Followers

Thursday, January 19, 2012

Ke mana pergi hasil balak zaman UMNO/Bn ya?

Pemimpin yang beragama, amanah dan berintegriti pasti mampu membela dan menjaga hak rakyat. Mereka akan rasa berdosa atau rasa sangat tidak bermoral jika menipu rakyat. Mereka akan rasa berdosa atau rasa sangat zalim jika merampas tanah-tanah rakyat seperti yang berlaku di beberapa kampung orang-orang Melayu termasuk Kampung Baru di Kuala Lumpur hari ini dalam keadaan orang-orang melayu merayu dan meminta ihsan Umno/Bn yang pekak badak agar tanah-tanah kampung mereka tidak dirampas. Mereka akan rasa sangat berdosa dan tidak amanah jika tergamak merampas lemnbu untuk membeli kondo dan berjoli dengan kad kredit. Mereka akan rasa berdosa dan sangat malu untuk menjual Felda yang menjadi antara satu-satunya ‘harta’ orang melayu di negara ini. Demikian jika pemimpin itu ada integriti dan perasaan moral yang tinggi.


Masalah yang menganiayai rakyat negara ini ialah cirri-ciri pemimpin beragama, beramanah, bermoral dan berintegriti seperti yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Azizan, Datuk Seri Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng, sudah tidak lagi dimiliki oleh UMNO/BN.


Tiada lagi pemimpin baik dalam Umno/Bn. Tiada lagi! Yang Umno/Bn ada hanyalah para pemimpin, kaki sapu komisyen, belasah duit lembu, kemut duit zakat, nak jual Felda, pantang nampak tanah rakyat yang bernilai tinggi akan dirampas untuk sendiri dan kroni, lebih membela PATI dari rakyat tempatan dengan anugerah yang tak pernah dibuat oleh mana-mana negara berdaulat; anugerah warga negara dan kad pengenalan segera, balak bagaikan harta perbadi, yang dengan sambil lewa dan cara paling bodoh mempertahan Pulau Batu Putih (win-win situation, haramjadah!), yang dengan bodoh dan bangang serah begitu sahaja kedaulatan negara ia itu tanah KTM di Singapura kepada negara asing, sang kroni penjilat keliling pinggang sombong dan samseng lagi, yang ada isteri besar-besar yang hobinya shopping besar dan mewah ( makin rakyat bongkar makin tak serik-serik dan insaf…buat lagi dan buat lagi!), yang kering isu yang ada hanya modal fitnah yang tak buat dek orang. Itulah antara yang Umno/Bn.


Hanya itulah wajah para pemimpin yang Umno ada. Oleh yang demikian, tahu-tahu sahajalah ke mana pergi hasil balak yang banyak di Kedah zaman Umno/Bn memerintah!



Azizan Tingkat Hasil Balak, mana Pergi masa BN

Aziz Muda


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata seorang pemimpin yang berintegriti sehingga menjadikan pendapatan negeri itu meningkat berkali ganda berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu.

Disebabkan kebolehan dan kejujuran Azizan dalam mentadbir negeri, hasil balak di Kedah sahaja mencatatkan keuntungan berkali ganda, apabila ia ditangani dengan baik, sejajar dengan amanah yang diserahkan kepadanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Azizan seorang ustaz yang diragui kebolehannya untuk menjadi pemimpin oleh sesetengah pihak khususnya Umno BN, tetapi beliau kini ternyata seorang yang berkebolehan dan berintegriti.

Menurutnya, setelah Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, semua pihak telah tahu hasil balak di Kedah telah meningkat sehingga menyebabkan semua pihak tertanya-tanya ke mana perginya hasil balak semasa BN memerintah Kedah dulu.

"Semasa Umno BN perintah Kedah dulu, nampaknya balak dinilai dengan harga RM1,000 untuk satu ekar, tetapi setelah Datuk Seri Azizan menjadi menteri besar, satu ekar balak dinilai dengan harga RM19,000.

"Keluasannya sama, jadi mana perginya RM18,000 lagi semasa Umno BN memerintah Kedah dulu?" tanya beliau sinis sebagai mengulas perkembangan memberangsangkan bagi ekonomi Kedah setelah berada di bawah pemerintahan PAS atau Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, dengan perkembangan yang memerangsangkan itu, kini semua pihak boleh menilai betapa berbezanya sesebuah kerajaan itu apabila ia dipimpin oleh seseorang yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan bersikap jujur, berbanding mereka yang dikatakan bijak dalam memimpin tetapi tidak jujur, penuh rasuah dan sering melakukan penyalahgunaan kuasa.

Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan.

Katanya, dengan peningkatan hasil negeri yang sedemikian tinggi, Azizan ternyata telah berkemampuan mematikan dakwaan tidak berasas pihak-pihak tertentu selama ini yang kononnya golongan agama, ustaz atau ulama tidak boleh menjadi pemimpin kerajaan.

"Malah dengan peningkatan hasil negeri setelah Kedah berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan, rakyat Kedah ternyata turut berbangga kerana akan dapat dibela dengan lebih menyeluruh berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu yang hanya memberikan bantuan kepada kroni-kroni pemimpin parti itu sahaja," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR.

Manakala dalam satu kenyataan, Datuk Seri Azizan berkata, Kerajaan Kedah di bawah Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan hasil balak hampir 205 peratus berbanding hasil yang dikutip oleh BN semasa pemerintahan mereka sebelum ini.

Harakahdaily pada 3 Januari lalu melaporkan Azizan berkata, pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri.

"Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.

"Namun begitu pada tahun 2010 hasilnya premium balak berjaya mencecah sehingga RM50 juta," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau berkata, hasil ketelusan dan sistem tender terbuka yang menjadi polisi kepada Kerajaan Kedah turut membuktikan bahawa gejala rasuah dan kronisme dapat dielakkan.

Sebelum ini Ketua Audit Negara telah melaporkan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan dari hasil balak sebanyak 205 peratus pada tahun 2010 jika dibandingkan dengan tahun sebelum 2008 semasa pemerintahan BN dengan mendapat pulangan dalam lingkungan RM8 juta sahaja.

Sumber:harakahdaily

No comments: