya! Kan mereka ada seorang pemimpin yang mencontohi kesederhanaan Rasulullah !???


Kroni dapat RM589juta, rakyat dapat RM500 je


Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.

"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?

"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.

Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.

"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.

Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.

"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.

Sumber:harakahdaily

No comments: