Followers

Friday, March 30, 2012

Dalam 1Malaysia makin banyak yang hilang!

Bacalah antara kisah di sebuah negara yang didakwa selamat oleh Menteri Dalam negeri Malaysia.

Negara yang di dalamnya ada kisah wanita asing yang mati dibom hancur berkecai!

Negara yang di dalamnya gempar dengan kehilangan jutawan produk kecantikan yang hanya ditemui DNA sahaja dan satu dua barang-barang kepunyaan!

Negara yang di dalamnya ada ramai kanak-kanak seperti Nurin Jazimin dan Dirang yang hilang kemudian ditemui mati!

Negara yang di dalamnya rumah Mawi dan Yb yang begitu selamat pun dimasuk perompak dengan parang!

Negara yang di dalamnya pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim pun tak selamat berceramah hinggakan kereta kemek dan cermin kereta pecah!

Negara yang di dalamnya, pemerintahannya ialah Najib Razak seorang Presiden Umno yang lembek!

Dibawah dipetik dari Suara Keadilan 59:

Rakyat Malaysia, khasnya remaja perempuan semakin tidak selamat di era pemerintahan Datuk Seri Najib Razak. Ini berikutan lebih 4,000 individu dilaporkan hilang sejak Najib mentadbir negara pada April 2009 dengan sebahagian besarnya merupakan remaja perempuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dipetuk berkata, sejak 2009 hingga Februari tahun ini, majoriti dari 4057 yang dilapor hilang itu merupakan remaja perempuan.

Terkejut dengan statistik polis itu, Ketua Seri Kandi KEADILAN Siti Aishah Shaik Ismail melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan dasar pemerintahan Najib.

"Bagaimana, sejak Najib jadi PM, sekurang-kurang tiga hingga empat orang rakyat Malaysia hilang dalam sehari dan lebih membimbnagkan majoritinya adalah adik-adik remaja perempuan kita.

"Saya difahamkan antara faktor remaja itu hilang kerana tekanan dan masalah keluarga selain hilang ketika keluar mencari pekerjaan.

"Ini membuktikan kos sara hidup rakyat tinggi, maka rakyat tertekan dan lebih malang ianya gagal difahami Najib kerana Presiden Umnn itu lebih mengutamakan pengagihan wang rakyat untuk kroni elit yang rapat dengan pemerintah," tegasnya.

Sehingga Februari lalu 60 peratus daripada 4057 yang dilaporkan hilang itu belum ditemui dengan majoritinya merupakan remaja perempuan.


No comments: