Followers

Thursday, February 02, 2012

Menteri Jengkaut (JCB): Yayasan Taqwa pulak kena kaut?

PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa


Abdul Rahim Sabri
12:19PM Feb 2, 2012


PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan dan sepatutnya menjaga kebajikan penduduk di Wilayah Persekutuan.

"Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

“Antaranya bantuan mesin rumput, pam racun dan berbagai-bagai bantuan kepada penduduk Jerai. Kita tidak menentang memberi bantuan kepada rakyat.

“Tetapi mana-mana hasil negeri tersebut khususnya zakat, selagi mana penduduk negeri tersebut masih ada yang miskin, tidak boleh bawa ke tempat lain.

“Apatah lagi, Wilayah Persekutuan cukup ramai dengan setinggan, PPR dan ibu tunggal yang hidup dalam kemiskinan, tiba-tiba tetapi ambil duit Yayasan Taqwa bawa pergi ke Jerai," kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Nasaie Ismail.

Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden PAS berkata pihaknya menyedari perkara ini berlaku pada tahun lalu, dan tidak pasti sama ada ia pernah berlaku sebelum itu.

Jumlah belum dikesan

"Kita sedar sejak 2011, sekurang-kurang lima program bawah menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa," katanya.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat mengesan berapa jumlah yang digunakan oleh Jamil (kiri).

Menurut Nasaiei, beliau juga menerima laporan daripada penduduk dan pengundi Jerai bahawa hal ini "sudah masyhur dan bukan secara rahsia" di kawasan Jerai dan kawasan sekitarnya seperti Yan dan Guar Chempedak.

Mohd Nasaie berkata beliau difahankan Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, Mohd Nasaie membantah tindakan Jamil yang juga ketua penerangan Umno Kedah dan mendesak satu jawatankuasa audit bebas ditubuhkan untuk mengaudit kewangan dan pengurusan semua agensi di bawah MAIWP.

Dalam sidang media itu juga, Mohd Nasaie kesal dengan tindakan Jamil yang didakwanya mengarahkan agar usaha menjalankan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sebuah menengah agama milik MAIWP di Bandar Tun Razak, dihentikan.

Sedangkan menteri sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) menjanjikan peperiksaan tersebut akan dijalankan di sekolah berkenaan.

“Sudah ada perancangan daripada menteri, sudah tentu ada bajet... Untuk zaman Jamil Khir ini, tiba-tiba, untuk peringkat pertama, pelajar yang baru habis SPM baru-baru ini, tahun ini tidak dibenarkan ambil STAM di situ.

"Jadi sumber dalaman JAWI memberitahu kepada kita, ini adalah kehendak Jamil Khir menghentikan usaha untuk mengadakan STAM di situ," katanya.

Mohd Nasaie menyifatkannya ianya sebagai satu perkara malang kerana sekolah itu merupakan satu-satunya sekolah menengah agama pertama di Wilayah Persekutuan yang akan menjalankan peperiksaan itu.

Hal demikian, tambah Nasaie, menyebabkan pelajar yang berhasrat untuk mengambil peperiksaan tersebut terpaksa berbuat demikian di Selangor atau di negeri lain.

Sumber:malaysiakini

No comments: