Followers

Sunday, January 22, 2012

Rakyat terkemut-kemut berbelanja RM3000 sebulan.....

Rakyat terkemut-kemut berbelanja RM3000 sebulan untuk menyara survival anak-anak dan kelangsungan hidup keluarga dalam negara 1Malaysia.


Pendapatan RM3000 sebulan, untuk menanggung pembelajaran anak-anak baik di sekolah, IPTS dan IPTA. Dan untuk membeli beras hancur buat menanak nasi mengelak anak-anak, isteri dan diri sendiri kebulur. Dan untuk membeli sayur dan seekor dua ikan yang sudah merah mata buat dijadikan lauk nasi. Dan untuk membeli sekerat ayam pencen yang liat dan liut, nak buat macam mana hanya itu yang mampu. Liat ke, liut ke, ‘go-nyeh’ je lah!


Dan untuk membayar ansuran kereta yang mana kereta second hand dan viva bukan lagi barang mewah tetapi keperluan buat bergerak dalam negara yang sangat tidak cekap dan daif pengangkutan awam walaupun konon nak menjadi negara maju tahun 2020 (negara maju taik kucing!)!


Dan untuk membayar bil-bil yang antaranya telefon, eletrik, air, cukai-cukai, saman ekor, kredit kad, bayaran tambahan persekolahan yang diputuskan majority dalam perjumpaan PIBG kerana sekolah sudah tak ada duit dan papa, untuk membeli kertas cetak dan bahan-bahan pembelajaran yang lain. Sekolah sudah menjadi macam sekolah swasta tanpa disedari!


Dan untuk membayar sewa rumah, yang mana masih belum mampu membeli rumah kerana duit tidak pernah cukup-cukup, atau rumah-rumah yang di bina oleh Syarikat Perumahan Negara yang telah dibeli rakyat dan ada yang telah dipotong bayaran bulanan, tetapi masih tidak boleh diduduki kerana telah menjadi rumah maut akibat penangan kontrator-kontrator politik kroni yang ke hulu ke hilir dengan kereta mewah cermin gelap, dan yang tidak boleh disentuh ditegur rakyat marhaen!


Dan untuk membeli baju bundle dua tiga helai seorang buat ahli-ahli keluarga. Seluar dalam sahaja belum lagi beli bundle punya, sikit masa lagi mungkin atau tak payah pakai seluar dalam kerana duit diperlu untuk yang lebih penting daripada seluar dalam!


Tetapi orang ini dan orang-orang ini laki bini, senang-senang berbelanja RM325,000 di Sydney dan menginap lagi di hotel RM65,100 semalaman, agak-agaknya sambil menghisap cerut lagi! Dan lagi katanya, mak tuan…. memesan kesemua barangan yang termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik. Cheh melampau!!!


Rakyat marhaen di beranda usang di 1Malaysia, sambil menghisap rokok pucuk terus termenung mengenangkan pendapatan RM3000 yang baru dapat semalam, dah habis malah tak cukup…..!! Anak yang belajar di Kuala Lumpur sms nak duit untuk bayar sewa rumah dan belanja makan, duit PTPTN tak dapat lagi!! Mampos!!!


Akhbar Australia: Rosmah belanja RM325,000 di Sydney

Harakahdaily 21 Jan 2012-01-22


KUALA LUMPUR, 21 Jan: Akhbar Australia Sydney Morning Herald hari ini melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.


Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom).

Selain menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', Carl Kapp juga menyifatkan isteri Datuk Seri Najib itu sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.

Selain itu, Rosmah juga katanya sangat baik hati dan mudah berurusan.

Menurut akhbar tersebut juga, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Selain itu, Kapp juga didakwa sangsi terhadap identiti seorang pelanggan yang dikatakan VIP itu apabila kedai Oxford Street menerima panggilan bertalu-talu yang meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.

Sumber:harakahdaily

No comments: