Followers

Thursday, December 22, 2011

Sudahlah...cukuplah.,..bertindaklah segera demi perjuangan ini!

Sudahlah...cukuplah...
.......jangan lagi menjirus minyak ke api
.......jangan lagi marahkan nyamuk kelambu dibakarkan
.......janganlah dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan
.......jangan lagi dikunyah patah gigi, ditelan sembelit
.......jangan bagaikan dilambai tak nampak, diseru buat pekak badak
.......jangan biarkan kudis menjadi tokak
.......jangan tak kawal rasa pedih cuoing telinga
.......jangan sebab pulut santan binasa
.......jangan digaru luka lama
.......jangan menggetil puncak kedal orang
.......janganlah kuning oleh kunyit, hitam oleh umno
....... dan yang penting berhentilah menjadi bodoh sombong...seorang diri sampai bila-bilapun tak lebih baik dari jemaah
.......akhirnya jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran....kelak terkulat-kulat biji mata pandir ketongongan, sebab dah nak sampai ke mulut terlanggar batang hidung sendiri berterabur ke bumi!
Akhirnya penasan Datuk Tuan ini cukup cantik: ‘apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi.' Oleh itu jangan buat tak reti!!!

Hasan, Nasha dan Saari dipanggil beri penjelasan

Harakahdaily

KUALALUMPUR, 22 Dis: PAS hari ini memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini yang dilihat membazir masa parti.

“Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Melihat situasi pilihanraya umum yang semakin hampir, PAS kata Tuan Ibrahim tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj sama ada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti.

“Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai team player untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni.

Seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah-karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu dipercayai membalas kenyataan Hasan yang mempertikai dasar-dasar parti yang diputuskan muktamar dan Majlis Syura.

Menggunakan media lawan milik Umno, Utusan Malaysia, Hasan, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.

Bagi Hasan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.

Membalas hujah Hasan, Tuan Ibrahim menerangkan bahawa PAS ialah sebuah parti jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah.

“Apabila keputusan telah dibuat, dan Majlis Syura telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut selari dengan dasar Islam, setiap ahli PAS perlu bergerak pada arah yang sama untuk membawa parti mencapai matlamat yang disasarkan dan memenangkan Islam,” tegas beliau.

Dalam kenyataannya itu, Tuan Ibrahim turut mengingatkan ahli-ahli PAS kepada ungkapan ‘apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi.

“Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti,” nasihat beliau.

Sumber:harakahdaily

Tuesday, December 20, 2011

Wahai para pemimpin ku, kenapa kecoh dan dibiarkan kecoh ni?

Sama ada ia memberi kesan besar atau kecil kepada PAS menjelang PRU ke 13, pertembungan antara Hasan Ali, Nasaruddin Mat Isa, Saari Sungip, Mustafa Ali, Mahfuz dan terkini Nik Abdul semakin parah.

Inilah akibatnya jika semua nak tunjukkan pandai, hilang wala kepada keputusan parti, tarbiyah parti di pandang enteng dan semua merasakan diri pemimpin hebat. Arahkan ahli-ahli bawahan wala kepada jemaah tetapi pemimpin atasan yang hebat-hebat bercakaran macam tidak ada otak hilang nilai-nilai kecendiakawanan Islam.

Bermula dengan Hasaan Ali dan Nasha yang cuba membawa agenda sendiri dalam jemaah keadaan terus menjadi celaru. Kami di bawah diajar, bersetuju atau tidak, apabila jemaah telah membuat keputusan semua ahli mesti akur dan terus buat kerja untuk jemaah sehinggalah jemaah membuat keputusan sebaliknya. Dan kami sebagai ahli juga diajar setiap kekalahan yang kami terima, kami perlu redha dengan kekalahan tersebut. Soalnya dengan kekecohan yang berlaku apakah ahli-ahli bawahan sahaja ahli PAS, para pemimpin seperti Hassan dan Nasa, bukan ahli PAS yang tidak perlu mengamalkan kepatuhan kepada keputusan jemaah? Di sinilah silap dan tidak sabar serta gelojohnya Hassan dan Nasa dalam politik jemaah.

Buat Saari Sungip, mentang-mentang menjadi Ketua Penerangan Selangor tak kan lah tak tahu isu apa dalam parti yang boleh menimbulkan kekecohan sesama sendiri apabila dilantangkan secara membabi buta tanpa memikirkan bahawa orang lain ada perasaan yang boleh tersentuh kecuali Saari Sungip memang berniat mahu terang-terang 'tendang' Hasan. Soalnya, kalau pun ya, cerdikkah cara polotik Saari Sungip itu? Aku rasa bodoh kerana kami di bawah bukan sayangkan Hasan Ali atau Saari tetapi sayangkan jemaah ini.

Paling memaranjatkan adalah kenyataan Datuk Mustafa Ali. Aku hairan bagaimana Tok Pa boleh menyerang Hassan dan Nasa cara begitu kalau pun Tok Pa adalah alasan dan bukti kukuh. Kenyataan Tok Pa ini menunjukkan betapa lemahnya kepimpinan PAS berbanding DAP dalam menyelesaikan konflik dalaman. Isu 'liarnya' Hassan Ali dan Nasa ini sudah lama, tak kan tak ada mekanisma selesaikan masalah ini selama ini, sekurang-kurangnya jika liar benar kedua-dua mereka itu, gunakanlah Jawatankuasa Disiplin parti untuk selesaikan. Kenapa dibuarkan berlarutan hingga hari ini? Sesungguhnya kenyataan Tok pa itu walaupun benar begitu tetapi tidak menyelesaikan kekecohan secara segera sebaliknya terus menjirus minyak ke dalam api untuk terus memanaskan keadaan bagi terdedah kepada tekanan dan serangan musuh! Atau memang PAS suka begitu! Memanglah, apalah sangat Hassan Ali dan Nasa itu tetapi PAS tetap tercedera!

Mari pulak Nik Abduh, hentam pulak Harakah dan Tok Pa melalui media terbuka. Bukan salah teguran Nik Abduh itu tetapi sekali lagi para pemimpin PAS gemar benar bertengkar sesama sendiri ditepi-tepi jalan atau dikaki-kaki lima untuk dipertontonkan oleh orang lain! Bukan salah bertengkar ditepi-tepi jalan, tapi ingatlah sedikit, kitakan parti Islam, takkanlah mahu bertengkar, bertempik, menjerit, menggelar, memerli dan menghina sesama sendiri depan batang hidung khalayak! Apa sudah hilangkah saluran-saluran penyelesaian berhemah dalam parti ? Atau para pemimpin PAS hari ini degil-degil belaka?

Entahlah keadaan nampaknya semakin parah dan merebak. Penyelesaian hanya boleh tercapai dengan hanya jiwa besar yang dimiliki oleh para pemimpin terbabit dalam keadaan di sana sini ada yang tercalar dan terluka!

Memang ahli-ahli bawahan terus berkerja keras di bawah ini semampu mungkin untuk memenangkan jemaah Islam PAS tetapi kami tak suka apa yang berlaku hari ini!





Menghina yang lemah tidak sukar bagi Umno yang lemah

Memang, menghina orang yang lemah tidak payah bagi Umno yang lemah. Kes novel interlock menjadi contoh. Tidak pasal-pasal kerana Umno, novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Husain yang tidak berdosa diubah beberapa perkataan di sana sini.


Namun setelah banyak peruntukan wang rakyat dikeluarkan untuk mengubah beberapa perkara dalam novel interlok kerana tekanan perkauman sempit MIC, salah sebuah anggota komponen BN, hasilnya novel itu tidak jadi menjadi salah sebuah novel dalam mata pelajaran sastera Melayu di sekolah. Itulah jasa Umno dan para pemimpinnya kepada kesusasteraan Melayu! Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang lemah dan uzur terus terkulai lesu kerana tingkah laku Umno yang lemah dan hilang punca itu.


Sesungguhnya contoh yang berlaku kepada Interlok ini, menjadi bukti bahawa Umno inilah yang akan ‘membela’ kesusateraan Melayu agar ‘tetap utuh’ dipersada kemegahannya!!!!! Benarkah begitu? Maka sesungguhnya, hanya orang mabuk sahaja yang percaya ini akan berlaku kerana Umno yang lemah, demi nyawa politiknya yang tinggal secebis itu akan berbuat apa sahaja walaupun terpaksa menconteng jatidiri hasil sastera Melayu seperti mana Umno ‘merendam-reput’ bahasa Melayu demi PPSMI seorang mamak!!


Nampaknya orang yang masih mahukan Umno dalam PRU ke 13 nanti adalah bagaikan ‘simpulan bahasa’ baru, orang yang membuat kek berupa taik untuk diberi kepada orang ramai dan akhirnya kek berupa taik itu dipakat-pakat makan sendiri sesama mereka!


Umno lemah hadapi ugutan komponen BN

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 19 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kerajaan yang diteraju Umno berada dalam keadaan lemah sehingga sesuatu keputusan menjadi berubah-ubah apabila diugut oleh beberapa pihak.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu mendakwa, ini terbukti dalam isu novel Interlok di mana akhirnya kerajaan mengalah dengan tidak lagi menggunakan buku tersebut mulai tahun hadapan hanya kerana mahukan undi kaum India.

Katanya, novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu sepatutnya tidak mencetuskan kontroversi jika kerajaan mengambil kira semua aspek sejak daripada mula.

“Namun begitu perkembangan terbaru seperti diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel, kabinet memutuskan untuk menarik balik novel Interlok daripada silibus sastera tingkatan lima kerana dibantah parti komponen BN itu menunjukkan kelemahan Umno sendiri.

“Apa faedahnya kerajaan berbelanja sehingga berjuta untuk mencetak, kemudian menampal beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India tetapi akhirnya ditarik balik selepas novel sudah dirosakkan,” katanya.

Tambahnya, keputusan berubah-ubah itu turut melibatkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang pada mulanya setuju dimansuh tetapi kemudiannya ditangguh apabila dibantah sesetengah pihak.

“Jadi secara jelas sikap flip-flop ini menunjukkan betapa lemahnya Umno,” kata Tuan Ibrahim ketika berucap merasmikan Seminar Penerangan PAS Pahang di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini hari ini.

Kira-kira 300 peserta hadir. Turut membentangkan kertas kerja Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Anuar Hashim dan Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.

Mengenai pilihan raya umum (PRU) kali ini, Tuan Ibrahim berkata ia merupakan yang paling sengit sehingga diakui dalam Perhimpunan Agung Umno yang baru-baru ini sebagai PRU menentukan hidup mati Umno.

Tambahnya, selepas PRU 2008 yang menimbulkan kejutan, sudah ada mood rakyat untuk melakukan perubahan.

“Pemerhati meramalkan jika tsunami dulu berpusat di Kedah sehingga membuatkan negeri di utara Semenanjung jatuh ke tangan PR, kali ini dijangka berpusat di Negeri Sembilan di mana akan menjatuhkan negeri-negeri di selatan tanah air pula,” katanya.

Mengenai Pahang, beliau berkata pergantungan kepada pengundi Felda menjadi penentu kerana di negeri ini terdapat 27 kerusi Dun melibatkan kawasan Felda daripada 42 kesemuanya.

Tambahnya, dengan perkembangan terbaru isu-isu Felda PR mungkin menerima lonjakan undi luar biasa asalkan kerja-kerja penerangan dilakukan secara berterusan.

Serentak itu, beliau mahu saluran maklumat melalui dunia internet dipergunakan semaksimum mungkin dalam penyebaran maklumat termasuk melalui portal berita, blog, facebook dan twitter.

Sumber:harakahdaily

Dia tahu ludah dia aje! Ludah orang?

Pelbagai pihak dalam parti tua Umno yang mengecam siswa Adam Adli sebagai tidak matang, biadap dan kurang ajar. Soalnya betulkah Adam Adli begitu kerana hanya turunkan bendera Najib di PWTC?

Adam Adli turtunkan bendera itu dengan baik, tidak koyakkannya, tidak membakarnya, tidak pijak pun bendera itu, meludah bendera Najib itu jauh sekali! Kemudian selepas itu Adam Adli membiarkan pula bendera itu dinaikkan kembali oleh para pegawal keselamatan di PWTC! Tidak pula dia berebut-rebut dengan yang menaikkan kembali bendera itu untuk dihumban dalam sungai yang berdekatan!

Bagi Adam Adli dan rakan-rakannya yang cerdik pandai itu, tekanan yang diterima oleh mereka sebagai pelajar Universiti oleh akta-akta begitu dahsyat dan mengongkong kebebasan bersuara mereka. Pendek kata Adam Adli dan rakan-rakannya merasakan mereka sebagai pelajar universiti di sebuah negara yang konon bakal menjadi negara maju, masih belum merdeka!

Oleh kerana itu mereka perlu ada keberanian jika mahu tuntutan BEBAS mereka berjaya dari terus dikuasai oleh parti yang memerintah negara ini yang cukup stubborn, lantas mereka simbolikkan kemerdekaan yang mereka tuntut. Biasalah orang mahu merdeka akan berusaha turunkan bendera penjajah untuk digantikan dengan panji-panji perjuangan mereka seperti mana bendera Union Jack diturunkan!

Jelas perjuangan Adam Adli dengan rakan-rakannya penuh kematangan dan kebijaksanaan yang tidak dikuasai oleh emosi yang menyala-nyala. Berbanding dengan selonggok pemuda Umno yang marahkana adam adli, gaya, kelakuan dan emosi mereka macam bota geragas kalau pun tidak kurang dari hantu jerangkung. Bukankah hanya bota yang suka meludah muka orang, suka menampar dan membuli orang? Bukankah mata yang merah menyala marah itu saling tidak tumpah macam jin afrid atau putaranggah?

Oleh yang demikian hakikat yang sebenarnya Adam Adli dan rakan-rakan lebih matang dan bijaksana berbanding pemuda umno yang macam cerdik tetapi rupanya betul-betul bodoh dan sikit otak serta 'beremo' tak tentu pasal!!! Dia tahu ludah dia aje, ludah orang?

Sunday, December 18, 2011

Kesian, Mahathir 'semput', cabar Anwar sumpah laknat pasal pinjaman IMF pulak dah! Penangan puak-puak ini, Malaysia bakal menjadi negara sesumpah!

Tun Mahathir Cabar Anwar Tunjuk Surat Pinjaman Bank Dunia



BUTTERWORTH: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.


Dr Mahathir berkata beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu tetapi, sekiranya apa yang didakwa oleh Anwar itu benar, sila tunjukkan surat itu.


"Saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.


"Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran. Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah ke tiga di sini Sabtu.


Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah berita online (Malaysiakini) pada Sabtu, yang melaporkan bahawa Anwar telah membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir bahawa bekas perdana menteri itu pernah menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.


Sumber:mstar