Followers

Saturday, January 07, 2012

Kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib, Presiden Umno, bodoh?

KUALA LUMPUR: Kerakusan 'kerajaan bodoh' memunggah harta negara untuk dikendurikan kepada 'kroni-kroni bodoh' mesti dihentikan segera, kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Merujuk kepada tindakan pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dengan mudah memberikan sehingga RM1.76 juta kepada seorang tauke teksi kononnya untuk mendapat khidmat nasihat, beliau berkata tindakan itu kian diejek sebagai tindakan yang amat bodoh oleh orang ramai.

"Tetapi yang lebih penting untuk disedari oleh rakyat ialah pemunggahan harta negara sehingga RM250 juta untuk diberikan kepada kroni yang hari ini semakin dituduh bodoh tidak akan dilakukan melainkan oleh kerajaan yang bodoh sahaja.

"Hanya kerajaan yang bodoh sahaja yang menaburkan wang sebegitu banyak kepada orang yang dituduh bodoh," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Di sisi lain pula, Mahfuz mempersoalkan adakah RM1.76 juta itu mungkin sengaja diberikan kepada tauke teksi yang dilihat umum penuh dengan aksi yang menggelikan hati ketika didakwa di mahkamah itu dengan perkiraan untuk memperlihatkan kepada umum bahawa NFC menjadi mangsa penipuan dan bukannya pihak yang menyeleweng wang rakyat.

"Jika benar itulah perkiraannya, kerajaan yang dengan begitu mudah memberikan sehingga RM250 juta pula kepada NFC tetap merupakan kerajaan yang bodoh," katanya.

Kerajaan yang cerdik kata Mahfiz, tidak akan "memfaraidkan" wang negara sehingga RM250juta untuk digunakan sesuka hati bagi memuaskan keinginan pihak yang mendapat wang itu seperti membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura kononnya untuk mendapatkan pulangan cepat sambil menghabiskan RM1.76 juta dan kemudiannya diberitakan pula telah menjadi mangsa penipuan!

"Lebih penting dari semua itu, kerajaan bodoh yang memberikan sebesar RM250 juta kepada NFC itu turut melibatkan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang kementeriannya terlibat secara langsung dengan pemberian projek NFC.

Dan, mereka jugalah yang bersungguh-sungguh membela ( Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan keluarganya yang memiliki NFC itu ketika cara penggunaan dana oleh NFC didedahkan sebagai kucar-kacir oleh laporan Ketua Audit Negara dulu," kata Mahfuz.

Sumber : Harakah

Nota: Aku tambah, bukan sahaja bodoh tapi baghal dan bahlol sekaligus!!

No comments: