Followers

Friday, December 30, 2011

Badak Air yang membaham, kambing yang ditambat!



Badak air yang mengganas, membaham di kandang, di Putrajaya dan juga di Orchard Scotts, kambing nakal di ikat kaki. Riuh 1Malaysia kambing menipu bapak badak! Agaknya macam seorang PM yang pernah kena tipu oleh seorang Menteri dahulu tu! Kena tipu!!

Kalau di sekolah, cikgu selalu berpesan kepada anak murid, jangan jadi orang tak cerdik kerana nanti kena tipu oleh orang! Orang tak cerdik atuk aku panggil 'orang bodoh'! Jadi nampaknya 1Malaysia telah dua kali dengar cerita pasal bos kena tipu!

Pertama dulu, kisah taukeh Liong Sek tipu mamak yang perasan genius lagi hebat! Hari ini pula kisah seekor kambing riang tipu keluarga badak air yang mana mak badak pernah nak selak kain seminggu dua yang lalu!

Yang menjadi isu dari kisah kena tipu ini ialah 1Malaysia yang diperintah Umno ini selalu sangat memberi harta yang berharga kepunyaan rakyat untuk dijaga oleh puak-puak bodoh!

Orang tak bagi RM250 juta kepada orang bodoh, kerana tengoklah, akhirnya kena tipu walaupun orang bodoh sebenarnya telah menipu lebih besar daripada orang yang menipunya. Dalam kes ini, kena tipu pun bodoh, menipupun bodoh, kerana kes lembu ini membabitkan wang rakyat RM250 juta....kata orang, bodoh macam lembu!

Alangkah bodohnya badak air dan tuan-tuannya kerana cuba tutup isu besar dengan mendendangkan drama kena tipu. Apakah badak air dan tuan-tuannya yang berkaitan dengannya sangka bahawa rakyat begitu bodoh untuk ditipu macam mereka, untuk mempercayai bahawa isu lebih besar ialah kambing tipu badak air, bukan badak air dan tuan-tuannya yang penipu? Cheh!!


Thursday, December 29, 2011

Umno yang serba lengkap, dari 'belasah' thunya , lembu hingga ke zakat!

Ikut ngkolah labuuu!!!!!!

sEMENTARA HIDUPPPP!!! BELASAH!! TAK YAH KIRA DOSA KE, PAHALA KE, JAHIL MURAKAB KE ENGKO, USTAZ KE ENGKO, SAPUU!! SATU UNTUK NGKO, SATU UNTUK AKU, SATU LAGI UNTUK NGKO, TIGA UNTUK AKU!!!! YEAHH...KITA AMENO, APA TAKUT...KITA ADA PERKASA AND PEKIDAS!!!!

Mana suara mufti zakat biayai guaman

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pandangan segera para ulama dan Mufti penting bagi mengelakkan timbulnya pelbagai persepsi negatif dari umat Islam di negara ini terhadap institusi zakat dan pemimpin yang berkuasa menjaga institusi tersebut.

Katanya, isu sama ada duit tersebut telah dikembalikan tidak timbul kerana persoalan pokok yang perlu dijawab adalah bolehkah duit zakat digunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin.

"Sebagai pemimpin yang berkuasa dalam urusan hal ehwal umat Islam di negara ini, sepatutnya beliau memegang amanah ini sebaiknya.

"Wang zakat perlu diuruskan dengan betul dan disalurkan ke tempat yang sewajarnya. Wang zakat tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan selain dari urusan yang selayaknya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, tindakan Datuk Seri Jamil Khir mengeluarkan wang zakat bagi membiayai kos guaman beliau dan orang bawahannya amat dikesali seluruh umat Islam yang membayar zakat di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Tindakan tersebut ujarnya, boleh menimbulkan prejudis dikalangan umat Islam dengan persoalan adakah wang zakat disalurkan ke tempat yang sepatutnya ataupun ianya digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.

"DPPWP mengharapkan agar para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan menyatakan pandangan mereka.

"Sekiranya tindakan ini salah dan melanggari syariat Islam, teguran secara terbuka perlu dibuat terhadap Datuk Seri Jamil Khir dengan ingatan dan amaran keras," ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, kemungkaran yang dilakukan perlu dicegah terutama melibatkan pemimpin besar negara kerana mereka perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

Selain itu, Datuk Seri Jamil Khir juga jelasnya perlu memohon maaf atas tindakan beliau dan menyerahkan kepada pihak polis atau yang berkaitan untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut.

"Beliau perlu bersedia menghadapi sebarang tindakan dan hukuman jika terbukti jelas telah melakukan kesalahan," tegasnya.

Sunday, December 25, 2011

FGVH ke Bursa Saham: Felda bakal hanyut, peneroka bakal karam?

Selamatkan Felda, PM perlu bertanggungjawab

Eikhwan Ali

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan 905,448 hektar, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendesak supaya YAB Perdana Menteri membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Snd. Bhd. (FGVH) di Bursa Malaysia.

GAMIS berpendirian tindakan tersebut adalah suatu tindakan yang sangat merugikan. Hal ini bakal berlaku melalui perjanjian pajakan 99 tahun antara Felda Holding Berhad (FHB) dan FGVHB kerana FHB telah bersedia untuk memajak tanahnya seluas 360,000 hektar kepada FGVHB sedangkan syarikat itu tiada hak ke atas tanah tersebut dan 500,000 hektar tanah yang dimiliki oleh peneroka.

Dalam rekod, FGVH hanya memiliki 42 ribu hektar tanah dan penyenaraian ini akan menyaksikan penyusutan saham Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) dalam anak-anak syarikat FHB susut kepada 30% sahaja dan baki 70% lagi akan didagangkan kepada pelabur luar. Di samping itu, ahli-ahli KPF bakal kehilangan majoriti 55% dalam saham FHB selain pendapatan RM 2 billion FELDA bakal menjunam kepada RM508 juta.

GAMIS membantah penyenaraian tersebut kerana :

FGVH yang mempunyai rekod prestasi buruk (mengalami kerugian dan menanggung hutang) sudah pasti tidak mampu memberikan pulangan yang lebih baik kepada peneroka.

Penyenaraian tersebut yang akan membuka ruang kepada orang luar (bukan bumiputera) menjadi pemegang saham akan menjejaskan kepentingan hak Melayu ke atas Felda.

GAMIS juga berpandangan, penyenaraian di Bursa Malaysia yang kononya bertujuan untuk menarik pelabur bagi menambah modal adalah tidak tepat pada keadaan ekonomi sekarang yang berkemungkinan besar akan mengorbankan kepentingan peneroka. ‘Durian runtuh’ yang ditawarkan kepada peneroka adalah keuntungan yang bersifat jangka pendek. Isu jangka panjang yang lebih besar ialah kemampuan FGVH untuk bersaing dengan syarikat gergasi yang lebih senior di peringkat global.

Berkenaan dengan isu yang melanda KPF pula, GAMIS menuntut daripada Perdana Menteri atau Menteri Di Jabatan Perdana Menteri beberapa penjelasan berikut :

KENAPA Tan Sri Isa Samad yang bukan peneroka FELDA atau keluarga peneroka atau kakitangan FELDA dan juga belum genap dua (2) tahun menjadi ahli KPF dilantik sebagi Pengerusi KPF sedangkan ia bertentangan dengan Undang-Undang Kecil KPF dan Seksyen 43 Akta Koperasi 1993.

KENAPA Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah FELDA untuk membincangkan perlantikan Tan Sri Isa Samad diadakan pada (25 Ogos 2011) ketika ketiadaan Dato’ Zulkifli Abd. Wahab yang sedang menunaikan umrah.

KENAPA Dato’ Zulkifli Abd. Wahab disingkirkan sebagai Pengerusi KPF sedangkan beliau dilantik secara sah melalui Mesyuarat Agung KPF 2011.

KENAPA Dato’ Zulkifli Abd. Wahab diarah bercuti dalam tempoh 6 hingga 9 bulan bermula 25 November 2011 yang lalu.

KENAPA Perdana Menteri campur tangan dalam hal ehwal dalam KPF yang mempunyai undang-undangnya sendiri dan tertakluk kepada Akta Koperasi dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Persoalan-persoalan di atas memperlihatkan seolah-olah terdapat konspirasi tertentu yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu. Keadaan ini sekiranya tiada penjelasan dan tidak diselesaikan segera akan menyebabkan keadaan bertambah buruk jika penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia diteruskan.

GAMIS menuntut supaya :

Mahkamah menghalang Mesyuarat Agong Khas KPF yang dijadualkan akan berlangsung pada 5 Januari 2012 daripada diadakan bagi menyekat pelupusan pegangan saham ahli KPF kepada FGVH dilakukan.

YAB Perdana Menteri membatalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menentukan status sebenar Tan Sri Isa Samad dalam KPF.

Sekiranya tiada penjelasan diberikan dan tuntutan tidak dilayan, GAMIS akan menggerakan mahasiswa, khususnya dikalangan anak-anak FELDA, untuk bertindak sebagai third force dengan menterjemahkan bantahan dan kekecewaan mereka terhadap kerajaan melalui kertas undi dalam Piliharaya Umum yang akan datang.

Eikhwan Ali
Naib Presiden GAMIS
Bahagian Koporat dan Antarabangsa