Followers

Tuesday, January 24, 2012

Raja Katak main mak bapak pulak dah...

Susahnya hatinya sang raja katak kerana semakin hampir dengan chap goh meh mungkin kemarau akan menjelang tiba. Sebaik musim hujan ke penghujung, raja katak bobok agak gusar lantas makin kuat bunyinya mengharap hujan tidak meninggalkannya.


Namun macam biasa, bunyi raja katak agak kasar, “ Nak halang saya masuk Selangor. Wah, apa Faekah ingat Selangor ini negeri mak bapak dia ke?”.


Tak tahulah nak kata apa bunyi suara raja katak itu melainkan kasar juga kata-kata yang akan dikeluarkan sebagai komen, “ia itu bodoh!”. Apa tak bodohnya, kalau benar ibubapa Faekah lahir di Selangor, maka apa pula tidaknya Selangor negeri mak bapak Faekah? Memang negeri mak bapak Faekahlah! Dah tu apa pula raja katak kutuk Faekah begitu kerana yang paling jelas negeri Selangor bukan negeri mak bapak raja katak! Kalau nak main mak bapaklah!


Tu… yang menang di Pasir Mas itu, mak bapak raja katak yang bagi menang? Kalau nak ikutkan kan sebenar-benarnya, Allah yang bagi menang atas asbab disokong tanpa berbelah bagi dan kerja kuat Tuan Guru Nik Aziz dan ahli-ahli serta penyokong PAS!


Satu hal lagi, yang rajak katak sebuk membela Hassan Ali yang tidak diperlukan lagi oleh PAS itu kenapa? Konon, pemecatan Hassan dan pengambilalihan portfolio Islam merupakan tamparan hebat kepada PAS dan menggelarkannya “kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat”. Sekali lagi kalau dikatakan bodoh, marah!


Kalau Hassan Ali itu hebat sangat untuk Islam, Perkasa ambillah segera Hassan Ali untuk dijadikan ketua besar biro agama Perkasa! Atau pun sarankan Umno ambik Hassan Ali segera sebelum Hassan Ali tubuh parti baru, kalau tidak Umno rugi melepaskan satu-satunya pejuang aqidah tulin negara! Kan Umno parti yang sentiasa mantap aqidahnya, sesuai amat dengan perjuangan Hassan Ali!


Bila raja kata komen mengenai exco agama yang di pegang oleh Menteri Besar Selangor sebagai kekalahan kepada Islam dan kemenangan liwat, ia menggambarkan betapa dangkal dan sempitnya pemahaman Islam sang raja katak yang bermulut besar itu. Memang wajarlah kalau raja katak tak perlu wujud lagi dalam arus politik negara ini, kerana dangkal dan sempit otak dakwahnya.


Maka itu kalau nak ikut cara berfikir raja katak, bagaimana pula di PUlau Pinang sebelum Pakatan Rakyat kuasai, Umno yang banyak kerusi, Gerakan yang menjadi Ketua Menteri? Tidak kalah dan lembikkah Melayu Umno yang raja katak gila talak itu?


Keadaan raja katak sendiri yang sentiasa bagai melukut ditepi gantang dalam politik, tidakkah itu menggambarkan kekalahan pemikiran raja katak yang telah tidak relevan lagi dalam negara kini? Segala-galanya dilihat dari sudut perkauman Melayu namun orang-orang melayu tidak juga ke mana dari pelbagai aspek baik politik, ekonomi, social apatah lagi aqidah!


1 comment:

Anonymous said...

entahlaa..meluat seesangat dgn ibrahim ali nih..kesian kt dia pun ada,,dah tua masih tak sedar diri...makin ibrahim ali cakap makin menyampah sgt2