Followers

Tuesday, January 10, 2012

Anwar bebas, daftar pemilih pilihanraya masih jauh dari bebas.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dari fitnah politik yang begitu lama mencengkam beliau. Dato Dr Hassan Ali telah pun dipecat dari PAS akibat daripada perasan lebih hebat dari jemaah. Saari Sungip telah pun diberi amaran agar jangan nak memandai-mandai bercakap soal calon pilihanraya tanpa jemaah pada masa akan datang. Nasaruddin Mat Isa tunggu dulu, kalau tak belajar juga dari apa yang berlaku kepada Hassan Ali, Nasaruddin Mat Isa pun jangan perasan kebal dalam PAS. Dalam PAS jemaah yang kebal! Belajar dari pengalaman itu atau memang pun berhasrat supaya dibuang!

Dalam semua kemelut yang berlaku, kita perlu kembali fokus kepada isu utama rakyat yang lain.

Felda Global Ventures akan tetap 'digadai' di BSKL. Makin kita senyap, makin lapanglah peluang Isa Pendek untuk menjayakan hasrat nafsu serakahnya menggadaikan para peneroka felda melalui pengapungan FGV di BSKL.

Lapan tuntutan Bersih 2 masih jauh dari mahu dilaksanakan. Setakat hari ini hanya dakwat kekal sahaja yang diberikan komitmen, itu pun kalau senyap mungkin akan timbul idea auta dari SPR yang memang tak boleh diharapkan itu. Tempoh berkempen yang mencukupi, peluang akses kepasa media perdana dan paling penting kebersihan senarai daftar pemilih masih hura-hara.

Makin kita senyap dan duduk bersibukkan dengan Hasan Ali dan Nasaruddin Isa, makin sedaplah puak-puak haramjadah dalam SPR dan JPN memasukkan seramai mungkin mat-mat indon, bangla dan sebagainya untuk dijadikan pengundi.

Maka sebab itu Pakatan rakyat perlu segerakan Bersih 3.o jika tak mahu melopong menjadi tipah tertipu! Penipu, dasarnya tetap menipu! Pemfitnah, makanannya tetap fitnah, jika tidaj fitnah orang makan mereka akan kebulur! Hati-hati jangan jadi pelanduk yang sering lupa kepada perangkap, kerana perangkap tidak pernah lupakan pelanduk. Jom segerakan Bersih 3.0 untuk memastikan mahkamah (PRU) rakyat dijalankan secara adil dan berintegriti. Jika tidak tak usah bermimpi berada di Putrajaya untuk rakyat!

No comments: