Followers

Thursday, February 23, 2012

Isa Samad bakal dikenang macam Khir Johari!

Apabila Isa Samad terus mengatakan bahawa penyenaraian FGVB ke bursa Malaysia akan tetap diteruskan walaupun tanpa Kooperasi Peneroka Felda, maka sikap itu telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang ego, bongkak dan keras hati. Tidakkah mengenepikan KPF bermakna menidakkan hak peneroka dan kakitangan Felda?

Nampaknya baru setahun jagung menjadi Pengerusi Felda, Isa Samad dengan sombongnya menidakkan hak peneroka yang telah beranak cucu hidup di Felda.

Sikap Isa Samad untuk meneruskan usaha penyenaraian FGVB ke Bursa Malaysia pasti akan meletakkan Isa Samad 'sebaris' dengan Khir Johari, Mahathir Mohamed, Pak Lah Badawi dan Najib Razak. 'Sebaris' yang dimaksudkan bukan peninggalan sejarah yang baik tetapi sesuatu yang bakal menjadi kutukan generasi berjati diri yang mengkaji dan kecewa.

Khir Johari dikenang dalam sejarah sebagai orang yang menghapuskan tulisan orang Melayu iaitu tulisan Jawi. Akibat dari peranan Khir Johari, tulisan Jawi telah hilang dari jiwa orang melayu mungkin sampai bila-bila. Apabila membicarakan tentang kehilangan tulisan Jawi, Khir Johari pasti akan dikutuk oleh generasi bangsa yang berjati diri.

Manakala Mahathir Mohamed akan dikenang sebagai orang yang bertanggungjawab melenyapkan agensi pembela bangsa iaitu MARA. Sebelum Mahathir melenyapkannya, sebut sahaja MARA maka kita akan teringat akan pembelaannya kepada bangsa Melayu untuk muncul setanding dengan bangsa dan kaum-kaum lain di negara ini. Hari ini MARA hanya bagaikan melukut ditepi gantang dan akibatnya orang Melayu masih kecundang dalam banyak bidang! Itulah antara peranan besar Mahathir untuk bangsa Melayu yang konon sering dilaung Umno sebagai pembela orang Melayu. Taik!

Pak Lah Badawi pula akan diingati untuk dikutuk kerana kelonglaiannya mempertahankan Pulau Batu Putih sebagai hak Malaysia. Macam bagi saja kepada negara jiran itu! Tahniah Pak Lah kerana pentadbiran kamu telah mengurangkan bukan sahaja setangah inci tanah pusaka bangsa tetapi sebiji pulau!

Najib Razak pula akan dikenang dan bakal dikutuk kerana banyak perkara namun antaranya, tak pasal-pasal serahkan Tanah Melayu KTM di Tanjung Pagar kepada Singapura. Nak kata apa kepada Najib dalam hal ini?

Dan kini Isa gedebe ini pula bakal masuk senarai nama para pemimpin Umnioyang akan dikutuk oleh seluruh bangsa Melayu! Memang Felda bukan semestinya untuk bangsa Melayu namun apabila sebut sahaja Felda sejak dari dulu ianya sangat sinonim dengan kemajuan dan peningkatan taraf hidup bangsa Melayu luar bandar. Boleh disebut secara budayanya Felda itu adalah macam MARA iaitu Felda itu Melayu, Melayu itu Felda, bolehlah dikatakan begitu!

Namun hari ini dengan kelakuan 'anih, ganjil dan toyer' Isa Samad itu, tidak mustahil Felda juga bakal menjadi seperti mana apa yang terjadi kepada tulisan Jawi yang telah hilang dari jiwa bangsa. Orang Cina datang ke Tanah Melayu tidak hilang tulisan 'halia' Mereka! Orang India datang ke Tanah Melayu juga tidak hilang tulisan 'muruku' mereka. Yang peliknya orang Melayu yang tinggal di Tanah Melayu boleh hilang tulisan jawi! Cheh!!

Jika peneroka Felda masih ramai yang 'bodoh sombong' untuk terus mengundi Umno/Bn dalam PRU ke 13 nanti, maka nasib Felda dan peneroka sekali gus bukan lagi menjadi bagaikan telur dihujung tanduk tetapi bakal menjadi telur terburai dek tanduk! Kepada peneroka Felda yang sedar dan faham akan bahaya kedegilan Isa Samad ini, bertindaklah dalam PRU ke 13 nanti, katakan ABU (Asal Bukan Umno) pangkah!

No comments: