Followers

Sunday, January 08, 2012

Sebagai seorang yang perasan lebih cerdik dan bijak daripada jemaah, Hassan Ali tak perlu terkejut dipecat!

Pemecatan serta-merta Hassan Ali daripada PAS harus menjadi pengajaran kepada para pemimpin kanan PAS yang lain yang berada di punca hiraki kepimpinan parti. Pas adalah parti jemaah yang mempunyai struktur organisasi yang tidak menjadikan mana-mana individu pemimpin berkuasa secara diktator dan mutlak.

Jika para pemimpin sering menyeru ahli-ahli dan aktitivis bawahan parti di grass-root wala' kepada setiap keputusan kepimpinan dan jemaah, tidak kurang juga para pemimpin kanan parti tidak terkecuali untuk mentaati keputusan jemaah. Keputusan jemaah tidak akan menjadi bodoh sebagaimana mungkin bodohnya seorang pemimpin secara individu.

Para pemimpin kanan parti jangan merasakan terlalu bijak dengan ijazah berjela-jela hinggakan merasa diri secara individu terlalu cerdik berbanding keputusan jemaah melalui pelbagai dewan-dewan dan muktamar parti. Jangan sering bersikap gelojoh dan tidak bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan kepada mana-mana media. Jangan juga memandai-mandai mendahului keputusan jemaah konon orang itu dan orang ini tidak akan bertanding di mana-mana. Menjadi cerdik dan bijaklah untuk tidak menyebut-nyebut benda-benda atau hal-hal yang bukan bidang kuasa para pemimpin kanan secara individu. Jangan hanya kerana sedapdan ghairah nak bercakap dan mengulas, padahnya sebab pulut santan binasa, terlajak petrahu boleh diundur, terlajak kata......

Ambil ikhtibar dari perangai gelojoh Hassan Ali yang jika dibiarkan berterusan mampu merosakkan jemaah. Semoga selepas ini berdebat dan bertakilah dalam mesyuarat dan apa-apa saluran rasmi parti pun, namun apabila telah menjadi keputusan jemaah, jangan lagi mana-mana para pemimpin kanan, cuba berlagak pandai dan bijak tak tentu pasal. Dengar nasihat Mursyidul Am dan Presiden kerana merekalah yang layak untuk didengari.

Kepada Dato' Dr Hassan Ali tidak payahlah terkejut kerana mana-mana organisasi pun akan membuat keputusan yang serupa jika anda terus-terusan merasakan anda lebih bijak dari kepimpinan organisasi yang anda anggotai.

4 comments:

Anonymous said...

di pecat kerana memperjuangkan islam adalah lebih mulia dari mereka mereka yang nak mempertahankan org yang di tuduh meliwat dan berzina yang mungkin di dapati bersalah esok..semoga datuk hassan ali di rahmati allah..apa apa pun keputusan hakim besok..biarlah hakim itu jawap di hadapan allah nanti..

Anonymous said...

Syabash AJK pusat PAS anda semua telah dapat melihat dengan mata yang tidak bercermin atau kanta bahkan tidak juga mendengar hasutan dari luar berita sepatutnya yang satu lagi juga dibicara ,mengapa? kerana kita dapat meneka sebaik sahaja sahabatnya diputuskan bicara dia juga ikut membuat ulasan dimedia mengutuk dan menghina AJK kita . Syabash Allah!!!! Huakbar

Anonymous said...

Syabash AJK pusat PAS anda semua telah dapat melihat dengan mata yang tidak bercermin atau kanta bahkan tidak juga mendengar hasutan dari luar berita sepatutnya yang satu lagi juga dibicara ,mengapa? kerana kita dapat meneka sebaik sahaja sahabatnya diputuskan bicara dia juga ikut membuat ulasan dimedia mengutuk dan menghina AJK kita . Syabash Allah!!!! Huakbar

Anonymous said...

Betul3