Followers

Tuesday, February 14, 2012

Umno, Pemimpin Umno dan SAMPAH!



Perbuatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya mungkin bakal menjadi pentanda yang tidak baik kepada Umno/Bn!


Kalau mengikut sejarah, Umno bagaikan pantang dengan benda-benda yang berkaitan dengan SAMPAH. Apakah tindakan Ahmad Maslan itu merupakan ‘buang tebiat’ yang akan mengulangi nasib malang Umno?


Dulu sewaktu Khir Toyo menjadi MB Selangor, beliau telah dengan selambanya ‘menghadiahkan’ penyapu SAMPAH kepada MKT yang dikatakan berprestasi buruk di Selangor pada waktu itu. Dengan takdir Allah, pilihanraya selepas anugerah penyapu SAMPAH itu telah tidak menunggu lama untuk ‘membungkus’ Khir Toyo dan pemerintahan Umno/Bn di Selangor!!


Kini Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno Selangor telah gagal belajar dari apa yang dilakukan oleh Khir Toyo. Dengan selambanya Ahmad Maslan membawa sekali ke pentas Tong Sampah yang biasanya cemar untuk menghadiahkan ‘buangan’ Buku Jingga Pakatan Rakyat ke dalamnya. Memang Allah Maha Menentu Segala-galanya namun apakah perbuatan Ahmad Maslan membuang buku Jingga yang berniat baik terhadap rakyat itu, bakal mentakdirkan anak Razak dan Umno/Bn bungkus dari Putrajaya sebagaimana bungkusnya anak Toyo di Selangor?


Hah....siaplah Umno, bakul sampah dan membakul-sampahkan buku Jingga bakal menghantui talian hayat Umno selepas penyapu sampah....Jeng...jeng....jeng!


1 comment:

Pak Oncu said...

apa kata tuan blog ni telanjang kan pula salah laku ahMAD mazlan ni,,, kerana ahMAD mazlan ni busuk nya bau tong NAJIS,,,