Followers

Saturday, March 31, 2012

Juta...juta...juta...juta: Lembu RM250 juta, prasarana Monsun Cup lebih RM300 juta, komisyen kapal selam juga ratus juta!!

Pada 11 Mac 2012 yang lalu, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan dilaporkan sebagai berkata, sudah tujuh tahun dianjurkan perlumbaan kapal layar Monsun Cup dianggap gagal apabila tidak memberi pulangan setimpal dengan suntikan dana besar kerajaan setiap tahun.

Shabery Cheek dilaporkan turut mendedahkan Kerajaan (Umno/Bn) Trengganu membelanjakan RM20 juta setiap tahun bagi tujuan sukan tersebut dan jumlah itu adalah perbelanjaan terbesar dalam penganjuran bagi acara sukan.

Sesungguhnya, ini lagi satu contoh pembaziran haramjadah wang rakyat yang dilakukan oleh kerajaan Umno/Bn. Bayangkan, dilaporkan bahawa kerajaan telah membelanjakan lebih RM300 juta duit rakyat untuk pembinaan prasarana bagi menganjurkan sukan tersebut. RM300 juta!!!

Peruntukan untuk lembu RM25o juta, untuk kapal layar RM300 juta! Main juta je puak-puak ni!

Menurut Timbalan Pesuruhjaya III PAS Trengganu, dari pendedahan perbelanjaan tersebut maknanya selama tujuh tahun kerajaan menghabiskan RM140 juta bagi pertandingan kapal layar Monsun Cup yang berlangsung selama 5 hari setahun.

"Pembinaan prasarana saja melibatkan lebih RM300 juta duit negeri dan setiap tahun RM20 juta untuk acara selama 5 hari atau bernilai RM4juta sehari. Jika tujuh tahun sudah RM140 juta," ujarnya.

Beginilah caranya Umno/Bn merompak wang royalti yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat seluruhnya. Namun kerana Umno/Bn menang PRU yang lalu untuk terus menguasai Trengganu dan Malaysia, maka hanya beberapa orang kroni yang menikmati ratusan juta wang rakyat begitu sahaja. Rakyat yang mengundi Umno/Bn hanya mampu menikmati keropok lekor liat sambil minum air sirap double lion!

Program pemandiran rakyat seperti Monsun Cup akan diteruskan oleh Umno/Bn kerana ianya sangat menguntungkan dan tidak membebankan ekonomi negara walaupun rakyat akan terus didera tapi tak apa, rakyat redho saja! Kalau umno tak perintah Malaysia, tak ada jalanraya, tak boleh beli kereta, akan lapar kebulur belaka dan makan ubi kayu kita!!!!!!!


No comments: