Followers

Wednesday, January 25, 2012

Jambatan Tamparuli dan jalanraya di Sabah, contoh tahap perkhidmatan untuk rakyat!


Beberapa hari lepas aku berada di Sabah. Sempat aku singgah di pekan Tamparuli. Sewaktu aku melalui atas jambatan Tamparuli, terfikir aku, patutlah rakyat Sabah begitu ramai menghadiri majlis-majlis ceramah Anwar Ibrahim. Sudah sampai masanya mereka melontar rasa serabut dan bosan dengan kerajaan Umno/Bn Sabah yang tidak langsung prihatin dengan keadaan kehidupan rakyat.

Dalam keadaan wakil-wakil rakyat Umno/Bn begitu kaya raya hidup mewah di Sabah, di Kuala Lumpur ataupun mungkin di Australia, rakyat marhaen Sabah hanya mampu mengecapi keperluan asas yang dhaif dan berbahaya. Sebagai contoh, bayangkan sudah begitu lama merdeka, jambatan pekan Tamparuli tetap satu lorong. Kenderaan yang mahu menggunakan jambatan itu perlu menunggu giliran. Yang sebelah sana guna, yang sebelah sini tunggu, begitu juga sebaliknya.

Dahlah satu lorong, jambatan itu tanpa pagar pula tu. Keadaan ini cukup merbahaya. Tapi ada kerajaan Umno/Bn kisah? Biarlah setiap hari rakyat marhaen Tamparuli melalui jambatan sempit dan tak berpagar itu, yang penting peruntukan kewangan negara dari hasil cukai terus dialirkan kepada para kroni.

Alasan kerajaan Umno/Bn tidak upgrade jambatan itu kerana rakyat di situ tak mengadu dan merungut pun! Maka kerana itu, begitulah taraf perkhidmatan untuk rakyat dari kerajaan Umno/Bn, keperluan ala kadar atau asal ada sudah! Rakyat marhaen jangan mengada-ngada dan terlalu meminta-minta untuk bermewah-mewah, bersyukurlah dengan apa yang kerajaan Umno/Bn bagi.

Yang penting bagi rakyat marhaen ialah berkorban untuk negara dan perlu kesian dan simpati dengan orang yang perasan FLOM kerana sering diniaya. Bayangkan duit cincin FLOM sahaja sudah boleh digunakan untuk upgrade jambatan Tamparuli!!Itulah 1Malaysia.

Namun kehadiran Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat menyedarkan mereka bahawa kerajaan Umno/Bn sudah tidak terpakai lagi dan perlu dibuang ke tempat sampah!! Tahniah rakyat Sabah, lakukan RE-FOR-MA-SI!!!


Tak peliklah kalau jalanraya di sabah menakutkan!!!

Bosan! Jalanraya di Sabah terus menakutkan

Mohd Firdaus

KOTA KINABALU, 25 Jan: Rakyat di negeri ini sudah bosan dan kecewa dengan kegagalan pihak kerajaan negeri yang hingga kini masih gagal mencari formula terbaik menangani masalah jalan rosak yang terpaksa dilalui setiap hari.

Biarpun pendedahan demi pendedahan dan laporan demi laporan termasuklah kajian strategik yang dibuat mengenai isu itu, namun ia bagaikan ‘bising hanya dibibir’ kerana tiada perubahan yang ketara terhadap kualiti jalan raya terutama di negeri ini seperti mana yang diharapkan pengguna.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd Mijan berkata, rakyat sudah muak dengan janji-janji kosong yang ditaburkan pihak tertentu hanya semata mahu meraih undi semasa pilihan raya.

“Rakyat sudah bosan dan kecewa dengan keadaan begini.

“Keadaan jalan berlubang, mendap, beralun serta tampalan yang tidak sempurna dan berpasir terpaksa dihadapi pengguna jalan raya menyebabkan pemilik resah memikirkan kos bagi penyelenggaraan kenderaan,” ujarnya dalam nada yang kecewa.

Menurutnya, jalan utama yang menghubungkan beberapa daerah di negeri ini seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Telupit, Beluran, Sandakan, Kinabatangan dan Lahad Datu boleh diklasifikasikan jalan yang paling teruk bermasalah.

Beberapa siri kejadian di mana kenderaan mengalami masalah tayar meletup, rim bengkok akibat hentakan jalan berlubang dan sebagainya sentiasa berlaku di jalan-jalan ini.

“Ini adalah antara laluan yang berbahaya terutama di waktu malam. Pengguna kerap kali melalui jalan yang teruk yang terpaksa memikirkan kos sampingan selain kos penyelengaraan kenderaan,” katanya.

Selain itu, kegagalan kerajaan negeri melihat permasalahan ini diselar berikutan begitu banyak pembaziran yang dibuat berbanding menyediakan kemudahan asas yang lebih baik untuk rakyat.

“Kita (PAS) tidak nafikan bahawa, keindahan itu penting. Tapi alangkah baik sekiranya kerajaan juga menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik untuk rakyat.

“Ini jelas menepati slogan rakyat didahulukan... bukan kroni dan bukan juga perut menteri,” ujar Julpikar.

Sumber:harakahdaily

No comments: