Followers

Monday, January 23, 2012

Najib merayu dan terus memujuk, Rosmah merungut, asyik dia jadi mangsa....!

Najib Razak nampaknya terus memujuk diri mengharap kesetiaan pengundi Cina kepada UMNO/Bn. Najib dilaporkan berkata keraajan UMNO/Bn akan GUNA APA JUA CARA untuk memikat hati orang Cina supaya kembali menyokong UMNO/Bn.

Dalam keadaan hilang integriti, Beng Hock yang masih belum terbela kematiannya, janji yang sering tidak dipenuhi, ekonomi lembab, PERKASA dan PEKIDA yang saling tak tumpah bagaikan suara Umno yang penuh perkauman sempit dan berbahaya, tragedi gangster Melayu tak cerdik dan tak ada ilmu di jalan kebun, Muhyiddin Yasin yang Melayu dulu 1Malaysia kemudian, kebebasan berhimpun dan demo yang ciput, apakah rayuan dan pujukan Najib Razak itu akan disahut oleh masyarakat Cina semudah itu? Dan apakah penafian Rosmah Mansur yang dia sering teraniaya kerana dikatakan berbelanja mewah mampu meningkatkan integriti dan ketelusan Najib sebagai Perdana Menteri di mata masyarakat Cina yang pantang dengan pembaziran wang ringgit rakyat?

Peneroka FELDA berbangsa Melayu yang setia pun telah mahu mengubah, apakah masyarakat Cina yang banyak terdedah dengan pelbagai maklumat itu dan ini akan memilih yang sudah melebihi tarikh luput?

Soalnya mampukah playboy tua dan Paksu Koon yang leweh itu membantu Najib yang flip-flop dan Muhyiddin yang hanyut dengan Melayu dulunya itu? Sama-sama kita tunggu PRU 13, asalkan tiada hantu jerangkong yang keluar mengundi!

Najib: Pengundi Cina masih setia pada BN

Norjimi Azmi Latif

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan guna apa jua cara untuk memikat hati orang Cina supaya memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Gerakan, hari ini.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan orang Cina adalah pengundi setia BN sejak sekian lama dan mahu sokongan ini berterusan.

“Kita akan pikat orang Cina supaya sokong calon boleh menang untuk pilihan raya nanti, tidak kira dari Gerakan atau MCA, malah MIC dan Umno. Kami percaya, mereka adalah pengundi yang setia pada BN dan kenapa mahu menyokong orang lain (pembangkang)?

“Sejarah menunjukkan yang negara ini telah diterajui BN dan orang Cina di belakang kejayaan ini termasuklah dalam memajukan ekonomi negara. Begitu pun, pada 2008, orang Cina mengubah selera dengan memprotes dan tidak memberi undi kepada kita ,” katanya.

Menurutnya, orang Cina seolah-olah ‘terpaksa’ mengubah selera itu kerana percaya kepada pembangkang kononnya memperjuangkan hak mereka dan kerajaan sedar dengan perkara ini dengan mengambil langkah-langkah tertentu untuk menarik semula kepercayaan itu.

Untuk itu, katanya, kerajaan bukan sahaja membela nasib orang Cina terutama yang pendapatan rendah, malah semua kaum termasuklah Melayu dan India.

“Membantu meringankan beban mereka adalah strategi kerajaan untuk menawan hati orang Cina dan pada hari raya ini dengan tahun naga, saya berharap, ia membawa rahmat kepada negara ini.

“Sama-sama kita kekalkan apa yang ada sekarang dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dan berharap tuah naga akan bersama-sama dengan kita,” katanya.

Ketika diajukan soalan mengenai perancangan kerajaan mengambil alih semula Pulau Pinang daripada DAP, katanya, semua berjalan baik dan “kita telah melakukan kerja bersungguh-sungguh ke arah itu.”

Mengulas mengenai usaha Umno untuk membantu Gerakan ‘merampas’ kembali negeri itu, Najib berkata, “kita akan lakukan bersama-sama.”

“Umno tidak keseorangan dalam perkara ini,” katanya.

Sumber:sinarharian

No comments: