Followers

Saturday, February 25, 2012

Negara punyai 30 bilionair kebanggaan PM namun rakyat berjuta terus mendapat hanya 'tulang ikan'!


Ramai bilionair bukan satu kebanggaan

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Razak silap apabila berbangga dengan jumlah 30 orang bilionair negara seperti didedahkan majalah Malaysian Business baru-baru ini. Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Najib sepatutnya faham bahawa sebahagian daripada bilionair yang ada sekarang terhasil daripada sistem naungan politik yang berleluasa bermula sewaktu zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir lagi.

Hubungan rapat di antara bilionair ini dan golongan elit politik membolehkan kedua-duanya memperolehi manfaat kewangan, kata Dzulkefly Ahmad.

"Golongan ini didakwa kemudian berperanan mengekalkan sistem naungan dan amalan kronisme ini dengan 'membiayai kantung politik pemerintah," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata imbuhan untuk ahli politik yang meluluskan projek untuk pemaju-pemaju juga adalah satu rahsia umum yang diketahui ramai.

"Kalau 10 peratus yang dituntut menteri sudah difikirkan banyak, maka 'kickbacks' untuk parti-parti pemerintah sebagai 'wang politik' untuk pilihanraya dikatakan biasa sahaja oleh mereka yang mendapat projek mega mewah ini, " jelas beliau.

Menurutnya lagi, meneliti setiap nama dari 30 bilionair akan mendedahkan kepada umum siapa sebenarnya yang bermula dari bawah dan siapa yang tidak.

"Yang bilionair segera ciptaan Tun hari ini punya hutang sepuluh kali keliling pinggang. Nama-nama tak perlu sebutkan, dah jadi rahsia umum juga.

"Semasa zaman mewah dahulu, mereka digelar 'harimau' baru dunia korporat Malaysia tetapi tatkala ekonomi Asia merudum mereka diberi jolokan 'Fat Cat' atau 'Kucing Gemuk',' katanya lagi.

No comments: