Followers

Tuesday, March 06, 2012

Cukuplah... Ustaz Azizan dan Ir Phakrolrazi, tak perlu adakan sidang akihbar lagi!

Sesungguhnya sikap YB Phakrolrazi and the gang membuat sidang akhbar dan kemudian menyatakan sebab perselisihan dengan Menteri Besar seperti yang dilaporkan di Malaysiakini adalah tidak elok.

Pemimpin pusat sudah dimaklumkan punca pertelingkahan apa perlu lagi disuakan pula kepada umum? Ini semuanya menempah masalah yang lebih besar. Tak kiralah kimikazi ke, apa ke, dah lah, tutup mulut dan mula bekerja!

Tak payahlah cakap matlamat dah tercapai ke apa ke! Masalah dah selesai, selesailah! Sekarang masing-masing hati masih belum sejuk sepenuhnya, mengapa perlu diulas lagi. Bagaimana kalau Datuk Azizan menjawab pula nanti dan tersentuh pula hati Pharolrazi and the gang? Adakah Phakrolrazi and the gang akan batal terima exco? kalau tak jadi terima exco. tidak ke bala namanya! Imej PAS akan rosak.

Nampaknya kadang-kadang para pemimpin di atas, yang sering berpesan kepada aktivitis parti di bawah ini agar taat kepada jemaah, lebih tidak berdisiplin terhadap jemaah! Memalukan!

Kalau masing-masing terus membuat sidang akhbar mendakwa masing-masing telah berjaya membawa perjuangan dan prinsip masing-masing, tidak kah itu akan melahirkan tindak balas yang emosi dari pihak yang satu lagi? Dalam keadaan bermasam muka bolehkah berkerja sebagai satu pasukan?

Sekarang luka walaupun sudah tidak berdarah tetapi masih merah. Oleh sebab itu cukuplah bertelagah, masalah yang menjadi berbalah pun bukanlah masalah rasuah, pecah amanah, ketirisan macam NFC, terlibat perzinaan dan masalah akhlaq yang besar-besar lain. Buatlah reti sikit!

3 comments:

Anonymous said...

cukuplah tu fuchrorazi, jangan nak menang iri sendiri jamaah tergadai

tinta da'ie said...

aku pen heran la..kalau komen lebih2 kan x hormati pendirian parti..udah2la 2..kalau pimpinan cmni..bagaimana ahli2 nk terdidik dgn akhlak berjemaah..

Anonymous said...

mereka bertiga ni bagaikan pokok buloh yang dah tua,lupa janji pada rakyat.kami bayar gaji mereka bukan untok menunjokkan betapa hebat mereka boleh bertelagah yang tak bermaruah memperlihatkan siapa lebih berkuasa.rakyat lantik untok membela nasib rakyat.kalau amanah perjuangan dari rakyat untok rakyat pun mereka tak mampu.wahai rakyat apa tunggu lagi pemimpin pemimpin penyemak mata ini dilenyapkkan dari pandangan kita.