Followers

Saturday, March 03, 2012

Kalau tak selesai hari ini, Kerajaan PAS Kedah bakal tertonggeng!

Hari ini seluruh kepimpinan PAS Pusat turun ke Kedah untuk menyelesaikan 'perangai taik minyak' beberapa orang pemimpin Kedah yang mampu mengakibatkan Kerajaan PAS Kedah tertonggeng dalam pRU 13 nanti.

Penulis kata 'perangai taik minyak' kerana kalau kononnya nak zahirkan perbezaan pandangan dan pendekatan sangat, sabarlah dulu, tunggulah lepas pilihanraya, ini tak, tak sabar-sabar! Kerajaan PAS Kedah baru setahun jagung, ubun masih lembik dalam mengahadapi kerenah dan kejahatan Umno/Bn, pemimpin PAS Kedah dah berlagak terer!

Kalau hari ini tak selesai jugak selepas pertemuan dengan para pemimpin pusat, memang para pemimpin pas dalam kerajaan Kedah tu bodoh sombong. Dalam keadaan sekarang, hari ini, rakyat terutama ahli PAS cabok yang macam penulis ini tak mahu dengar apa jugak alasan, yang kami nak, perkukuhkan Kerajaan PAS Kedah segera... !! Jangan habiskan duit ahli dengan pertemuan mahabah..pertemuan mahabah! Berapa kali nak mahabah?

Belajarlah dari Kerajaan PAS Kelantan, mungkin tak semua yang berada dalam kepimpinan kerajaan Kelantan bersetuju dengan Tok Guru dalam hal tertentu, tapi cerdik punya pasal, tak lah mencari waktu saat-saat nak pilihanraya! Ini apa ni, tarik dirilah, tak nak dilantik semulalah...menyampah tahu tak! Tanpa tarik diri exco tak bolehkah nak tegur Menteri Besar? Bukankah PAS ada Mursyidul Am, Presiden, Lajnah Politik, tunggul kayu kah semua itu?

Sebelum imej PAS tercalar dan rosak teruk, tolong muhasabah diri anda semua wahai para pemimpin PAS! Tolonglah, kerajaan kita bukan macam kerajaan Umno Bn sekular, matlamat menghalal cara, kita kerajaan Islam, ada syarak, ada akhlak, ada sabar, hati panas kepala sejuk, ada pemaaf dan ada taqwa!




3 comments:

Anonymous said...

Aku sokong kuat PAS walau bukan ahli PAS,tetapi aku pun ada masa bengang dengan sikap segelintir anggota PAS di Johor.PAS lain negeri aku ta tahu.Pada bulan lepas DSAI ada datang ka Felda Tebrau Johor,selepas itu dia ka Pasir Gudang. Saya SMS seorang ahli PAS untuk tumpang kereta.Bukan apa takut sesak dan kena parking jauh jauh.Terus dia t ajawap sms atau panggilan telephone

Anonymous said...

hek eleh..slgi bnama manusia n bnafsu tu le jdnya..bodoh sombong...kuasa itu ujian..

Anonymous said...

PAS dah lama dah nak perintah Kedah. Bila dah dapat, sepatutnya tunjukkan yang depa boleh perintah dgn baik. malangnya from day 1, tak meyakinkan langsung. Kena serang dari luar tu dah memang tentu tapi orang PAS sendiri pun bengong jugak. Kalau PRU13 terlePAS balik, jgn harap la nak menang semula di Kedah! Sedih la tengok perangai kat kedah ni.