Followers

Saturday, October 29, 2011

Ramai graduan tak mahu kerja sektor pertanian, betulkah? Atau?

Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong sebab lama jadi menteri! Betulkah graduan tidak minat bekerja disektor pertanian kerana kerja pertanian miskin, kerja teruk dan kotor? Ini satu tuduhan yang tidak berasas kepada pemuda-pemuda Melayu terutamanya.


Jangan cakap banyak, bagi tanah kepada para pemuda 10 ekar seorang. Sediakan kemudahan khidmat nasihat, modal dan pasaran secara ikhlas bukan secara kerja politik yang tidak bertanggungjawab! Bagai mana pemuda-pemuda terutama dalam kalangan pemuda Melayu nak menjadi petani, tanah sekangkang kera pun tak ada! Woi bagilah tanah! Ini, tanah asyik sapu dek pekerja-pekerja di pejabat tanah sahaja. Tanah dia tanah dia, tanah orang jadi tanah dia termasuklah dengan perangai para pemimpin politik UMNO dan YB-YB yang sebelah sana tu! Untuk sendiri, buka tanah sana buka tanah sini. Untuk pemuda Melayu, piiraahhh…siapa nak peduli kat ngko!!


Pemuda-pemuda Melayu malas! Pemuda-pemuda Melayu tak mahu buat kerja kotor! Permuda-pemuda Melayu taka da kemahiran! Inilah kerja menteri dengan timbalan menteri asyik menyalahkan Melayu. Habis kamu semua para pemimpin Meayu dan menteri-menteri Melayu buat jadah apa?


Pemuda-pemuda tak ada kemahiran! Hey…kamu kerajaan, kerajaan UMNO/BN, ekonomi mantop kamu kata, duit banyak, beli beg tangan berjuta boleh, nak bagi kemahiran kepada pemuda-pemuda tak boleh? Basa sungguhlah kamu pak menteri! Bila gagal projek macam Feedlot Nasional..oh pengusaha temnpatan tida mempunyai pengetuhuan. Dah tahu taka da kemahiran kenapa tak bagi kemahiran? Dah tahu taka da kemahiran, apa jadahnya bagi kepada yang taka da kenahiran atau ini semua cakap-cakap nak tutup pekong!!?


Betullah siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong hari-hari!!


Projek Feedlot Nasional Gagal Kerana Pengusaha Tiada Pengetahuan Asas


PENDANG: Kegagalan projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara baru-baru ini disebabkan kegagalan pengusaha tempatan melaksanakan projek tersebut dengan baik.


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, kegagalan projek ternakan lembu feedlot tersebut disebabkan rata-rata pengusaha tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian.

Justeru itu, beliau meminta graduan yang memiliki diploma dan ijazah dalam bidang pertanian menceburkan diri dalam industri pertanian bagi membolehkan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.


"Kita lihat ramai graduan tidak mahu bekerja di sektor pertanian kerana beranggapan pertanian ini miskin, kerja teruk dan kotor tetapi mereka tidak tahu sebenarnya bidang tersebut mempunyai hasil pulangan yang banyak.


"Mereka perlu ubah gaya pemikiran mereka agar dapat menceburi bidang pertanian bagi membolehkan ilmu yang dipelajari semasa di universiti dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam bidang tersebut," katanya pada sidang media selepas "Program Konvoi Bersamamu Datuk Jo" di Kampung Palas, Tobiar, dekat sini.

Mohd Johari berkata, beliau melihat projek ikan talapia diusahakan oleh sebuah syarikat di China yang dibangunkan selama 10 tahun berjaya mengeksport produk mereka ke luar negara sehingga mencecah RM1 bilion setahun.


Katanya, kejayaan mereka disebabkan mereka memiliki pekerja daripada graduan dalam bidang akuakultur, dan mereka juga turut mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri.


"Mereka juga boleh tentukan harga pasaran produk mereka kepada negara luar yang berminat untuk membelinya," katanya.


Beliau menyarankan Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya bekerjasama dengan agensi pertanian di negara ini bagi membolehkan pelajarnya banyak melakukan latihan praktikal bersama petani.


Terdahulu itu, Mohd Johari, yang Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, bersama kira-kira 500 Pemuda Umno Kubang Pasu berkonvoi dengan motosikal dari pekan Jitra ke Kampung Palas, Tobiar sejauh 40 kilometer bagi mengeratkan lagi hubungan antara Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu dan Pendang.


Katanya, melalui program ini juga kepimpinan Umno juga dapat menyelami isi hati dan apa yang diperlukan agar mereka agar tidak tersasar dengan matlamat yang dibawa oleh pemimpin negara terutama menjelang 2020.

mstar.com.my


Friday, October 28, 2011

Najib memang pakar...Pakar buat hutang!

Hutang Negara turun zaman Anwar, naik era Najib

Harakahdaily


KUALA LUMPUR 28 Okt: Hutang negara berkurang pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, namun melonjak selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kementerian itu.


Sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, beliau berjaya mengurangkan hutang negara dan menukar belanjawan kerajaan kepada lebihan pendapatan dalam masa dua tahun sahaja, lapor KeadilanDaily.


Belanjawan itu berterusan sehingga beliau dipecat secara tidak adil pada 1998 oleh pentadbiran Mahathir.


Sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan, Malaysia mengalami belanjawan defisit selama hampir 20 tahun, namun selepas pemecatannya, Malaysia sekali lagi berdepan Belanjawan defisit selama 14 tahun berturut-turut.


Dapatan ini dikeluarkan badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) dalam satu analisa perbandingan antara pentadbiran Anwar dan juga Najib sebagai Menteri Kewangan.


Kajian itu menunjukkan semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998.


“Rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan amat impresif. Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992 sehingga tahun 1996 selepas meningkat secara berterusan selama hampir 20 tahun.


“Secara perbandingan, hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan meningkat secara tekal pada kadar lebih 10 peratus setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008,” kata KPRU dalam analisa itu yang dibuat bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong.


Menurut KPRU lagi, hutang negara yang meningkat secara berterusan itu diburukkan lagi oleh Barisan Nasional yang cenderung meluluskan belanjawan tambahan untuk menyorokkan angka hutang dan defisit negara yang terus meningkat saban tahun.


Belanjawan tambahan itu, kata KPRU, sepatutnya hanya perlu diluluskan untuk perkara-perkara yang bersifat kecemasan seperti sekiranya berlaku bencana alam di Jepun.

“Sebagai contoh, dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) dibentangkan Jun tahun ini, pentadbiran Najib dikritik kerana memanipulasi peruntukan emolumen RM1 bilion untuk Kementerian Kesihatan kerana emolumen sepatutnya tidak tergolong sebagai perbelanjaan di luar jangka,” kata KPRU.


Ini menyebabkan hutang negara semakin meningkat setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan, kata KPRU.


“Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan adalah RM306.437 bilion pada tahun 2008 apabila Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, Ia meningkat kepada RM362.387 bilion pada tahun 2009 dan RM407.101 bilion pada tahun 2010. Ia diunjurkan mencecah RM455.745 bilion pada tahun 2011.


“Menurut laporan terkini Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan kini sudah mencecah RM437 bilion,” kata KPRU.

Sumber:harakahdaily

Thursday, October 27, 2011

Lagi lagi Mahathir!!

Lagi-lagi Mahathir! Dia memang bapak pemunah gamaknya. Dasar Pelajaran Kebangsaan punah masa dia memerintah, Bahasa Melayu ghuyup sebagai bahasa ilmu di tangan dia. DEB, ekuiti ekonomi Melayu tak kesampaian pun di tangan dia. Tanah rezab Melayu berkurangan zaman dia. Sekolah Agama Rakyat terancam pun zaman dia. Pendatang asing jadi pengundi pun masa dia merintah. Kehakiman jadi huyung-hayang zaman dia. Keadilan mula terhakis zaman dia. Banyak perkara rosak zaman dia ni. Heiy…memang dialah!!

‘Dr M punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit’.


Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.


Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.


Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.


"Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.


Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya.


Kenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.


Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012.


Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.


Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat

http://www.malaysiakini.com/news/179786

Cheh.... Beraheng Ali macam serius tapi buat kelakar.....Kah!


Pandailah Beraheng buat kelakar; 9 Julai, bukan takutlah!

Iyalah tu, betool Beraheng kata tu bukan takut cuma tak berani je!!

Tak berani kerana tak yakin ramai yang akan bersama PERKASAM

Tak berani kerana bimbang akan berdemo sorang-sorang atau dengan Zahid Mat Arip je

Tak berani kerana Bangla tak dapat turut serta Perkasam kerana ramai Bangla terpaksa menyertai Patriot!

Tak berani kerana orang di rumah tak izinkan..huhuhu!!!

Situasi perang konon!! Tak padan dengan lelah, nak sangat berperang! Braheng..braheng...cakap banyak, piirahh!!

Kesian ahli PERKASAM berketuakan Beraheng dan bernaib Presidenkan Zul Kulim! Nayalah kamu!!

9 Julai: Bukan sebab takut, kata Ibrahim Ali


Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.


Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.


"Ada yangboleh beritahu ada yag tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.


Beliau berkata demikian dalam ucapannya petang inik apabila isu berkenaan dibangkitkan oleh seorang perwakilan.


"Kita buat laporan polis sebagai senjata perang saraf. Kalau (BERSIH) nak buat (perhimpunan), kita buat (perhimpunan juga).


"Sebab itu mereka tak dapat permit, kita pun tak ada permit," katanya mengulas isu yang dibangkitkan perwakilan Wilayah Persekutuan itu.



HIMPUN: Malunya kita


Tambahnya, beliau bagaimanapun memutuskan supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan setelah melihat satu titah daripada Istana berhubung perhimpunan 9 Julai.


"Bukan kita takut. Orang yang kata saya takut, dia jel sehari pun tak masuk lagi.


"(Perhimpunan) boleh timbul kucar-kacir, huru-hara. Kita tengok apa yang berlaku di London.



"Rakyat semua ada ijazah tapi masih bakar bangunan, bakar kereta," katanya merujuk kepada rusuhan yang berlaku di kota itu sebelum ini.


Dalam pada itu, Ibrahim turut menyatakan kekesalannya kerana Perhimpunan Sejuta Umat pada Sabut lalu turut gagal meraih jumlah peserta yang disasarkan.


"Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang tak sampai 10,000 orang. Malunya kita," katanya lagi.


http://www.malaysiakini.com/news/179705