Followers

Tuesday, February 21, 2012

Anwar Ibrahim 'serang' parlimen Rompin, JJ bakal tersadong!



Malam tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ‘serang’ parlimen Rompin kawasan Jamaluddin Jarjis (JJ). Melihat kepada kehadiran yang begitu ramai ke ceramah Anwar di Markaz PAS Kuala Rompin, tidak terkejut rasanya jika Jamaluddin Jarjis ‘bungkus’ dalam PRU ke 13 nanti.


Ramai yang mengatakan Parlimen Rompin adalah kubu kuat Umno namun demikian malam tadi menggambarkan hakikat itu akan hanya menjadi kenangan buat Umno selepas PRU ke 13 nanti.

Dalam perjalanan ke Endau Johor, penulis sempat singgah untuk ke tempat ceramah di Kuala Rompin setelah melihat banner mengenai kedatangan Anwar ke situ. Suasana sesak di padang ceramah menggambarkan keputusan pilihanraya kawasan parlimen Rompin bukan lagi kawasan yang membolehkan Umno tidur nyenyak.


Datuk Seri Anwar tiba di markaz PAS Kuala Rompin, sebaik sahaja jemaah selesai solat maghrib. Beliau kemudian masuk ke markaz dan terus mengimamkan solat bersama rombongan beliau. Ramai orang Kuala Rompin merakam bakal Perdana Menteri Malaysia itu mengimamkan solat. Kata seorang yang berada di situ, “nak rakam JJ imamkan solat , ek eleh jangan harap, tak ada chan!”.


Selepas solat, Datuk Seri kelihatan dijamukan dengan makam malam. Semasa makan pun ramai yang ‘posing’ di belakang beliau sambil kawan-kawan mengambil gambar. Ada yang berkata, “ bergambar di belakang Datuk Seri sambil beliau makan pun oklah!” Datuk Seri kelihatan begitu sporting.


Anwar Ibrahim yang dijangka memberi amanat ringkas lebih kurang 15 minit sahaja kerana perlu ke pekan Endau untuk kemudian ke Semberong, kelihatan begitu teruja dengan kehadiran ramai penduduk tempatan di kubu kuat Umno itu. Dari sepatutnya 15 minit, Anwar telah mengambil masa hampir satu jam berceramah di situ hingga apabila salah seorang pembantu beliau membuat tanda payung kepada beliau kerana perlu segera ke pekan Endau, Datuk Seri Anwar berkata, “tak apa, di sana mereka boleh tunggu, ini penting ni untuk orang Rompin!”


Dari berpidato di atas pentas Datuk Seri Anwar Ibrahim telah turun ke lapangan untuk berceramah di suasana sesak di padang itu. Datuk Seri Anwar kelihatan mahu lebih dekat dengan rakyat Kuala Rompin yang kelihatan begitu gembira dengan kehadiran beliau di situ. Pada setiap masa ramai yang merakam ceramah beliau dan ada yang mengambil gambar. Karisma Datuk Seri Anwar begitu mengkagumkan orang Kuala Rompin sehingga mereka kelihatan begitu bersemangat dan gembira, ada yang tidak mahu duduk, terus berdiri mendengar ceramah Anwar. Sekali-sekala terdengar gelak ketawa dan laungan takbir penuh semangat.


Seorang apek tua yang menyandar di tiang pentas kelihatan begitu terpegun mendengar Anwar berceramah sambil sekali sekala mengangguk-angguk kepala mendengar penerangan Anwar. Kawan disebelah penulis bersuara, “ habislah Umno kali ni, apek tua tu pun dah tak nak BN!”


Manakala seorang anak muda Rompin memberi tahu, patutlah Umno/Bn tak bagi Anwar keluar dan bercakap di TV, kerana penjelasan Anwar sekali sahaja terhadap isu-isu yang menyerangnya cukup meyakinkan dan terus diterima rakyat.


Nampaknya rakyat Kuala Rompin dari pelbagai kaum yang hadir pada petang itu puas dengan penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau terpaksa minta diri untuk terus ke Endau. Ramai rakyat yang segera mengerumuni Datuk Seri untuk bersalaman tatkala beliau menuju ke kereta Mercz beliau yang kemudiannya, lewat malam itu dilaporkan kereta itu rosak teruk dikerjakan oleh ‘beruk-beruk mabuk pil kuda’ di Sembrong!


Dari markaz PAS itu Datuk Seri Anwar sempat di bawa ke Tok Kong Cina Kuala Rompin untuk bertemu dengan masyarakat Cina yang ramai di Tok Kong Cina itu. Di situ dengan tidak disangka-sangka, beliau sekali disambut dengan laungan bersemangat menyambut beliau. Mereka terlalu gembira kerana tanpa diduga Datuk Seri Anwar muncul walaupun dalam lebih kurang 10 minit. Ramai yang berebut hendak bersalam dengan beliau. Selepas itu Datuk Seri Anwar terus ke Endau untuk bertemu rakyat di sana pula.


Kesimpulannya, dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kawasan JJ itu, jangan terperanjat jika sekiranya Umno/Bn Rompin bakal tersadong dalam PRU ke 13 nanti kerana rakyat Rompin sudah kenal siapa dan apa itu Umno/Bn yang selama ini begitu banyak ’memperbodohkan’ mereka.


Kemudian penulis turut memecut meninggalkan Pahang untuk ke Johor pula.

No comments: