Followers

Sunday, January 29, 2012

Dr Aziz Bari tidak sesuai menyertai PAS

Sehingga hari ini, setahu penulis, Dr Aziz Bari belum lagi membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik Pakatan Rakyat sama ada PAS, DAP atau pun PKR. Dengan pemikiran pro demokratiknya dan bertunjangkan asas-asas Perlembagaan Malaysia, penyertaan beliau dalam mana-mana parti Pakatan Rakyat memang wajar dialu-alukan dan pasti akan banyak memberi nilai tambah kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Namun demikian pada pandangan penulis, melihat kepada cara, gaya dan tindakan pemikiran, Dr Aziz Bari sebenarnya tidak sesuai menyertai PAS. Cara dan gaya serta tindakan beliau lebih hampir dan cocok dengan PKR atau DAP. Namun berhati -hati jika menyertai DAP kerana DAP juga sebuah parti yang kuat disiplin partinya!

Dr Aziz Bari adalah seorang ahli akademik yang berintergriti dan sangat berpengalaman namun beliau belum lagi merupakan seorang ahli politik yang matang. Untuk mencapai kematangan dalam berpolitik beliau perlu mengambil sedikit masa.

Untuk menjadi ahli politik dalam PAS yang memegang konsep berjemaah, seseorang ahli politik PAS bukan sahaja perlu bijak dan cerdik serta tahan emosi malah perlu matang dan kelihatan matang dalam mengeluarkan pandangan politik.

Untuk menjadi pakar politik PAS gesaan menghambat Ustaz Azizan yang terlalu banyak rebah bangun dan marasa asam garam perjuangan getir PAS bukanlah satu lontaran kata-kata yang bijak! Memang Ustaz Azizan pada waktu sekarang, kelihatan menyongsang arus dengan hanya salah satu sahaja perjuangan Pakatan Rakyat ia tu menghapuskan AUKU. Selebihnya Ustaz Azizan adalah seorang pemimpin yang menetapi keperluan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Kedah dengan penuh kestabilan dan jaya.

Ustaz Azizan banyak membawa Kedah berada dalam keadaan selamat dari ancaman dan fitnah Umno hingga ke takat ini kecuali kes AUKU. Jika ada pihak yang menafikan peranan ini, ini bukan satu pemikiran politik yang matang dan sesungguhnya tidak mempunyai kesabaran mengahadapi halangan dan dugaan politik.

Dalam isu AUKU penulis lebih menyokong pendirian Aziz Bari dan tidak bersetuju dengan pendirian Ustaz Azizan, namun demikian peluang dan ruang harus diberikan kepada Ustaz Azizan menyelesaikan masalah AUKU dengan cara beliau lagi pun Pakatan Rakyat buat masa ini masih belum menghapuskan AUKU secara rasmi dan tidak adil apa yang berlaku di KUIN itu menjadi tanggapan muktamat bahawa Ustaz Azizan menyokong AUKU secara totok tanpa mahu perubahan.

Oleh sebab itu, pada pandangan penulis, melihat kepada cara dan gaya politik isu AUKU di KUIN itu, jika Dr Aziz Bari berhasrat menyertai mana parti -parti politik Pakatan Rakyat, maka lebih elok jika beliau tidak menjadi ahli PAS kerana cara beliau adalah tidak sesuai dengan cara dan gaya PAS.

Untuk lebih maju jaya dalam politik, maka parti yang lebih sesuai buat Aziz Bari mungkin DAP atau PKR. Mungkin Dr Aziz Bari juga telah pun merasakan apa yang penulis maksudkan ini. Jika begitu, selamat berjuang dalam gelanggang politik Dr Aziz Bari, semoga tuan mampu menjadi ahli politik Pakatan Rakyat yang matang dan kuat ketahanan emosi!

1 comment:

Anonymous said...

peragai lebih kuran hasan ali jugak