Followers

Sunday, February 19, 2012

Mahu tuduh Kelantan termiskin, sudahnya Malaysia yang hampir miskin! Kalau tak menipu bukan dia!

Defisit negara tidak turun, Najib tipu rakyat.

Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan diberi amaran agar tidak terus membohongi rakyat menyatakan defisit negara telah turun.

Demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sewaktu mengulas pengumuman Najib kononnya defisit turun dari 5.6 peratus pada 2010 kepada 5.0 peratus pada 2011.

Menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai suatu 'temberang', ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata kedudukan ekonomi negara semakin meruncing disebabkan sikap boros kerajaan Umno/Bn berbelanja besar melalui cara off-budget.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengingatkan Najib melihat teladannya kepada negara Greek yang bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet.

Kerajaan Umno/Bn bebelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam belanjawan tetapi juga di luar belanjawan. Ia dalam bentuk Liabiliti Luar Jangka iaitu hutang kepada pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) seperti IMDB, SPNB, PTPTN, MAS dan lain-lain yang dijamin kerajaan pusat, ujarnya.

Beliau juga memaklumkan angka defisit sebenar adalah jauh lebih besar sekali gus angka defisit fiskal juga berada pada peratus lebih tinggi nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dr Dzulkefli merujuk laporan kewangan Kementerian Kewangan yang melaporkan hutang contigent liabilities sudah ke paras RM97 bilion. Ujar beliau, pertamanya hutang awam sebenarnya bukan RM456 bilion atau 53.3 peratus KNDK. Sebaliknya ia sudah pun melepasi 63 peratus KDNK atau melepasi had hutang yang diizinkan oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983) yang mengehadkan pinjaman kerajaan pusat terhad pada paras 55 peratus dari KDNK, tegasnya.

"Maka pada hakikatnya kerajaan Umno/BN-Najib Razak sudah melepasi had 55 peratus KDNK!," katanya merujuk laporan The Edge Financial Daily 16 Disember lalu dengan tajuk depannya menyatakan hutang awam sudah tidak lagi mapan.

Najib sekali lagi mahu mengaburi mata rakyat dengan defisit fiskal (kewangan), kata Dr Dzulkefli

Selama 13 tahun kerajaan Umno/Bn berterusan berbelanja dan berhutang besar sama ada semasa mewah dengan tidak menabung dan semasa ekonomi lembap dengan alasan mengepam ekonomi, katanya.

Beliau juga meminta Najib menerima hakikat bahawa negara ini berdepan dengan ekonomi dunia yang menguncup dan tidak menentu, maka adalah mustahak untuk menentukan keutamaan dalam berbelanja dan meringankan benar rakyat.

Dipetik dari tulisan Wan Nordin Wan Yaacob (Harakah Cetak 1718)

No comments: