Followers

Saturday, November 12, 2011

Alangkah bahagianya rakyat beragama Islam mendapat penjaga agama Islam seperti ini.

Hudud: Pemuda PAS junjung kasih kepada Sultan Brunei

Dr Raja Ahmad Al-Hiss

KeBawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah
Istana Nurul Iman,
Jalan Tutong,
Bandar Seri Begawan
BA1000, BRUNEI DARUSSALAM

Assalamualaikum wrt,

Ampun Tuanku

MENJUNJUNG KASIH MERAFAK SEMBAH BERSAMA KERAJAAN BRUNEI DIATAS TITAH PELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM

Patik, dari Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (LA DPPM) ingin merafak sembah menjunjung kasih diatas titah Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Al-Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Kerajaan Brunei Darul Salam diatas hasrat dan saranan Tuanku yang mahu memartabatkan Syariat Islam di negara Tuanku.

Sebagai pemerintah kerajaan berdaulat yang majoritinya adalah umat Islam, usaha Tuanku untuk memartabatkan Islam dengan melaksanakan syariat Islam di negara Brunei merupakan usaha luhur dan murni yang perlu dijadikan contoh tauladan kepada semua negara Islam khususnya dari Asia Tenggara. Betapa kekukuhan iman yang mendalam mendorong Tuanku Sultan bertegas untuk melaksanakan syariat Islam di negara Tuanku dengan mengenepikan segala persepsi buruk musuh Islam terhadap syariat Islam.

Patik berpandangan, seharusnya pemimpin Islam di negara umat Islam yang lain merasa cemburu serta teruja untuk melaksanakan perkara yang sama di negara masing-masing. Islam yang diturunkan oleh Allah SWT perlu ditegakkan dalam semua lapangan kehidupan sama ada individu, keluarga, masyarakat mahupun negara dan merangkumi semua bidang daripada pendidikan, perekonomian, perundangan, pentadbiran, sehinggalah kenegeraan. Islam juga membawa keamanan dan kesejahteraan serta mampu menyelesaikan permasalahan gejala keruntuhan akidah dan akhlak yang sangat serius dalam masyarakat. Ternyata Tuanku Sultan telah mendahului perkara ini dengan hasrat melaksanakan syariat Islam di Brunei dan membuktikan tidak ada halangan untuk dilaksanakan. Justeru tidak ada alasan bagi pemimpin umat Islam di negara lain untuk melaksanakan perkara yang sama di negara masing-masing.

LA DPPM dan seluruh rakyat di Malaysia juga merasa bangga kerana Tuanku Sultan menekankan peri pentingnya menjadikan Sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai pegangan tertinggi dalam kehidupan rakyat di negara Brunei dan sudah pastinya suasana kehidupan di Brunei hasil dari syariat Islam yang diterapkan menjadi suatu impian indah kepada umat Islam di Malaysia. LA DPPM yakin, hasil dari pelaksanaan syariat Islam nanti, maka lahirlah masyarakat dan negara yang penuh dengan barakah, keamanan, keharmonian, ketenteraman dan keadilan. Ia juga sudah tentu menjadi suatu dakwah yang berkesan kepada negara-negera bukan Islam lainnya di rantau Asia ini.

Akhirnya, LA DPPM dan seluruh umat Islam di Malaysia sentiasa mendoakan kesihatan dan kekuatan kepada Tuanku Sultan agar terus mentadbir negara Brunei Darussalam. Umat Islam juga turut mendoakan agar negara Brunei Darussalam terus dberikan keamanan dan ketenteraman, jauh dari malapetaka, bala bencana serta hidup dalam keredhaan Ilahi dibawah lembayung Syariat Islam.

Ampun Tuanku, Patik sudahi dengan menjunjung kasih.

Wassalam

Yang Diamanah


YM DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
Merangkap Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Friday, November 11, 2011

Mengapa kos lebuhraya Jabor jadi RM5bilion?

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menjelaskan isu berhubung bagaimana kos pembinaan lebuhraya Jabor di Kemaman menelan kos tinggi sehingga melebihi RM2bilion daripada kos asal. Ketua pembangkang, Dato’Seri Anwar Ibrahim berkata, kos asal pembinaan lebuhraya yang termasuk dalam projek Lebuh raya Pantai Timur (LPT) itu hanya bernilai RM3bilion, tetapi kini menjadi RM5 bilion. Anwar berkata demikian semasa berbahas di Parlimen pada 2 November lalu.


Lebih malang lagi, projek gagal disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu pada tahun lalu walaupun pembinaannya bermula tahun 2007, katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.


Kegagalan menyiapkan lebuh raya tersebut dibebankan lagi dengan masalah yang bakal dihadapi dengan persoalan siapa yang akan mengutip tol dan syarikat pemegang konsesi. Beliau mahu kerajaan mendedahkan pihak mana yang bertanggungjawab menyebabkan kelewatan dan peningkatan kos tersebut.


Selain itu beliau mendakwa semua masalah membabitkan kos dan kelewatan penyiapan LPT di Jabor adalah kerana kelemahan Jabatan Kerja Raya dan kementerian terbabit.


Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek membina jambatan di atas daratan di Kemaman, Trengganu dengan kos RM174 juta yang melebihi RM70 juta dari harga sebenar.


Kata Anwar, ia merupakan satu projek elit Umno/BN yang membina jambatan di daratan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar.


Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikan elaun wakil—wakil rakyat.


Sehingga kini, katanya kemiskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.


Sumber berita: Harakah

Komen aku: Umno memang lebih naga daripada naga! Kalau tak buat begitu Umno tak akan kaya- pasti miskin papa! Serang PAS pun boleh diguna duit zakat, inikan pula duit buat lebuhraya!

Thursday, November 10, 2011

Umno guna wang zakat serang PAS

Bila sudah duduk dalam Umno tak kira siapa, orang lulusan agama ka, siapa ka, selera tetap besar! Perjuangan menegakkan agama, amal makruf nahi mungkar bukan lagi kerja utama. Yang menjadi keutamaan penuhkan tembolok.


Duit zakat ka, duit anak yatim ka, itu cerita di Padang Mahsyar yang lambat lagi itu, guna sahajalah walau pun ditempat yang tidak sewajib digunakan atau disalahgunakan. Dosa pahala belakang kira!


Itulah kalau dah jadi Umno! Boleh dia serang PAS guna duit zakat!? Ramai yang kebulur sampai pergi minta makan dengan gereja, apa Umno peduli!!! Yang penting ampu bos lebih afdal. Soal aqidah umat kita buat sahaja himpunan sejuta umat, habis cerita!! Duit zakat ka, duit Tabung Haji ka, duit KWSP ka, duit Petronas ka, duit lembu ka, pengampu-pengampu sapu dulu demi ampu Najib and Rosmah! Itulah politikus dan tikus-tikus cap Umno!


Umno guna wang zakat serang PAS


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato Seri Jamil Khir Baharom memberi penjelasan kerana di dakwa menggunakan wang zakat untuk memburukkan PAS.


Mahfuz berkata, beliau mempunyai bukti Jamil Khir mengeluarkan arahan kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk Bukti PAS bukan Parti Islam.


Sambil menunjukkan salinan surat arahan, Jamil Khir didakwa mengarahkan Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekalkan buku tersebut kepada sekumpulan imam dan bilal.


“Kita tiada masalah jika diserang, tetapi isunya ialah, mengapa serang PAS guna wang zakat? Miskin sangatkah Umno sampai wang zakat pun diseleweng untuk tujuan politik Umno?, " katanya pada sidang media di lobi Parlimen.


Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagihkan wang zakat.


Buku itu pula diberikan kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


Petikan surat itu berbunyi "sukacita dimaklumkan bahawa YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di JPM telah bersetuju untuk membeli buku itu sebanyak 250 unit. Mohon kerjasama tuan untuk membuat pembayaran ke syarikat itu,” kenyataan surat itu dipetik dan ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Jamil Khir, Leftenan Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris.


Beliau difahamkan, kursus yang sudah tiga kali diadakan itu turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri.


Manakala ucapan penutup disampaikan oleh bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.


“Kursus itu kata peserta tidak lebih kepada ‘brainwash’ untuk mereka, dan memburuk-burukkan PAS atas nama program Jakim,” kata beliau.


Sumber: Harakah

Tuesday, November 08, 2011

Graduan Sarjana Muda Pendidikan diarah cari kerja lain!

PAS telah mengecam kenyataan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin yang disiarkan Buletin Utam TV3 pada 30 Oktober lalu bahawa tiada lagi jaminan penempatan bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang tidak ditaja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato Abu Bakar Chik, pihak kerajaan bertindak mendiskriminasi graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta tidak menjaga kepentingan mereka.

"Selama ini (kejadian) tidak berlaku , tetapi kenyataan Muhyiddin membuktikan kerajaan betul-betul tidak bertanggungjawab", tegasnya.

Ustaz Abu Bakar berkata, kerajaan perlu lebih mengutamakan graduan UPSI berbanding graduan-graduan yang lain.

"Apakah alasan graduan UPSI tidak diberikan tempat sedangkan mereka berkelayakan?" soal beliau.

Menurutnya, tujuan asal penubuhan UPSI adalah untuk melahirkan guru yang dimulai dengan Maktab Perguruan Sultan Idris sebelum dinaiktaraf berbanding IPG lain yang baru lahir.

Beliau tidak menolak andaian tindakan berkenaan disebabkan UPSI tidak berada di bawah naungan KPM sekali gus menunjukkan tiada keselarasan dasar antara KPM dan KPT.

Isu ini ujarnya menunjukkan wujud percanggahan tentang dasar pendidikan sehingga tidak mengambil kira kewujudan UPSI.

"Seolah-olah tidak berkaitan (KPT dan KPM), malah nampaknya semacam menteri-menteri yang terlibat mempunyai kepentingan masing-masing dalam pembangunan dasar negara.

"Ini jelas apabila bertukar menteri di sesuatu kementerian, maka dasar juga bertukar silih berganti sehingga menyusahkan rakyat", kata Ustaz Abu Bakar yang juga bekas Exco Kerajaan Trengganu pimpinan PAS.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa graduan pendidikan perlu mencari kerja di tempat lain yang sesuai dengan ijazah mereka. Beliau turut menyifatkan keutamaan penempatan turut diberikan kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala penempatan graduan ISMP akan dibuat setelah selesai penempatan GSTT dan KPLI.

Kalau siswa-siswi sokong lagi Umno/Bn memang tak cerdik!!

Jika masih ada pelajar terutama yang belajar di institusi dan universiti masih menyokong kerajaan Umno/Bn, memang pelajar itu bodoh! Masa depan tak terjamin, pekerjaan tak tahu hujung pangkal, PTPTN pula mahu menghentikan pinjaman perbelanjaan! Apa yang para pelajar dan mahasiswa miskin nak makan? Lu fikirlah sendiri!


Harga barang naik, harga makanan juga naik, maka bakal kebulurlah pelajar yang merantau demi mencari ilmu buat jaminan masa depan! Isteri menteri terus joli sakan bershoping sana sini. Beg tangan berjuta harga, cincin pun harga berjuta juta, para siswa-siswi sibuk berjimat maggie!!!


Hentikan pinjaman PTPTN tindakan tidak waras

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 7 Nov: Jangan binasakan masa hadapan negara dengan cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan pinjaman perbelanjaan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


"Tindakan itu akan mengganggu tumpuan para pelajar kepada pelajaran mereka dan akhirnya negaralah yang akan menanggung kerugian jika tindakan itu mengakibatkan pertambahan peratusan yang gagal atau amat sederhana pencapaian mereka," kata beliau.


Ketika menolak cadangan yang disifatkannya tidak adil dan tidak waras itu, Mohamad meminta para pemimpin kerajaan membuat tinjauan sendiri untuk melihat penderitaan para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari keluarga miskin.


"Lihat sendiri berapa ramai pelajar IPT yang terpaksa mengikat perut malah ramai yang sering menahan lapar dalam keadaan PTPTN masih lagi memberikan pinjaman perbelanjaan. Bayangkan jika diragut dari mereka kemudahan itu.


"Saya harap para pemimpin kerajaan datang tengok sendiri beban dan penderitaan mereka kerana saya tidak yakin PTPTN berani mengumumkan cadangan hendak menamatkan pinjaman perbelanjaan itu tanpa restu pemimpin kerajaan," kata beliau.


Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lalu membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 dan hanya memberikan pinjaman pembiayaan yuran pengajian sahaja.


"Tidak cukup meragut poket rakyat dengan keghairahan memaksakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) termasuk cukai enam peratus ke atas pengguna telefon pra bayar jika mereka menang dalam pilihan raya akan datang, semakin menjadi trend pentadbiran Umno Barisan Nasional (BN) untuk meragut apa sahaja saki baki kemudahan rakyat, dari subsidi hinggalah kepada pinjaman PTPTN," katanya.


Tugas kerajaan yang bertanggungjawab, kata Mohamad, ialah mencari jalan untuk memberikan pendidikan percuma sekurang-kurangnya kepada rakyat miskin.


"Tidak perlu disebut negara-negara seperti Denmark, Finland dan Sweden yang memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyat sehingga ke peringkat IPT, negara seperti Sri Lanka pun memberikan pendidikan tinggi dari sekolah rendah hingga ke peringkat IPT walaupun pendidikan percuma di peringkat IPT adalah terhad," katanya.


Mohamad yakin, pendidikan percuma hingga ke peringkat IPT, walaupun terhad, bukan perkara mustahil di negara ini jika wang negara digunakan dengan cara yang betul.


"Lihat laporan Ketua Audir Negara, berapa bilion yang tiris, membazir dan diselewengkan. Itu belum lagi diambil kira subsidi kepada pembekal tenaga bebas (IPP) yang semakin menghampiri jumlah ratusan bilion ringgit," katanya.


Sebab itulah, kata beliau lagi, selagi Umno BN memerintah, jangankan pendidikan percuma hingga ke peringkat IPT, subsidi kepada pelajar miskin pun kerajaan berdolak dalik untuk menyembunyikan hakikat sebenar bahawa kerajaan Umno BN memang tidak mahu memberikan subsidi itu.


"Itu subsidi, memang kerajaan tak mahu bagi, tetapi sekarang kemudahan pinjaman pun kerajaan nak ragut dari para pelajar kita. Melampau," katanya.


Mohamad percaya sikap melampau kerajaan Umno BN itu pasti semakin menjadi-jadi jika menang dalam pilihan raya akan datang.


Sumber: Harakahdaily




Monday, November 07, 2011

Nasihat buat mak aji! Kesian pak aji!


Diterima atau tidak ibdah haji seseorang itu adalah urusan dan hak Allah. Allah Maha Mengetahui. Namun diharapkan sebaik pulang dari buat haji, maka akan adalah orang yang akan jual kembali koleksi beg tangan yang katanya harga berjuta ringgit untuk wangnya disedekahkan ke rumah anak-anak yatim dan fakir miskin.

Tiada gunanya berhaji jika koleksi beg tangan masih dijinjing ke hulu ke hilir yang mana punca wang pembeliannya sangat dicurigai umum!

Begitu juga dengan katanya cincin yang harga berjuta. Juallah kembali dan wangnya sedekahkah kepada anak-anak yatim dan fakir miskin juga atau masukkan sahaja wang jualan itu ke dalam tabung pendidikan buat anak-anak muda menggunakannya buat menuntut ilmu. Itukan lebih baik!

Nasihat ini bukan dengki tapi ikhlas kerana ada orang baru selesai buat haji kan? Janganlah haji itu dipermainkan orang dan biarlah haji itu dihormati orang! Lagipun tak eloklah mak aji guna beg tangan harga berjuta, begitu juga dengan cincin yang harga berjuta itu, sebab mak aji pun dah berusia tua, rumah dah kata pergi , kubur kata mari!

Amacam pak aji?

Sunday, November 06, 2011

KAHKAHKAHKAH...KAHKAHKAHKAHKAH...BIAR BETUL?

Zaid: KITA bercita-cita jadi parti pemerintah


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan meletakkan banyak calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 kerana ia mahu menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau seperti yang dilabel oleh pihak tertentu, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim.


Sambil berkata KITA merupakan parti politik alternatif terbaik untuk rakyat kerana ia memperjuangkan kesejahteraan insan di negara ini, beliau berkata parti itu tetap dengan hasrat untuk menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau mahupun pemecah undi.

"KITA bermatlamat menjadi parti pemerintah dan bukannya parti untuk merebut jawatan Perdana Menteri. Sebab itu kita mahu meletakkan calon sebanyak mungkin di kawasan yang difikirkan sesuai bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum nanti," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin politik di Sabah dan Kedah yang menyifatkan KITA sebagai parti pengacau apabila berhasrat bertanding banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang.

"KITA bukan parti main-main atau parti untuk memecah undi rakyat. Malah parti ini memberi peluang rakyat buat pilihan, sebab itu kita mahu bertanding di semua kawasan yang mampu dan difikirkan sesuai dan sekaligus menjadi parti pemerintah.

"Kenyataan beberapa pemimpin politik termasuk dari PKR dan DAP kononnya parti KITA sebagai parti pecah undi tak betul. Kami mahu Kita menjadi parti alternatif yang memacu tranformasi rakyat ke arah parti pemerintah dan parti pilihan rakyat sebenar," kata Zaid.

Beliau berkata ini kerana Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sudah tidak mampu menjadi parti alternatif untuk rakyat kerana mempunyai agenda dan prinsip perjuangan yang berbeza.

- Bernama