Followers

Tuesday, February 14, 2012

Raja Nazrin SELAR individu sabotaj DEB!

Ya betul tuanku! Tak tahulah tuanku tuju kepada siapa selaran tuanku tu, tetapi memang betul mereka bukan sahaja patut diselar malah wajar ‘disula kuasa mereka’ kerana sikap mereka yang mementingkan kroni, keluarga dan mengamalkan dasar Ali Baba.


Contohnya, betapa hancurnya DEB akibat dari dasar para pemimpin Umno yang hanya mengayakan anak beranak dan kroni seperti dasar PPSMI, penswataan penuh berhelah seperti IPP, tol dan seumpamanya.


Sebelum terlaksananya PPSMI iaitu melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan walaupun banyak kelemahan, namun tetap juga mampu membawa mencapai sasaran melebihi 30 peratus golongan professional Melayu, malah telah banyak bidang-bidang tertentu mampu mencapai 50 peratus hingga 80 peratus. Apabila datang sahaja dasar mengarut Mahathir itu maka golongan profesional Melayu bakal terus merosot sedikit masa lagi, jika kerajaan Umno/Bn tidak ditumbangkan untuk diganti oleh Pakatan Rakyat.


Contohnya mana nak berjaya DEB, jika wang peruntukan RM240 juta hanya dibelanja sakan oleh 1Keluarga kroni dalam 1Malaysia! Macam orang mabuk berbelanja!


Mana nak berjaya DEB, premis-premis perniagaan yang mampu dibeli oleh peniaga kecil Melayu pun ciput bagaikan isi dihujung kuku sedangkan cincin seorang isteri Perdana Menteri katanya berharga RM24 juta!


Mana nak berjaya DEB kalau dasar penswastaan dari kepala otak Mahathir dulu yang diteruskan oleh Najib Razak hari ini dilaksanakan tanpa integrity dan amanah yang hanya mengayakan anak beranak dan beberapa orang kroni. Masa zaman Mahathir dengarnya anak beliau antara yang terkaya di Malaysia. Zaman Abdullah Badawi terdengar pula anak Pak Lah antara terkaya. Zaman Najib sudahlah isteri menjadi isu, kedengaran adik dia pula yang berada dalam senarai orang-orang kaya. Bukan dengki tapi amboi cepatnya jadi antara yang terkaya bila bapak-bapak dan abang memegang kuasa?


Mana nak berjaya DEB kalau pendedahan Laporan Ketua Audit Negara pun menunjukkan harga pembelian keperluan kementerian dan jabatan begitu gila-gila malah ada ketikanya gila babi! Taukeh babipun tutup kandang kalau macam tu punya letak harga!


Mana nak berjaya DEB jika ketirisan mengakibatkan bertrilion wang negara mengalir keluar?


Mana nak berjaya DEB, duit zakat pun digunakan untuk halang perlaksanaan qazaf yang dituntut Islam! Konon fisabilillah! Fisabilillah apa kalau halang qazaf!!


Mana nak berjaya DEB kalau Felda yang selama ini dikuasai oleh orang melayu pun hendak ‘digadai’ melalui penyenaraian FGVH di bursa saham?

Mana nak berjaya DEB, nak pertahankan Pulau Batu Putih pun tak berdaya, hanya kini tinggal 1 sahaja lagi batu dari 2 batu. Itu pun, batu yang satu itu, yang nampak tak nampak itu, entah selamat entah tidak! Jika ‘digengam’ sahaja oleh kuasa seberang sana, hilang batu! Tak berbatulah sudahnya 1Malaysia!!


Jadi sebenarnya wajar sangat selaran tuanku itu, tapi rasanya kalau zaman raja-raja Melayu dahulu orang yang tidak amanah dan melakukan sabotaj itu tidak hanya diselar malah mungkin disula! Agaknyalah….sebab khianat!!


Raja Nazrin selar individu sabotaj DEB

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Raja Muda Perak, Dr. Raja Nazrin Shah menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamat untuk membantu orang Melayu dan umat Islam.

Baginda bertitah, akibat dari sikap itu, matlamat mahu mengimbangkan agihan ekuiti dalam kalangan ummah gagal dicapai dan dasar murni yang diwujudkan kerajaan itu pula dipersalahkan.

"Sedarilah, dasar tersebut tidak berdosa dan tidak pernah melakukan dosa, yang berdosa adalah di kalangan mereka yang telah melakukan pelbagai

penyelewengan di peringkat pelaksanaan.

Akibatnya berlaku kerapuhan pegangan hak

milik terutama di kalangan individu Melayu, lalu berlaku ketirisan hak milik harta dan ketirisan hak milik urus niaga bernilai tinggi," titah baginda semasa merasmikan Seminar Wakaf: Penjana Pembangunan di Bank Negara Malaysia di sini.

Menurut Raja Nazrin, kajian menunjukkan bahawa hanya enam peratus daripada kekayaan individu Melayu yang sempat sampai ke generasi ketiga dan hanya dua peratus sahaja disambungkan ke generasi seterusnya.

"Pola daya tahan pemilikan ekuiti di kalangan individu yang begitu sementara sifatnya akan memberi impak negatif dalam jangka panjang dan boleh menyebabkan ummah menerima nasib berdagang di bumi sendiri," titah baginda.

Baginda mengesyorkan satu mekanisme yang lebih berkesan perlu ada untuk memberi jaminan bahawa semua pegangan ekuiti Melayu Islam ini tidak begitu cepat terhakis. - BERNAMA


Sumber:utusan.

No comments: