Followers

Saturday, March 31, 2012

1 Malaysia, bapak anak-anak pemimpin Umno punya!


Melihat kepada senario yang terlihat sejak akhir-akhir ini, bolehlah dikatakan, 1Malaysia ini para pemimpin Umno yang punya! Mereka memiliki segala-galanya dari harta benda, wanita dan kuasa!

Sharizat dan kuasa memiliki RM250juta syarikat lembu. Suami katanya bergaji RMratus ribu. Anak-anak mami Jat bergaji puluh ribu sebulan. Mampu legi membeli kereta mewah mercedez berharga hampir setengah juta! Itu keluarga syarizat!

Lihat pula anak Nazri Aziz menteri undang-undang auta Umno! Anak beliau yang kerjanya dan bisnessnya entah apa, muda lagi, mampu memandu kereta dari jenis Porsche!

Anak Najib Rosmah untuk majlis pertunangan sahaja mencecah RM400,000. Memang banyak! Banyaknya duit para pemimpin Umno kesayangan rakyat kampung dan makcik pakcik Felda yang ke hulu ke hilir naik bas henti-henti atau honda cub buruk, tak ada mud guard lagi!

Adik Najib pula tiba-tiba sahaja menjadi antara yang terkaya dalam 1Malaysia. Bini Najib tak usah kiralah, sartu badan berjuta harta!

Anak Taib Mahmud walaupun bukan dari Umno, tak usah kiralah punyalah kaya dan rayanya. Bercerai sahaja isteri dituntut RM400 juta!

Itu anak-anak para pemimpin Umno dan Taib Mahmud yang diketahui. Bagaimana pula anak-anak para pemimpin Umno yang lain. Anak Muhyiddin, anak Hishamuddin, anak Pei Apdal, anak Isa Samad, anak Rais Yatim, anak Tajuddin Pasir Salak dan anak yang lain-lain!

Anak-anak rakyat? Tuntut hapuskan PTPTN pun, dah menteri Umno kata bebankan kerajaan Umno/Bn, ada pula rakyat pandir di kampung-kampung yang sokong pandangan itu!!! Memang Pandir!

No comments: