Followers

Monday, February 06, 2012

Semoga nama Khalifah Umar Abd Aziz yang bertintegriti dan adil tidak 'tercemar' kerana orang ini


Hah...orang ini tiba-tiba dapat anugerah Umar al-Aziz sempena perayaan Maulidur Rasul negeri Selangor tahun ini 2012.

Anugerah itu kira okaylah sebab Umar al-Aziz adalah seorang khalifah selepas Khulafak ar-Rasyidin yang adil dan warak. Maknanya beliau seorang yang sangat takut kepada Allah. Oleh itu mahu menipu rakyat yang mengamanahkannya kuasa tidak sekali-kali. Mahu bercakap berbelit-belit untuk mengelirukan rakyat yang amanahkan dia menjalankan tugas khalifah pun jauh sekali.

Agaknya apakah Umar Abdul Aziz akan 'membenarkan' dan gembira dengan kerja-kerja yang tidak telus seperti dalam membersihkan daftar pemilih pilihanraya seperti dalam pilihanraya di Malaysia? Kalaulah Umar Abdul Aziz tahu, kalau-kalau ada orang yang mendapat anugerah yang menggunakan namanya, begitu payah dan berbelit-belit kenyataannya mahu membersihkan daftar pemilih pilihanraya, agaknya beliau gembira atau tidak?

Bagaimana pula kalau Umar Abd Aziz tahu dalam daftar pemilih itu ada banyak pengundi yang mencurigakan yang mati, yang bukan warga negara, di dalamnya, apakah beliau akan mengakui akan integriti orang yang diamanah kan berkuasa terhadap daftar pemilih itu dan mendapat pula anugerah yang mengambil sempena namanya?

Kalaulah sekiranya Umar Abdul Aziz tahu ada orang mendapat anugerah yang mengambil sempena namanya itu, seorang yang tidak berintegriti dan terlalu banyak dipertikai rakyat kerana suka mengampu bos besar dan bersikap double standard kepada parti-parti sah bukan kerajaan yang berdaftar, agaknya beliau mungkin akan rasa sedih dan hiba kerana anugerah itu kepada orang ini mampu menjatuh dan merosakkan reputasi integritinya?

Semoga orang ini tidak menjatuhkan reputasi seorang Khalifah Islam yang hebat selepas ini. Kalau tidak, tolong malu sendirilah! Mudah-mudahan tidak tapi entahlah.....


No comments: