Followers

Saturday, January 07, 2012

Memenjarakan Anwar bagaikan orang bermain meriam buluh!

901. Pada tanggal tersebut keputusan kes liwat 2 yang dituduh terhadap Anwar Ibrahim akan diberi keputusan oleh hakim. Anwar ibrahim sama ada dibebaskan atau dipenjara sekali lagi.

Apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim amat difahami oleh rakyat yang bijak dan yang berintegriti. Ada yang mengatakan, contohnya Hassan Ali, konon apa yang bakal terjadi kepada Anwar pada 9hb Januari nanti adalah semata-mata kes peribadi. Sungguh pelik seorang yang dianggap cerdik oleh masyarakat selama ini menjadi begitu bodoh dan terlalu benak untuk memahami persoalan prinsip dan isu-isu keadilan perbicaraan yang wujud daripada pertuduhan yang dikenakan kepada Anwar Ibrahim itu.

Manusia perjuangan jenis apakah yang tiba-tiba sahaja berubah. Manusia ini yang dahulunya menyertai PAS kerana antara faktornya ialah apa yang menimpa Anwar Ibrahim kini, merasakan bahawa apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahimitu adalah hal peribadi semata-mata.

Semua orang yang tidak tolol menerima hakikat bahawa kes Anwar Ibrahim ini adalah bukan kes peribadi semata-mata, malah sebaliknya ialah lebih jauh dan luas dari itu implikasinya kepada rakyat di negara ini. Oleh yang demikian memenjarakan Anwar Ibrahim akibat dari satu proses perbicaraan yang dipertikai banyak pihak, dalam dan luar negara bukanlah satu keputusan yang menjadikan Umno selamat dan selesa untuk mampu bersenang-lenang. Padah lebih besar akan menimpa Umno berbanding dari apa yang Umno dihajatkan dari memenjarakan Anwar.

Memenjarakan Anwar Ibrahim daripada kes liwat 2 adalah bagaikan orang bermain meriam buluh! Umno kian menempah 'maut'!

No comments: