Followers

Tuesday, January 24, 2012

Salahkah aku benci orang ini?


Aku benci orang ini! Aku benci bukan sebab dia hodoh, bukan sebab dia itu dia tapi perangai dia dari apa yang aku dengar yang orang kata tentang dia dan dan dari apa yang aku baca orang tulis tentang dia. Walaupun dia kata asyik dia yang dianiayai, aku tetap tak suka perangai dia!

Aku dengar dan aku baca tentang dia:

Dia beli sebentuk sahaja cincin, mahal, katanya berjuta harga!

Dia beli beg tangan mewah, banyak dan mahal juga. Salah satu beg tangan dia dikatakan ratus ribu!

Dia pernah ditulis orang bermalam di negara timur tengah satu malam ratus ribu sewa bilik hotelnya!

Dan baru-baru ini dia diceritakan oleh seorang orang putih, berbelanja di Australia ratus ribu. Mak tuan duit siapa dia berbelanja ni Berahim Ali oi! Duit mak....HAAAAA......!!! Tak boleh aku....geram!!! Rakyat susah bagai nak mampos, cerita-cerita tentang dia ni makin menyakitkan hati!!

Hassan Ali mana? Belanja boros dan membazir ni Hassan Ali, saudara siapa ? Tak parasitkah ini Hassan?

Muka dia selamba je menafikan cerita Mat Salleh. Tapi Mat Salleh tu kata, tulisan dia tentang orang ini benar, sebab dari sumber yang meyakinkan! Dan dia pula siap menyanyi lagi dengan Mawi. Cheh,...benci sungguh aku!

Salahkah aku benci orang ini selagi dia tidak berubah?


2 comments:

helinar said...

x salah pun

ijoi said...

Jika bertubat Allah maha pengasih dan maha pengampun kpd hambanya.