Followers

Monday, January 23, 2012

Hassan Ali terlalu kerap terhantuk bendul!

Hassan Ali nampaknya bagaikan orang yang terhantuk bendul, dahi benjol lantas kepala pening lalat dan cakap meracau. Walaupun Tuan Guru Nik Aziz sudah berpesan agar 'jaga mulut' tapi nampaknya dia terus meracau macam orang tersampuk dan tidak boleh kawal diri.


Seminggu dua ini selepas dipecat dari PAS macam-macam yang terkeluar dai mulutnya. Entah dia sedar atau tidak waktu bercakap itu, tak dapat dipastikan. Namun nampak macam sedar tapi apa yang terpacul dari mulutnya, macam orang tak sedar!


Bermula dengan bebelannya yang konon pemecatannya adalah keputusan drastik (mana ada keputusan pecat ahli parti tidak drastik?) yang dibuat terhadapnya, dia juga mengaitkan konon dia dipecat kerana Anwar Ibrahim. Dia terus meracau, PAS dikuasai parasitlah, PAS dipijak-pijaklah, PAS pak turutlah, penggantinya yang memegang exco agama Islam kerajaan Selangor sekarang tak layaklah, pemimpin 'ajar' ahli PAS parti PAS setaraf dengan agama-lah dan terbaru dia macam mengatakan para pemimpin utama Pakatan Rakyat berpakat berusaha memecatnya dari PAS kerana konon perjuangan Islam, Melayu dan Rajanya? Fuh...hebat Hassan Ali!!


Apa nak dikatakan pada Hassan Ali selain dari ‘perut kembung kentut busuk’! Dia hanya nampak segala keburukan kepada PAS sahaja sekarang. Kecamannya kepada PAS dan para pemimpin PAS , baginya adalah perjuangan Islam yang paling utama sekarang ini, yang dilakukannya. Agaknya bagi Hassan Ali kalau benar-benar nak berjuang Islam, Melayu dan Raja, jom ikut dia kecam jemaah PAS lumat-lumat siang dan malam macam Umno buat. Itu yang paling afdhal sekarang, kalau tidak begitu, bukan perjuangan tulin Islam, Melayu dan Raja namanya?


Semakin lama berpisah dengan jemaah PAS, semakin kuat meracau Hassan Ali ini. Agaknya setiap hari sebaik terbuka kelopak mata, dia terus nampak PAS. Sebaik ternampak dan terbayangkan PAS dia akan memanggil-manggil media-media Umno yang turut menjadi pihak-pihak yang ‘terlalu cakna’ dengan perjuangan PAS sejak akhir-akhir ini walaupun sejak dulu lagi, siang dan malam dok kutuk PAS. ’Kecaknaan’ Hassan Ali yang turut dikongsi oleh media-media Umno antaranya ialah PAS sudah terluar dari dasar perjuangan negara Islamnya, PAS kuda tunggangan DAP, PAS Pak turut Anwar Ibrahim, ada parasit dalam PAS yang tidak suka kepada perjuangan Islam, Melayu dan rajanya dan macam-macam.


Oleh kerana meracau yang cukup kuat akibat dari demam panas kerana terkejut beruk dipecat dari PAS, Hassan Ali akan terus nampak seolah-olah hanya PAS menentangnya dalam perjuangan Islam, Melayu dan rajanya! Jika itulah asas perjuangan Hassan Ali diharap Hassan Ali yang hanya pandai bercakap ini, tengok-tengok juga ke sebelah sana ia itu di pihak big brother Umno/BN. Hassan Ali harus kecam orang yang menentang PAS kerana menuduh hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS itu sebagai Hudud PAS. Atau orang-orang PAS nak tengok Hassan Ali yang begitu kamcing dengan big brother Umno demi mempertahankan aqidah dan perjuangan Islamnya, buat hudud yang sebenar-benarnya untuk dilaksanakan di Malaysia ini. Jangan hanya bercakap banyak konon berjuang tegakkan aqidah Islam!


Hassan Ali kata dalam PAS ada parasit kerana semata-mata parasit-parasit yang dimaksudkan oleh Hassan Ali itu lebih taatkan jemaah dan para pemimpin PAS daripada dirinya, apakah dalam Umno tidak ada parasit yang lebih berbahaya?


Isu lembu NFC, isu belanja mewah di seluruh dunia dan yang terbaru di Australia, isu komisyen kapal selam, isu merisik bakal menantu guna duit rakyat, isu guna duit zakat untuk halang qazaf, isu rampas tanah Melayu di Kuala Lumpur, isu lynas, isu VVIP suka berfoya-foya dengan perempuan-perempuan cantik, isu rasuah dan pecah amanah sana sini, isu Taib Mahmud, isu isteri menteri tak pakai tudung dan seumpamanya, itu semua bukan parasit ? Kalau orang kata Hassan Ali gelap mata dan meracau mungkin dia marah, tapi itulah hakikat Hassan Ali sekarang, perasit yang sebenar-benarnya tidak difahami dan dikenali!


Sebenarnya, sesudah dikeluarkan dari PAS apa hak Hassan Ali untuk mengatakan PAS di pijak-pijak dan PAS Pak turut, PAS diperlekehkan kerana tidak dilantik Exco Agama?


Hasan Ali tak payah risau, lantak PAS-lah nak jadi macam manapun, biar rakyat yang menentukan nasib PAS. Biar ahli-ahli PAS yang caknakan PAS, mereka lebih tahu dari Hassan Ali hendak menjaga PAS. Lebih baik Hassan Ali risaukan diri sendiri kerana PRU ke 13 nanti sudah semakin hampir. Gagah sangatkah Hassan Ali untuk 'berdepan' dengan Ezam Sesumpah dan Noh Omar atau mungkin Khir Toyo di Selangor atau bagaimana nasib berdepan rakyat dalam PRU ke13 nanti?


Cuba Hassan Ali celik mata luas-luas, apakah Umno tidak pernah dipijak-pijak oleh MCA? Tak pernah menjadi Pak Turut kepada Gerakan di Pulau Pinang? Dan tengok juga diri sendiri yang telah termasuk perangkap UMNO! Tidakkah itu namanya Pak Turut dan kamu sedang dipijak-pijak dan dipergunakan sebagai alat tuan punya media-media yang kamu meracau setiap siang dan malam itu untuk menghancurkan PAS?


Kita hendak melihat ke mana Hassan Ali dalam meracaunya itu. Ke Umno, untuk turut membersihkan tong taik dari dalam, dengan perjuangan apa yang dikatakan aqidah islami, Melayu dan Raja? Ke Perkasa yang cakap berdegar-degar taik lekat digelagar dengan membawa perjuangan aqidah, Melayu dan Raja? Hassan Ali akan menubuh parti politik baru yang mungkin bernama PAS Baru macam Umno Baru demi perjuangan apa yang disebut-sebut aqidah Islami, Melayu dan Raja itu? Atau Hassan Ali akan menjadi pakar motivasi tin kosong, melukut di tepi gantang, habis manis sepah dibuang kepada mereka yang mempergunakannya sekarang? Kesian Hassan Ali!


6 comments:

Anonymous said...

Dulu masa Hasan bercakap berkaitan dg arak & murtad kau ampu dia melambung , sekarang dia bercakap benda yang sama kutuk dia habis2.

So lu ada otak fikir la sendiri.

Anonymous said...

Kenapa kita mesti layan orang macam Hassan Ali ni biarkan dia dengan LAGAK TAKBURnya kata ada banyak lagi kerja yang hendak diselesaikan ,jika kita tak respon dia sendiri akan rasa dirinya telah dilupakan oleh jamaak kita .

jelutung a.k said...

essh... biar betul garamlada,bendul ini dibawah letaknya. langkah bendul. kalau terhantuk kepala pada alang, rasuk baru betul.

Nazaruddin si Hamba Allah said...

Mintak tolonglah Ustaz Ismail Kamus atau Dr. Haron Din pegi tengok-tengokkan si Ah Sang Akidah ni, mungkin boleh tolong keluarkan jin-jin yang sedang merasuk dalam dirinya tu!!

garamlada said...

jelutung a.k. said, betullah hassan ali terhantuk bendul sebab aku maksudkan hassan ali main bawah rumah....rumah yang bertiang! Mungkin jelutung dah jarang-jarang tengok rumah bertiang sekarang. Aku dengan hassan ali biasa sangat dengan bendul rumah...zamn dulu-dulu! Kat fekda masih ada lagi rumah bertiang, begitu juga di kampung-kampung tradisional!

Anonymous said...

Dia tersembam lalu kepalanya terhantuk bendul di lantai.