Followers

Monday, February 27, 2012

Sikap cakna dan prihatin orang Melayu terlalu rendah dalam isu-isu penting seperti isu Lynas

Dalam banyak perkara nampaknya sikap ambil berat dan keperihatinan kebanyakan orang Melayu masih di tahap yang terlalu rendah. Mereka terlalu fobia dengan istilah politik lantas semua isu-isu yang dikaitkan atau akan dikaitkan dengan politik terutama apabila membabitkan politik pembangkang kepada Umno/Bn, akan dijauhi. Mereka akan merasa selamat apabila membicara hal politik dalam ruang lingkup Umno/Bn sahaja.


Membicarakan isu-isu yang ditentang oleh Umno/bn akan mendatangkan rasa takut kepada mereka. Baik mereka peniaga kecil, orang kampong mahupun kaki tangan kerajaan dan swasta jika mereka orang melayu, mereka akan berbisik, ‘jangan campur hal politik, kita diam sudah, nanti kena susah….!!’. begitulah mentality fobia sebahagian besar di antara mereka.


Kelmarin penulis yang turut menghadiri Himpunan Hijau di Kuantan mendapati ramai kaum Cina yang hadir. Bagi penulis sepatutnya orang Melayu lebih ramai yang patut hadir, daripada jumlah yang hadir pada hari itu. Ini menggambarkan sikap tidak ambil kisah, tidak prihatin dan fobia (takut) kepada Umno/bn begitu ketara.


Dalam perjlanan ke Kuantan penulis terserempak dengan seorang kawan lantas memberitahu kami hendak ke himpunan hijau di kuantan. Dan penulis memberi tahu kawan penulis itu bahawa dia lebih patut hadir sama kerana dia tinggal di Kuantan. Malangnya jawapan yang diberikan cukup bersahaja, “ah…kalau apa-apapun rumah aku tak kena, jauh, 20km dari lynas!”.


Penulis rasa cukup sedih dengan jawapan yang diberikan oleh kawan penulis itu. Dengan alasan itu dia tidak ambil inisiatif untuk hadir sama sedangkan dia telah pun pencen. Katakanlah memang tak kena kepada dia dan keluarganya seperti yang didakwa, namun apakah direla kesan radioaktif itu kena kepada orang lain? Inilah yang penulis kata betapa tidak perihatinnya kita orang melayu dalam isu-isu seumpama ini.


Seorang lagi sahabat yang penulis jumpai yang masih berkerja, apabila penulis tunjukkan buku “Mengapa kita harus tentang Lynas?”, sahabat ini tertanya-tanya, “apa benda Lynas? Eh ada kilang radioaktif ke kat Kuantan? Tak dengar cerita pun?”.


Inilah dia jika kepala hotak siang malam mengadap Utusan, Berita dan tv3, orang sudah hebuh satu dunia, awak selesa dijadikan katak bawah tempurung oleh Umno dan BNnya! Sedih melihat sikap orang Melayu yang macam ini. Sepatutnya sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam merekalah orang yang paling prihatin terhadap keselamatan alam sekitar dan kehidupan serta nyawa manusia kerana Islam agama mulia ini mengajar begitu!


Seorang lagi orang kampong yang penulis temui, apabila diberitahu akan ke Himpunan Hijau di Kuantan, lantas dia memberi amaran, ‘pergilah ngko…nanti kena tangkap baru tahu!”. Laa…nak pergi untuk bersama dan memberi sokongan selamatkan alam sekitar bumi hijau ini dari pencemaran radioaktif yang boleh meragut nyawa manusia yang tidak berdosa, akan ditangkap?


Bilalah agaknya pemikiran kita bangsa Melayu ini hendak berubah menjadi bangsa yang tinggi pemikiran kemanusiaannya? Himpunan Hijau di Pulau Pinang pun segelintir orang Melayu juga yang buat kacau sehingga mencederakan orang yang tidak bersalah!


Apa ni….? Sudahlah kita turut Umno, semakin rosak fikiran kita orang Melayu! Berubahlah, ABU (Asal Bukan Umno)!


No comments: