Followers

Sunday, February 05, 2012

Muhyiddin Yasin macam 'mabuk' air ketum je?

Tidak semena-mena Muhyiddin Yasin bagaikan orang mabuk daun ketum tatkala mengulas kisah yang diceritakanTuan Guru Datuk Nik Aziz yang pernah menyatakan hasrat untuk berundur tetapi ditolak kerana PAS masih memerlukan pimpinan dan khidmatnya.


Muhyiddin Yasin, berasaskan cerita Tuan Guru itu, telah membuat konklusi konon, “siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding?”. Dakwa Muhyidin yang berangan menjadi PM selepas PRU ke 13 itu, “tidak ada siapapun dalam PAS yang boleh menghalang Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS daripada bertanding pada PRU yang akan datang”.


Muhyiddin hanya nampak tuanya Tok Guru Nik Aziz sahaja tetapi ‘membutakan’ matanya kepada tuanya Taib Mahmud yang masih ‘menongkat langit’ di Sarawak walaupun rakyat Sarawak telah banyak memberi signal tidak mahukan Taib Mahmud lagi. Kenapa Muhyiddin tidak berani menggunakan kata-kata yang serupa kepada Taib Mahmud, “Nampaknya tidak ada siapapun dalam BN yang boleh menghalang Taib Mahmud yang menjadi Ketua Menteri Sarawak daripada terus berada di kediaman Ketua Menteri!” Amacam?


Kalau orang kata, Muhyiddin memang pakar membuat fitnah, mungkin dia marah, “fitnahhh”, dia kata.Habis kalau bukan fitnah, apa? Mabuk? Hanya orang mabuk, percakapannya merepek-repek lagi meracau-racau! Kalau begitu ‘mabuk’ air ketum barangkali!!


Hakikat yang sebenar-benarnya ialah apa yang tersembur dari mulut busuk Muhyiddin Yassin dan Awang Utusan Meloyakan itu adalah hakikat kegelisaan para pemimpin Umno /Bn dan agen-agen mereka akan nasib parti mereka Umno/Bn khususnya di Kelantan jika orang tua itu masih berada di barisan hadapan pertembungan politik dalam negara. Mereka selama ini telah mati kutu, mati akal, mati punai dan bertambah menjadi bengong dan tongong serta sesak nafas apabila Tok Guru terus-terusan mengatakan JIKA PARTI PAS masih mahukan beliau bertanding, beliau akan terus pikul amanah itu.


Mendengar kenyataan Tok Guru itu menjadikan Muhyiddin stress tertonggeng-tonggeng lantas bercakap pun merapu bagaikan orang mabuk air ketum. Bukan kesian Tuan Guru Nik Aziz, kesian Muhyiddin Yassin, yang belum tentu boleh jadi PM selepas PRU ke 13 nanti!!!!


Orang-orang PAS, malah pengundi Tok Guru, tidak sibuk dengan tuanya Tok Guru sebagai wakil Rakyat, Muhyiddin dan Awang Utusan Meloyakan itu pula yang sibuk bagaikan kera kena belacan! Tuanya Tok Guru sebagai wakil rakyat masih mampu memberi khidmat terbaik dan diredhai Allah kepada rakyat, apa guna dan apa faedah mudanya Najib yang beselirat dengan isu-isu gagal mengawal bini yang berbelanja mewah dan melampau membazir wang rakyat?


Lamanya Tok Guru menjadi YB dan Menteri Besar tidak langsung mengumpul harta berjuta macam orang yang menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekarang. Buktinya? Buktinya baru-baru ini Tok Guru mengatakan beliau sedia mengisyitihar harta jika dikehendaki berbuat demikian. Muhyiddin Yassin yang bercakap bagai mabuk air ketum ADA BERANI?


Kesimpulannya wahai Muhyiddin Yasin, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding selama ini bukan atas asas ketamakkan beliau menjawat kedudukan penting untuk diri sendiri tetapi semata-mata perjuangan menegakkan Islam dan keperluan memberi khidmat kepada rakyat. Tok Guru Nik Abdul Aziz telah membuktikannya sekian lama. Tidak seperti Mahathir Mohamed yang berhenti kerana rakyat telah memberi banyak signal tidak mahu lagi beliau meneruskannya!


TPM: Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding?


Tan Sri Muhyiddin Yassin memperlekehkan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh PAS Kelantan.

Sebaliknya dakwa timbalan perdana menteri, tidak ada sesiapun dalam PAS yang boleh menghalang Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am parti itu daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

“Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding?" katanya dipetik Bernama pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) serta pengelola sekolah Jenis Kebangsaan Cina seluruh Selangor di Shah Alam, semalam.

Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz berkata beliau hendak menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding, tetapi disergah oleh PAS Kelantan. Atas sebab itu, beliau terus berkecimpung dalam politik hingga hari ini.

Sambil menyindir Musyidul Am PAS itu adalah orang yang paling diperlukan dalam PAS, Muhyiddin berkata Nik Abdul Aziz juga bertanggungjawab menentukan segala-galanya dalam parti.

"Nik Aziz amat diperlukan. Nik Aziz kalau ganti orang lain dia kata dah tak jadi PAS, itu keputusan dia lagipun dia Mursyidul Am jadi segala-galanya dia tentukan,” katanya dipetik Bernama.

Keputusan Nik Aziz untuk bertanding lagi juga diulas dalam ruangan pojok Mingguan Malaysia oleh Awang Selamat.

Masalah pendengaran

“Nampaknya tempoh 45 tahun belum cukup.

Jika tidak silap, Nik Aziz, 81, adalah wakil rakyat paling lama dalam sejarah tanah air. Beliau mula menjadi calon pilihan raya pada tahun 1967.

“Jawatan Menteri Besar pula sudah empat penggal iaitu melebihi 21 tahun. Pun tidak cukup lagi,” tulis Awang dalam ruangan ‘Bisik-bisik Mingguan’ hari ini.

Menurut Awang lagi, tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut.

Beliau juga menyindir Mursyidul Am itu yang dikatakan hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam.

“Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS.

“Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah. Misalnya, isu air bersih, yang merupakan keperluan asas untuk rakyat Kelantan sehingga hari ini belum dapat diselesaikan.

“Tetapi Nik Aziz ada kuasa untuk mewajarkan kedudukannya sampai bila-bila yang beliau mahukan,” tulisnya lagi.

Akhbar milik Umno itu mengakhiri ruangan berkenaan dengan Awang mendakwa beliau sesungguhnya kasihankan Nik Aziz.

“Beliau sudah hilang keyakinan untuk mencermin diri dan memahami realiti. Apa pun, kuasa sememangnya mudah melekakan manusia. Kalau Tok Guru sudah sedap - peduli apa - teruskan sahaja.”

Sumber:malaysiakini

No comments: