Followers

Sunday, February 12, 2012

Dapat ke Isa Samad mampohlah Felda....

Penyenaraian Felda: Jangan gadai masa depan peneroka.

Oleh REDZUAN SHAMSUDIN

Kerajaan Bn diseru agar tidak 'menggadaikan' aset Felda dan Felda Plantation kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang pernah mengalami kerugian RM500 juta dari 2007 hingga 2010 dalam pelaburan di luar negara.

Pengerusi Biro Orang Asal dan Masyarakat Felda PKR, Suhami Said, berkata tidak wajar ladang Felda Plantation seluar 600 hektar dipajakkan kepada FGVH dengan harga RM250 juta setahun sedangkan pendapatan dari ladang itu pada 2010 menghampiri RM2 bilion setahun.

"Tidak sepatutnya segala harta Felda dan Felda Plantation dipajak kepada FGVH. mengapakah aset tersebut dipajak untuk memperlihatkan FGVH mempunyai cukup modal?

"Begitu juga Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang mempunyai 51 peratus saham dilaburkan ke dalam Felda Holdings. Sebelum ini Felda mendapat 15 peratus dividen manakala KPF diktiraf sebagai koperasi terbaik pada 2010.

"Sekarang ahli KPT kurang pasti dengan caruman (saham) yang mereka miliki selepas Pengerusi Felda Isa samad sendiri tidak berani menjamin keuntungan apabila penyenaraian dilakukan.

"Isa hanya menyatakan terpulang kepada naik turun pasaran saham," katanya.

Suhaimi juga mendedahkan sebahagian besar ahli KPT yang akan menghadiri Mesyuarat Agung Khas (AGM) pra-peneyenaraian akan menentang usul tersebut serta pembubaran aset Felda Plantation untuk diseraokan ke dalam FGVH.

"Pengambilan FGVH ke atas Felda dan Felda Plantation ibarat ular lidi menelan ular sawa,' katanya.

Di bawah pentadbiran Bn praktik koporat yang pelik seperti ini sering terjadi.

Misalnya Bank of Commerce menelan Bank Bumiputera suatu ketika dahulu, kemudian menjadi CIMB.

"Oleh itu kebanyakan ahli-ahli KPF yang saya temui menyatakan mereka akan menentang usaha penyenaraian.

"Cuma mereka tidak pasti sama ada akan dibenarkan berucap atau hanya menjadi pendengar sahaja dalam mesyuarat agung khas itu," ujarnya.

Menurut maklumat terbaharu, AGM KPF akan dilaksanakan pada 22 Februari dan akan dirasmikan oleh PM Najib Razak.

Bagaimanapun notis memanggil mesyuarat itu belum lagi dikeluarkan.

Sumber: Suara Keadilan 52

No comments: