Followers

Thursday, January 05, 2012

Hassan Ali perlu disingkir segera dari parti

Sudah sampai masanya Hassan Ali disingkir dari parti. Sikap Hassan Ali sejak akhir-akhir ini terutama malam ini melalui Butetin Utama TV3 terlalu banyak tidak mambantu kemaraan parti dalam menghadapi PRU ke13 nanti.

Hassan Ali terlalu jelas cuba menyanggah sikap kepimpinan parti terhadap Pakatan Rakyat dan cara beliau berhujah bukan lagi membuktikan beliau seorang ahli jemaah yang baik kepada PAS. Sikap ahli jemaah yang baik jika pun tidak bersetuju dengan kepimpinan parti bukan dengan gigihnya cuba memburukkan sikap parti terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat. Memang sebagai ahli PAS, semua ahli boleh bersikap kritikal kepada parti tetapi bukan bersikap buruk terhadap parti. Sikap dan fikrah Hassan Ali pada waktu ini mampu mencelarukan fikrah politik jemaah.

Mengkritik kepimpinan dan peribadi Anwar Ibrahim, yang merupakan persepakatan kepimpinan PAS terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat adalah sikap buruk yang ditonjolkan oleh Hassan Ali. Buat tidak faham bagaimana sikap mahkamah dalam perbicaraan Anwar Ibrahim menggambarkan Hassan Ali bersuara bagaikan pemimpin Umno dan seolah-olah cuba 'menyindir' kebijaksanaan kepimpinan parti. Ini adalah perangai politik buruk yang ditunjukkan oleh Hassan Ali sebagai ahli parti. 'Menyindir' kebijaksanaan kepimpinan parti terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat, dengan menggunakan media musuh politik parti menjadikan Hassan Ali lebih menyusahkan jemaah.

Maka itu, Hassan Ali bukan lagi ahli yang baik kepada PAS. Pihak kepimpinan parti wajar membuat keputusan tegas terhadap beliau. Biarlah parti terpaksa menghadapi sedikit risiko, namun membiarkan Hassan Ali bermudah-mudah menyongsang fikrah jemaah bukan cara yang baik untuk parti. Hassan Ali nampaknya kian lantang 'membelasah' teamwork jemaah. Maka jika Hassan Ali mahu menyerang fikrah dan persefahaman kepimpinan parti, biarlah Hassan Ali berada di luar, bukan di dalam parti! Silalah buat keputusan segera sebelum keadaan semakin menserabutkan dek kerana Hassan Ali. Parti lebih banyak urusan lain yang perlu dilaksanakan! Jika tidak parti tidak tegas dalam mengatasi kemelut Hassan Ali ini.

8 comments:

Anonymous said...

Hassan Ali sudah lupa diri dan lupa dimana dia berada..... dia rasa dia ahli motivasi, dia sudah terror dan paling cerdik dalam jamaah.... piiiiiirrraaaahhhh.... lupa daratan, gila pangkat, gila jawatan dan gila glamour.....

usra said...

sokong. meluat dengar dia dalam tv3

usra said...

sokong

Anonymous said...

berwaspada kepada musuh dalam selimut. kalu zaman Nabi, terdapat puak munafik, kini puak mcm ini ada dalam parti. dia orang ni seperti api dalam sekam. so, beware!

Anonymous said...

kalo di singkirkan -lagilah dia melakak umpama hanjingggggggg umnoooooooo lah

Anonymous said...

Saya pernah ikut gi umrah bersama syarikat Hassan Ali, di Madinah kami terkontang-kanting di airport, tidak ada Hassan Ali, tidak ada wakil Hassan Ali, dan syarikat Hassan Ali hanya pandai ambil duit kami, tapi tak beri khidmat langsung kepada kami.

Sharouk said...

Gini la, dia pada pendapat aku nak keluar PAS dan masuk UMNO tapi kerana Baiah, nanti menduda dan menjanda lak deme. So dia buat gitu supaya PAs buang dia dan ada peluang dia akan dicalonkan dalam UMNO.

Jadi tindakan yang paling baik ialah biarkan dia menyalak sampai semput dan bila PRU diumum dia masih dalam PAS so dia tak leh gi mana. Biarkan dia menyalak puas puas dan layan bagi dia syok je. Kalau tak pun usah layan. Lantak kat dia meroyan sesorang. Amacam.

Anonymous said...

Hassa Ali, setiap kenyataan dari saudara tidak membuat saudara lebih bijaksana dimata kami. Ketokohan saudara dicabar oleh ketidakbijaksanaan saudara sendiri. Sebagai seorang tokoh motivasi, saudara seharusnya menunjukan yang "title" itu ditempat yang betul, bukan membuat org bertanya apakah ini yang di panggil tokoh motivasi.