Followers

Wednesday, February 15, 2012

Shafie Apdal menggambarkan bahawa itulah Umno!

Datuk Shafie Apdal tiba-tiba lantang menggesa Mursyidul Am PAS membawa keluar parti PAS daripada Pakatan Rakyat bagi memastikan (katanya) perjuangan Islam yang didukung PAS selama ini tidak tersasar! Itulah sikap salah seorang pemimpin kanan Umno, tidak ada kerja dan idea lain jika berlaku perbezaan pandangan melainkan hanya bawa keluar atau tendang keluar!


Sikap Naib Presiden Umno itu adalah gambaran sikap Umno yang sebenarnya apabila berlaku perbezaan pendapat sedangkan perbezaan pendapat adalah perkara biasa, apatah lagi dalam politik.


Oleh yang demikian langkah PAS tidak menyambut kerajaan perpaduan yang digila-gilakan oleh Umno adalah langkah yang paling tepat dan amat wajar. Berdasarkan pengalaman PAS yang lalu, Umno adalah parti yang akan ‘menendang dan menyepak rakan’ taanpa kasihan belas dan dengan angkuh (dalam hal ini PAS), apabila berlaku perbezaan pandangan dalam Kerajaan Perpaduan dengan Umno.


Sikap yang dilontarkan oleh Shafie Apdal mengesahkan perangai Umno ini selagi Umno menjadi ‘big brother’ dalam kuasa politik di Malaysia. Itu berlaku perbezaan pandangan dalam Pakatan Rakyat yang menjadi lawan dan musuh kepada parti Shafie Apdal, bayangkan kalau Pas berada dalam Kerajaan Perpaduan dengan Umno dan berlaku perbezaan pandangan. Berdasarkan sikap Shafie itu, rasanya lagi cepat PAS akan ditentang keluar!


Nampaknya selagi Umno perasan dia adalah ‘Big Brother’ yang berkuasa di Malaysia selagi itu parti-parti lain akan dibuli oleh Umno dan politik Malaysia akan mundur dan membodohkan fikrah rakyat. Oleh itu Umno wajar disedarkan melalui PRU ke 13 oleh seluruh rakyat Malaysia.


Nota: Jika Shafie terlalu 'sayang' perjuangan Islam PAS agar tidak tersasar maka demi aqidah Islam yang tidak tersasar nasihatkan terlebih dahulu Najib Razak yang 'menggadai aqidah' baru-baru ini di perayaan Thaipisam atau keluarkan segera Najib dari Umno!

1 comment:

Anonymous said...

Dia ni mmg bodoh....dia ingat dia pandai...perasan ler tu...oiii org negeri ko boleh ler ko bodohkan...bodohhhh