Followers

Saturday, November 26, 2011

"Transfomasi Najib menuju diktator: Memang betul!

Apa yang hendak dikatakan lagi kerana memang itulah hakikatnya. Rakyat yang menuntut keadilan dan kebenaran disekat dengan pelbagai-bagai akta. Belum mansuh satu akta, dilahirkan lagi satu akta yang lain atas nama transfomasi, yang hakikat lebih mencengkam rakyat yang cuba menentang Umno/Bn yang semakin tersasar jauh dari kebenaran dan ketelusan! Itulah maknanya transformasi bagi Kerajaan Rosmah-Najib yang memerintah Umno/Bn!

Rakyat dipandirkan dengan pelbagai media suruhan. Akibatnya rakyat yang terkongkong di ceruk-ceruk sana dan sini, tidak pernah dapat menerima maklumat dari sumber yang lebih valid atau sahih mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam negara.


Rakyat dilenakan dengan pemberian ’ikan’ bukan ‘joran’! Habis ikan, diberi ikan lain. Selepas itu rakyat diminta bersyukur kepada nya, walaupun mendapat ikan buruk dan busuk yang kadang-kadang hanya sekadar dapat merasa tulang dan kepala ikan sahaja! Contoh projek lembu Feed Lot, RM 250 juta dapat kepada satu keluraga hanya, rakyat hanya dapat taik lembu dari mereka yang buat taik dalam isu tersebut! Duit rakyat ramai habis begitu sahaja! Apa nak dikatakan rakyat yang terus menyokongnya telah diipandirkan atau telah dicalit minyak ‘senyonyong’!


Bagi rakyat yang celik dan cerdik yang mencintai kebenaran dan keadilan dan benci kejahatan dan kezaliman, untuk rakyat seperti ini terimalah akta-akta silih berganti. Kini akta Anti Perhimpunan Aman konon, tapi sebenarnya, akta itu bakal menyekat dan menangkap rakyat yang menentang Umno/Bn yang kian keliru dan haru di saat-saat usia tua dan nyaknyuk. Bayangkan orang nyanyuk menggunakan akta, memang teruk !


“Transformasi” Najib menuju diktator

Aziz Muda


KUALA LUMPUR, 25 Nov: Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, kelmarin, jelas bertujuan untuk menghalang himpunan diadakan oleh rakyat negara ini.

Realiti itu terserlah apabila di dalam akta tersebut dikenakan pelbagai syarat yang tidak munasabah untuk membolehkan rakyat negara ini mengadakan perhimpunan berbanding kawalan sedia ada di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.


Pengarah Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, akta itu hanyalah mempunyai nama yang menarik, tetapi hakikatnya Kerajaan BN secara jelas mencabul hak rakyat untuk berhimpun.


Menurut beliau, jika di bawah Akta Polis 1967, sekurang-kurangnya hanya perhimpunan di tempat awam yang dikenakan permit, tetapi di bawah akta baru ini mensyaratkan semua perhimpunan walaupun di premis persendirian atau disewa perlu diberikan notis makluman awal kepada polis 30 hari sebelum tarikh himpunan yang dicadangkan itu hendak dibuat.


Katanya, Seksyen 9(5) Akta itu pula membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000.00 sekiranya tiada notis awal diserahkan kepada polis sebelum perhimpunan tersebut diadakan.


"Peruntukan itu amatlah tidak munasabah kerana kebanyakan himpunan aman rakyat adalah berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku dan memerlukan tindakan yang segera," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.


Itulah prinsip demokrasi dan hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, menurutnya, tetapi malangnya hak-hak yang masih berbaki sedikit itupun cuba dihapuskan sepenuhnya oleh kerajaan Umno (Barisan Nasional).


"Inikah transformasi yang dibangga-banggakan oleh Perdana Menteri atau transformasi yang dibuat hanya untuk mengubah negara menjadi negara diktator dan kuku besi?" ujarnya.


Akta baru itu juga, tegasnya, melarang individu di bawah umur 21 tahun untuk berhimpun secara aman dan ini tentulah merujuk secara khusus kepada para mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi negara.


"Sudahlah para mahasiswa dikongkong teruk oleh AUKU, sekarang akta drakonian yang baru diperkenalkan ini pula meragut terus hak-hak asasi mereka untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat secara aman.


"Kerajaan BN benar-benar memperlekeh dan memperbodohkan terus keintelektualan para mahasiswa dan mahasiswi kita," tambah beliau.


Manakala Seksyen 21(3) akta itu, tegasnya, membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000.00, jumlah yang sangat tidak munasabah berbanding RM2000.00 sekarang, sedangkan kesalahan berhimpun bukanlah satu kesalahan jenayah yang serius.


Katanya, banyak lagi peruntukan lain yang tidak munasabah dimasukkan di dalam akta baru itu, manakala segala kelemahan yang berlaku itu disebabkan sikap ego kerajaan yang enggan mendengar pendapat ramai supaya segala undang-undang baru yang hendak digubal yang berkaitan hak-hak asasi rakyat patut dirunding secara konsultasi bersama.


Juham mengecam Akta Perhimpunan Aman 2012 dan berpandangan akta tersebut hanya seperti menanam tebu di tepi bibir, manis di mulut tetapi hakikatnya membawa bencana dan mala petaka besar kepada hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.


"Akta ini jelas mengongkong kebebasan rakyat untuk berhimpun dengan sekatan dan syarat-syarat yang amat zalim, tidak munasabah dan tidak pernah difikirkan oleh rakyat yang waras," tegasnya.


Juham menggesa agar kerajaan menarik balik akta itu dengan segera dan berunding dengan rakyat terlebih dahulu sebelum memperkenalkan apa-apa undang-undang yang zalim seperti itu dan menyekat kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.


Sumber: Harakahdaily

Thursday, November 24, 2011

Rakyat Kedah buat silap atau Muhyiddin yang silap?

Di Kelantan Muhyiddin memberitahu rakyat Kelantan bahawa Umno kini sudah tidak indah lagi, dan akan menjadi indah jika PAS dan Umno bersama. Begitulah keadaan Umno pimpinan Rosmah kini mengikut pandangan Muhyiddin. Apa nak buat, itu pandangan Muhyiddin Yasin Timbalan Presiden Umno!


Bagi pemimpin PAS pula, PAS tetap indah walaupun bersendirian apatah lagi apabila bersama Pakatan Rakyat kerana perjuangan PAS adalah menegakkan cara hidup dan keadilan Islam. Islam tetap indah setiap masa dan di mana sahaja.


Di Kedah pula, Muhyiddin Yasin cuba memperbodohkan rakyat Kedah apabila memberitahu rakyat Kedah agar kononya tidak mengulangi kesilapan sekali dengan memilih calon bukan Barisan Nasional (maksudnya calon Pakatan Rakyatlah tu)!


Soalnya apakah rakyat Kedah sependapat dengan Muhyiddin, bahawa pilihan mereka pada PRU 2008 dahulu adalah silap? Bagaimana jika rakyat Kedah beranggapan ingatan Muhyiddin itu sebenarnya yang silap dan salah!


Muhyiddin memberi pilihan kepada rakyat Kedah, sama ada untuk memilih meminta bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar!


Iya…bukan tidak berterima kasih, terima kasih banyak-banyak, tetapi apa istimewanyanya bantuan daripada Perdana Menteri kalau hanya sekadar belanja awal persekolahan RM100 setahun bagi setiap pelajar, berbanding RM250 juta projek lembu untuk satu keluarga pemimpin Umno?


Apa istimewanya bantuan daripada Perdana Menteri yang sebanyak RM100 seorang pelajar itu berbanding dengan sebentuk cincin berharga RM24 juta untuk seorang isteri VVIP?


Apa istimewanya bantuan daripada Perdana Menteri sebanyak RM100 seorang pelajar berbanding dengan pemborosan, kalau dikira hampir-hampir RM1 bilion oleh seorang isteri VVIP negara ini?


Apa istimewanya bantuan persekolahan daripada Perdana Menteri bernilai RM100 seorang pelajar berbanding dengan peruntukan RM84 juta buat mengupah FBC Media, bagi menaikkan imej seorang pemimpin tertinggi Umno?


Apa istimewanya bantuan daripada Perdana Menteri sebanyak RM100 seorang pelajar sedangkan duit yang diagih-agihkan secara tak malu itu, bukan duit peribadi Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin Umno melainkan semua itu duit rakyat belaka?


Oleh yang demikian, tak ada istimewanya bantuan daripada Perdana Menteri seperti yang diwar-warkan oleh Muhyiddin Yasin, kerana terlalu banyak penyelewengan untuk kepentingan tembolok sendiri, yang dilakukan oleh para pemimpin Umno/Bn di pelbagai peringkat sama ada yang telah terbongkar, mahu pun yang belum.


Jadi tak payahlah Muhyiddin mahu menjadi ‘mursyid’ mengajar rakyat Kedah kononnya pilihan mereka dalam PRU 2008 yang lalu sebagai silap! Hakikat yang sebenar, rakyat Kedah yang belum berubah dan terus memilih Umno/Bn-lah yang silap kerana memilih parti yang banyak membwa kepada kesilapan, Umno/Bn. Maka itu mereka ini perlu membuat perubahan segera untuk bersama-sama mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti bagi menjauhkan daripada kesilapan!


Wednesday, November 23, 2011

Apakah satu lagi Akta zalim akan muncul?

Apa lagi yang boleh dikatakan kepada kerajaan yang diperintah Umno/Bn ini melainkan kerajaan yang banyak berdolak-dalik, pakar menipu (PM) dan bodoh sombong! Dengan bergayanya, PM sewaktu berucap sempena hari Malaysia mengatakan bahawa ISA akan dimansuhkan, alih-alih kini ISA masih lagi digunakan dengan tegarnya tanpa nampak pun tanda-tanda atau semangat yang ianya akan dimansuhkan!


PM juga pernah memberi pengakuan bahawa proses pilihanraya akan dibuat penambahbaikkan. Namun belumpun selesai Jawatankuasa Parlimen Penambahbaikan Pilihanraya bekerja, kerajaan Umno/Bn pimpinan PM sudah pun bercadang mahu mengadakan PRU tanpa terikat untuk menunggu keputusan jawatankuasa yang ditubuhkan! Habis…. buat jadah apa Jawatankuasa itu ditubuhkan?


PM juga pernah memberi jaminan bahawa perhimpuan Aman boleh diadakan namun kini Akta Perhimpunan Aman yang bakal digubal lebih mengongkong kebebasan berhimpun rakyat. Akta itu akan menjadi lebih tegar daripada Seksyen 27 Akta Polis!


Apa hendak dikatakan semua ini? Inilah yang dikatakan Umno/Bn yang diperintah oleh PM adalah Pakar Menipu rakyat! Tidakkah puak-puak PM ini bimbang bahawa akta-akta yang keterlaluan mengongkong rakyat ini akan membuat rakyat bosan, menyampah dan benci serta akhirnya membuat rakyat semakin tegar ‘persetankan’ akta-akta tersebut? Kita tidak mahu wujud 'Dataran Tahrir' di Malaysia ini. Biarlah rakyat terus melaksanakan hak-hak politiknya melalui PRU-PRU yang padang pertandingannya sama rata, bukan senget sebelah!


Pakatan desak tarik balik Akta Perhimpunan Aman

Aziz Muda


KUALA LUMPUR, 23 Nov: Pakatan Rakyat hari ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan BN menarik balik Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Ketetapan itu dibuat memandangkan akta tersebut jelas menekan rakyat, malah lebih zalim berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan dimansuhkan itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sehubungan itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan bantahan keras terhadap akta tersebut di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) esok pada jam 1.30 tengah hari.

Menurut beliau, selain itu, Pakatan Rakyat akan turut mengadakan beberapa siri perhimpunan besar dengan dimulakan di Shah Alam pada 4 Disember, di Ipoh pada 10 Disember dan di Melaka pada 16 Disember nanti.

Katanya, perhimpunan besar Pakatan Rakyat bagi membantah akta tersebut akan turut diadakan setiap tahun mengikut jadual yang akan dibuat dalam waktu terdekat.

"Akta Perhimpunan Aman 2012 itu ternyata bercanggah dengan janji Perdana Menteri untuk menghormati hak rakyat kerana jelas lebih menekan rakyat," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Penekanan terhadap rakyat menerusi akta itu, menurutnya, jelas terserlah apabila pihak polis diberikan kuasa lebih besar dan mutlak, walaupun Seksyen 27 Akta Polis dimansuhkan.

Katanya, menerusi akta itu, rakyat diminta mengemukakan permohonan kepada polis sehingga 30 hari sebelum perhimpunan diadakan, tanpa keizinan polis tidak boleh diadakan perhimpunan, selain terpaksa membuat rayuan kepada menteri.

"Ini jelas menunjukkan kongkongan pihak pemerintah terhadap rakyat, sama seperti di negara-negara ekstrim Arab dan Myanmar," tegasnya.

Dalam usaha membantah akta itu, tambahnya, beliau dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan turut menyebutnya pada persidangan Dewan Rakyat secara berterusan.

Beliau turut berbangga kerana Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen yang turut dianggotai PAS dengan diwakili Ketua Pengarah Pilihanraya parti itu, Dr Mohd Hatta Ramli, wakil PKR dan DAP, telah menunjukkkan semangat dan kesungguhan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihanraya di tanah air.

Namun beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 selagi 8 tuntutan Bersih tidak dilaksanakan.

"Antara 8 tuntutan Bersih itu termasuklah penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya yang mestilah dilaksanakan oleh SPR," katanya yang juga Kerua Umum PKR.

Beliau turut berharap agar SPR atau pihak Kerajaan BN tidak menjadikan penubuhan jawatankuasa itu sebagai hujah untuk mengelaburi mata rakyat bagi mengelakkan 8 tuntutan Bersih itu dilaksanakan dalam pilihanraya di negara ini.

Turut hadir pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Sumber: harakahdaily

PRU berasingan: Noh Omaq, tak masuk akal atau tak ada akal!


Timbalan Pengerusi Umno Selangor yang juga seorang menteri yang bernama Noh Omar telah membuktikan seorang lagi pemimpin Umno yang bertaraf ‘shit’. Apa tidak ‘shit’-nya, kalau hasrat kerajaan PR Selangor mahu membubarkan DUN nya berasingan dengan parlimen diterimanya sebagai ‘tidak masuk akal’. Menteri apanya ini, kalau perkara macam itu, yang dibenarkan oleh perlembagaan dikatakan tidak masuk akal!


Kalau menteri yang kepingin menjadi MB Selangor ini cerdik dan tidak ‘shit’, lantak Tan Sri Khalid Ibrahim-lah nak bubar DUN Selangor bila pun, asalkan tidak salah mengikut perlembagaan dan peraturan pilihanraya!


Lebih cerdik bagi Noh Omar jika dia terus berusaha selesaikan kes lembu Shahrizat, yang sangat berkait rapat dengan kementeriannya itu. Jangan dok sibuk dengan tak masuk akal! Macamlah dia tu ada akal sangat! Nak selesai kes lembu pun salah-habah, ini kan pula nak menyibuk dengan urusan kerajaan PR Selangor.


Kalau hendak dikira tak masuk akal, tindakan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri selama ini tidak pernah secara gentleman pun, memberi tahu bila tarikh akan diadakan pilihanraya, lagi tak masuk akal! Ikut nafsu dia sahaja bila nak buat . Lepas itu bila orang kecam, berdalih itu semua urusan dan hak SPR!


Lagi tak masuk akal wahai Noh omaq, dalam keadaan Jawatankuasa Parlimen Penambahbaikkan Piliharaya masih sedang bekerja, para pemimpin Umno/ Bn terutama Haji Presiden tu, dah mula bercadang mahu adakan pilihanraya. Konon bila-bila masa boleh ada pilihanraya, tak perlu menunggu hasil keputusan JK berkenaan. Inilah contoh kerja tak masih akal para pemimpin Umno/Bn yang penuh muslihat! Woi…Tunggulah Jawatankuasa berkenaan siapkan laporan kerjanya dahulu dan bentang ke parlimen, barulah masuk akal!


Apalah, tak masuk akal punya Timbalan Pengerusi Umno Selangor! Atau tak ada akal?

Tuesday, November 22, 2011

KAHKAHKAHKAH: Amende KITA ni? Kelab bolosepak ke?

FUHH...SELAMAT NAJIK & MUHYIDDIN, KALAU TIDAK.......BUNGKUS!!!


KOTA BAHARU 21 Nov -Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak akan meletak calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan dan Pagoh pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.


Ahli Parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sementara Ahli Parlimen Pagoh disandang oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Zaid berkata, walaupun KITA mahukan perubahan kepada rakyat, ia hanya akan meletakkan calon di kawasan yang difikirkan sesuai dan mampu dimenanginya.


"Ini bererti kita tidak akan letak calon di Pekan atau Pagoh. Perubahan kepada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan. "Kalau BN berubah kepada dasar lebih terbuka dan demokratik, ia akan mendapat sokongan parti KITA. Yang kita mahu rakyat mendapat manfaat daripada perubahan tersebut,” tambahnya.


Beliau berkata, KITA akan mengumumkan calon secara berperingkat dan akan menumpukan untuk bertanding di kawasan di mana pengundi tidak berpuas hati dengan potensi wakil rakyat sedia ada.


SIAN!!!! TOLONGLAH NAJIK OII, JANGAN BUAT PEKAK!!!