Followers

Saturday, October 15, 2011

Para pemimpin Umno 'ajar dan ajak' ahli-ahli Umno tolak Hudud! Bertuahnya ahli-ahli Umno!!

Kalau difikir-fikirkan memang malang menjadi ahli Umno terutama ahli-ahli Umno yang baik, yang tidak tinggal solat dan kuat amal ibadat! Malang kerana para pemimpin Umno yang ego dan sombong atau mungkin jahil, ahli-ahli Umno terbabit turut terbeban dengan pelbagai persoalan hidup mati.


Dalam kes Hudud contohnya, parti Umno menolak hudud! Walau apapun alasan yang diberikan, sehingga berbuih mulut, dan berbagai-bagai gaya bahasa yang dibunyikan, maknanya atau kesimpulannya, Umno menolak hukum Allah, Hudud!


Penolakan hukum Hudud ini dibuat oleh para pemimpin Umno, bukan oleh ahli-ahli Umno! Namun kesan akhirnya ahli-ahli Umno juga terpaksa berjauhan dan menolak hudud Allah itu. Tidakkah malang namanya itu. Sembahyang tungang-tunggek, akhirnya mulut berpakat berkata hudud, hokum Allah tak sesuai! Padah! Sedar, tak sedar puak-puak ni?


Inilah pengajaran atau ilmu yang ahli-ahli Umno dapat daripada para pemimpin Umno yang ahli-ahli Umno sendiri, (yang terdiri pak cik makcik di luar bandar dan Felda, para ibu tunggal, para penjaga perut dan bawah perut) naikkan melalui undi setiap kali pemilihan Umno dan PRU diadakan.


Para pemimpin Umno mengajar dan mengajak ahli-ahli mereka menolak hudud dengan berbagai alasan dan gaya bahasa! Manakala para pemimpin PAS mengajar dan mengajak ahli-ahli mereka menerima dan menyangi hudud, hukum Allah itu! Ahli parti mana yang malang?


Kesimpulannya, bertuahnya rakyat Brunei mempunyai Sultan Brunei!! Kita?


JAMAIE: Umno tolak hudud, “luar biasa”.

Harakahdaily


KENYATAAN AKHBAR DARIPADA PENGERUSI JARINGAN NGO ISLAM PERAK (JAMAIE )


Saya terpanggil untuk membuat kenyataan paling penting mengenai polemik kefahaman dan perlaksanaan hukum hudud yang sudah berminggu-minggu dibincang di dada-dada akhbar. Khusus mengenai pandangan Professor Atory Hussin & Prof. Madya Dr.S. Pandian di Akhbar Sinar Harian muka 2 edisi 12/10/11.


Perbincangan tentang hudud diakhbar-akhbar perdana adalah disekitar tuduhan bahawa isu hudud adalah mainan politik PAS dan PAS akan terus gagal melaksanakan hudud kerana DAP menentang.Dibincangkan juga betapa isu hudud ini adalah duri dalam daging yang akan menggugat hubungan dalaman Pakatan Rakyat.Digambarkan bahawa pelaksanaan hudud tidak akan pernah seeuai kerana majmuknya negara ini.


Berikut kenyataan kami.


i) Menyalahkan PAS dalam polemik hudud adalah tidak meguntungkan sesiapa.Kenapa tentangan DAP terhadap hudud diraikan seolah-olah satu kemenangan sedangkan tentangan mati-matian MCA terhadap hudud disepikan. Seolah-olah jika hudud gagal dilaksanakan ia merupakan kemenangan kepada imej politik UMNO. Hakikatnya adalah, baik tentangan DAP atau MCA terhadap hudud adah manifestasi ‘kegagalan’ dakwah orang-orang Islam tidak kira UMNO atau PAS.Tidak ada apa-apa yang perlu diraikan. Sebenarnya yang perlu ditangisi adalah kenapa masih ada orang-orang Melayu-Islam yang menentang hudud. MCA dan DAP tak faham hudud itu biasa tetapi dolak dalik UMNO menolak kesesuaian pelaksanaan hudud di Malaysia khususnya di Kelantan adalah sangat luar biasa.


ii) Benar enakmen syariah bekaitan hudud telah berjaya diwartakan oleh kerajaan pimpinan PAS di Kelantan tahun 1993 dan di Terengganu tahun 2003. Secara positif seluruh orang-orang beriman sepatutnya bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada PAS kerana di mana-mana sahaja jika ada kesempatan menguasai kerajaan dengan majoriti 2/3 PAS akan mengusahakan enakmen-enakmen syariah di luluskan oleh dewan-dewan legistatif. Bukankah itu tanda kesungguhan dan kejayaan PAS?


iii) Benar terdapat kelemahan PAS dalam kesungguhan mereka mengusahakan supaya enakmen-enakmen tersebut dapat dilaksana dan dikuatkuasakan. Alasan-alasan seperti halangan kerajaan persekutuan dan ‘seolah-olah’ berlaku halangan perlembagaan adalah rintangan yang sering diberikan oleh PAS. Halangan sebegini bukan persepsi tetapi satu realiti yang selalu diulang-ucap oleh pemimpin-pemimpin politik khususnya daripada UMNO, MCA, DAP & Gerakan. Kami bersetuju jika ini dilihat sebagai kelemahan dalam iltizam PAS. Namun orang-orang beriman mesti membantu mengatasi kelemahan PAS tersebut dengan turut terlibat memberikan sokongan moral dan nasihat professional kepada PAS tentang kaedah-kaedah bagi mengatasi halangan-halangan tersebut. Bukankah merealisasikan perlaksanaan undang-undang syariah adalah tanggungjawab semua orang-orang beriman.


iv) Berbanding antara kelemahan PAS (yang tidak disengajakan) dengan komitmen bermati-matian pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan Karpal Singh untuk menentang perlaksanaan hudud – orang-orang beriman mesti tahu menentukan kewajaran sikap dan tindakan. Kelemahan PAS rawatannya adalah berikan kerjasama dan tunjuk ajar. Namun keangkuhan UMNO & MCA memerlukan amaran dan diberikan kata dua. Jika benar UMNO membenci hudud, UMNO mesti mempunyai keberanian untuk berterus terang. Setakat ini kami menyanjung sikap Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang secara terbuaka menyokong hudud dengan alasan ia adalah tanggungjawab agama. Apa salahnya menegakkan kepentingan politik demi melaksanakan tuntutan agama.


v) Alasan demi alasan pemimpin-pemimpin besar UMNO daripada dulu (contohnya sikap tegas Dr. Mahathir mempersenda hudud sebagai undang-undang yang akan melemahkan umat Islam) hingga sekarang (ucapan demi ucapan Dato’ Najib Razak yang mengatakan hudud tidak sesuai di Malaysia) yang mempertikaikan kesesuaian undang-undang hudud adalah sangat dikesali. Jika benar keadaan zaman Dr. Mahathir tidak sesuai untuk perlaksanaan hudud kami ingin bertanya apa pula langkah-langkah komprehensif kerajaan UMNO/BN daripada zaman beliau hingga era Dato’ Najib sekarang untuk membantu mewujudkan suasana ‘sesuai hudud’ tersebut. sekurang-kurangnya kerajaan PAS Kelantan telah berusaha menutup lubang-lubang maksiat dan mungkar dengan mengharamkan judi, mengawal ketat penjualan arak, mengawal hiburan dan budaya lucah serta mengamalkan pentadbiran bebas rasuah. Persoalan yang nak ditanya kepada UMNO – menolak hudud sekeras-kerasnya dan terus mempromosikan budaya ‘tidak mesra hudud atas acuan MCA’ tidakkah dilakukan juga kerana kepentingan politik ? kepentingan untuk meminggirkan agama, bukan?


vi) Bagaimana mungkin akan wujud suasana ‘sesuai hudud’ jika dasar-dasar UMNO masih terus disuburkan dengan penggalak kepada kesalahan-kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman hudud. Zina terus subur dengan dasar-dasar hiburan dan perlesenan tempat hiburan mesra zina. Mencuri terus subur dengan suasana ketidakadilan ekonomi, pembaziran dan rasuah yang berleluasa. Disamping undang-undang mencuri dan undang-undang rasuah yang ‘mesra penjenayah’. Minum arak terus digalakkan tanpa ada kawalan dan perlaksanaan undang-undang yang berkesan. Jangan lupa dalam keadaan kuasa ada ditangan, Perdana Menteri Dato Najib terus meluluskan lesen-lesen judi baru sejak beliau menerajui Putrajaya. Persoalannya jangan bercakap tentang suasana yang tidak ‘sesuai hudud’ jika pemimpin-pemimpin UMNO adalah punca utama kepada kewujudan suasana tidak ‘sesuai hudud’ tersebut. Jangan harapkan rakyat memakan ramuan sihat jika racunlah yang ditabur dalam makanan harian mereka!


vii) Sekalung tahniah kepada Mufti Kerajaan Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang memberikan respon penting tentang perlunya Kerajaan persekutuan memberikan laluan kepada perlaksanaan hudud di Kelantan. Pihak-pihak lain yang tidak mahir tentang ‘komplexiti’ undang-undang syariah (walaupun anda bergelar Professor dalam bidang-bidang lain) – ambillah pesanan Rasulullah – jika tiada perkara baik yang nak diucapkan lebih baik diam.


viii) Akhirnya perlu diingatkan Islam adalah agama ciptaan Allah, milik Allah dan kita beragama untuk Allah. Islam berbeda dengan agama-agama lain kerana Islam adalah pilihan Allah untuk bukan sahajai penganut Islam tetapi kebaikan Islam akan merahmati seluruh manusia dan alam. Kalau beriman, percaya dan yakinlah dengan seluruh peraturan Islam. Tugas orang beriman adalah menjadi jurujual yang terbaik untuk produk bernama Islam. Jurujual yang daripada awal-awal lagi mengaku produknya tidak baik dan tidak sesuai mestilah dipecat daripada terus menjadi jurujual. Jurujual Islam (orang beriman) adalah orang-orang yang akan mempertahankan produknya dan secara positif dan proaktif memberikan nasihat dan nilai tambah kepada produk dan strategi pemasaran. Jurujual palsu Islam bertaubatlah demi pilihan antara syurga dan neraka. Menjadi harapan kami supaya semua pihak terutama media turut mengambil peranan mendidik masyarakat tentang Islam khususnya mengenai falsafah undang-undang hudud. Elakkan mempolemikkan isu hudud yang bakal menambahkan kekeliruan masyarakat. Bagi PAS, nasihat kami perbaiki dan pelbagaikan strategi supaya Islam khususnya hudud dicintai sebagaimana cintanya manusia kepada pencipta hudud iaitu Allah. Bagi UMNO ambil yang jernih buang yang keruh. Belajarlah untuk mencintai dan menghargai segala peraturan-peraturan Islam.Kepada UMNO atau PAS, hudud bukan liabiliti tetapi aset.


Perjuangkanlah!!


Dr. Haji Khairuddin Bin Dato’ Abdul Malik

Pengerusi Jaringan Muafakat NGO Islam Perak (JAMAIE)

Friday, October 14, 2011

Baiknya 1Malaysia , rakyat terutama belia bersepah tak ada kerja, warga asing yang diberi kursus usahawan!

Inilah padahnya duduk deka tdengan kerajaan Umno/BN. Siapa yang duduk dekat Umno/Bn kalau cerdik, jadi bodoh! Rakyat duduk dekat Umno,yang cerdik dipandirkan! Pegawai Polis duduk dekat Umno pun boleh menjadi pandir juga!! Sanggup diri dilihat bodoh asalkan Umno terus berkuasa. Namun mahu menyalahkan kerajaan Umno tidak sekali-kali asalkan diri menjadi terus pandir tak apalah!


Wahai pemerintah 1Malaysia, cerdik ke bodoh, pandir ke tak pandir, rakyat sendiri terutama golongan muda bersepah mencari peluang berniaga, warga asing yang diberi kursus? Rakyat sendiri yang bersepah perlu dibantu, warga asing juga yangmahu dijadikan saudagar?


Menganjurkan kursus usahawan jika benar menggunakan peruntukan kewangan dari mana kalau tidak dari wang rakyat? Kenapa warga asing yang senang-senang dapat kursus hasil wang rakyat? Ini kerja pelik lagi haramjadah ni!


Nampaknya puak-puak ini makin ‘gila babi’ dalam percaturan politik mereka. Pegawai awam menjadi abdi, wang rakyat digunakan untuk orang asing? Negara lain ada buat begitukah untuk rakyat Malaysia?


Marilah kita hentikan puak-puak ini dari terus memerintah Malaysia…jahanam segala, kecewa rakyat jelata!!!


Sindiket IC: Alasan ‘kursus usahawan’ tak munasabah


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Oktober: Kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman bahawa ratusan warga asing yang ditemui di Istana Dugang Country Resort kelmarin menghadiri kursus keusahawanan disifatkan sebagai tidak munasabah.


Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, alasan itu sama sekali tidak dapat diterima rakyat kerana tiada keperluan mereka mengikuti kursus tersebut kerana mereka memang tidak dibenarkan berniaga di Malaysia.


"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita? soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Suhaizan turut membangkitkan beberapa persoalan yang menimbulkan kecurigaan dan mengesahkan dakwaan pemuda PAS bahawa warga Indonesia, bangladesh dan Kemboja itu dibawa ke resort tersebut untuk mengambil MyKad.


Warga asing itu juga dipercayai akan didaftarkan sebagai pemilih dalam pilihan raya umum ke-13.


Katanya, layanan yang diterima mereka sangat istimewa sehingga diberikan perkhidmatan pengangkutan dan bas secara percuma.


"Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?" soalnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.


Apa yang lebih melucukan katanya warga asing itu datang dari Johor ke Selangor semata-mata untuk berkursus selama lima jam sahaja.

Ini kerana jelasnya, menurut perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari Rabu, sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.


Tambahnya, jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan, kenapa dalam waktu yang singkat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari.


"Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," katanya.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak polis agar tidak bersubahat melindungi penyelewengan yang melibatkan kedaulatan negara.


Wednesday, October 12, 2011

Buat kerja begini bukan setakat pengkhianat malah pengganas sebenar-benarnya!

Dalam keadaan riuh rendah rakyat jelata protes perbuatan ini, ianya masih berlaku dan dilakukan. Memberi warga asing untuk mendapatkan kad pengenalan adalah satu kerja jahat yang cuba menafikan hak dan keistimewaan rakyat jelata Malaysia.

Demi mahu mengekalkan kuasa politik yang sudah tidak dingini oleh rakyat, pihak yang melakukan dan menaja perbuatan ini, bukan lagi bertaraf pengkhianat malah sebenarnya inilah petualang dan pengganas! Ini kerja jahat yang menzalimi hak-hak rakyat bukan setakat pengkhianat tetapi petualang dan pengganas yang erti yang sebenar-benarnya.

Adalah sangat malang dan keji jika sekiranya parti dan balaciUmno benar-benar terlibat dalam perbuatan jahat, zalim dan kerja ganas ini, iaitu memberi kad pengenalan kepada warga asing yang belum pasti sejauh mana taat setia mereka kepada raja-raja Melayu dan Negara dan kemudian membolehkan mereka ini menjadi pengundi dalam PRU.Pengkhianat dan pengganas ini bukan sahaja mengecewa seluruh rakyat jelata malah turut mengecewa dan mempermain-mainkan sokongan ahli-ahli Umno yang tidak tahu apa-apa isu yang berlaku dalam negara kerana program pemandiran yang dilakukan kepada mereka!

Konon mendakwa parti Umno menjulang ketuanan Melayu, namun hakikat sebenar jika Umno melakukan hal ini maka Umno adalah parti pengkhianat yang bakal menjahanamkan bangsa Melayu!

ntuk memberhentikan kerja jahat, khianat dan ganas ini, seluruh rakyat wajib tolak Umno/Bn dari puncak kekuasaannya melalui PRU ke 13 nanti. Kita tidak mahu lagi parti politik yang penuh hipokrasi dan bermuka-muka kepada bangsa Melayu terutamanya dan pelbagai bangsa amnya.


7 bas dikesan bawa warga asing dapatkan IC

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Dewan Pemuda PAS Johor telah berjaya mengesan 7 buah bas yang dipercayai membawa warga asing menuju ke Putrajaya untuk mendapatkan kad pengenalan.

Kesemua mereka diyakini dibawa masuk ke negara ini oleh pemimpin Umno BN bagi membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih untuk mengundi bagi pihak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan, kesemua bas tersebut telah dikesan dari Johor dan telah sampai ke Masjid Putrajaya pada jam 8 pagi tadi untuk mengambil IC mereka di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut beliau, tidak lama selepas itu, 3 dari 7 buah bas tersebut telah masuk ke JPM bersama sebuah kereta Perdana yang di dalamnya terdapat individu berpangkat datuk.

Sebahagian bas lagi, tegasnya, telah diarahkan keluar dari Putrajaya menuju ke arah yang tidak diketahui disebabkan mereka menyedari Pemuda PAS mengekori mereka dan ini jelas merupakan helah penghianat negara.

Katanya, setelah cerita mengenai 7 buah bas yang membawa warga asing untuk mengambil IC di JPM itu dimasukkan oleh beliau ke dalam Facebook, mereka telah lari masuk ke dalam hutan di Kajang.

"Takut juga rupanya mereka. Saya ingat mereka berani sangat. Tindakan para pemimpin Umno BN itu ternyata satu pengkhianatan kepada negara," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Maklumat mengenai warga asing mahu mendapat kerakyatan mudah itu, menurut beliau, telah diterima oleh beliau sejak petang semalam lagi dan sejak itu Pemuda PAS Johor telah berusaha mengesaninya.

"Malam tadi jam 1.00 malam, mereka singah di R & R Pagoh. Bermula di situ skuad pemuda PAS ekori mereka. Jam 6 pagi, mereka sampai di Masjid Putrajaya," katanya.

Hasil pengesanan yang dilakukan oleh Pemuda PAS, jelasnya, didapati bas-bas yang membawa warga asing untuk mendapatkan IC itu telah diturunkan di Kajang, Selangor.

"Ini jelas manipulator terancam yang dibuat ekoran pendedahan Pemuda PAS. Mereka ternyata pengkhianat yang pengecut," tegas beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sejak 3 jam lalu, katanya, kesemua warga asing yang mahu mendapatkan IC mereka itu telah ditempatkan di dalam hutan di Jalan Kajang - Istana Dugang Contry Resout.

Sehubungan itu, beliau berharap agar orang ramai yang mempunyai kelapangan masa berkejar ke tempat itu sekarang untuk beramai-ramai bertanya kepada mereka tujuan kedatangan mereka beramai-ramai ke Putrajaya itu.

"Sekitar 30 minit lalu, penduduk di kawasan itu sedang mengepong kawasan warga asing yang mahu diberikan IC oleh JPN itu," katanya.

Kini, menurutnya, bas-bas yang membawa warga asing itu pula telah keluar dari kawasan resort tersebut dan bas-bas tersebut didapati kosong tanpa penumpang.

"Maksudnya, warga-warga asing tersebut telah ditinggalkan di dalam resort itu. Apa yang mereka buat?" tanya beliau.


Sumber:harakahdaily

Tuesday, October 11, 2011

Kerajaan Umno/Bn buat lagi projek demi perut dan bawah perut!

Projek pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi oleh Umno melalui kroninya terbukti sebagai projek pembangunan yang mementingkan kroni lebih daripada factor keselamatan dan kedaulatan warisan negara. Projek ini menggambar sikap pemerintahan Umno/Bn di bawah Najib-Rosmah yang sambil lewa menjaga amanah dan khazanah Negara.


Tanpa memikirkan sensitiviti rakyat yang cintakan negara, Najib-Rosmah lebih mementingkan keuntungan dari faktor strategic keselamatan. Satu projek bodoh yang tidak memberi apa kebaikan kepada rakyat kecuali kroni.


Semenjak di bawah pemerintahan Umno/Bn dan kini diperintah oleh Najib-Rosmah, Pulau Batu Putih dengan mudah diserah kepada Singapura. Tanah KTM di Singapura pula telah diserah secara bodoh kepada Singapura juga. Dan banyak lagi perjanjian tidak cerdik dengan Singapura. Menyerahkan Wilayah Iskandar kepada para cukong! Dan kini Pangkalan Udara Sungai Besi diserah pula kepada kroni ‘kesayangan’ Rosmah Mansor!


Inilah sebenarnya projek pembangunan paling bangang ! Negara-negara lain yang berdaulat, tidak akan membuat projek bingong dan tongong ini, seperti yang dirancangkan, di tapak seperti yang selama ini bernama “ Pangkalan Udara Sungai Besi”. Kecuali puak-puak haramjadah dan puak-puak asalkan boleh sapu, sapuu!!!


Mahu lagikah parti politik yang seperti Umno/Bn ini memerintah Malaysia? Cukup sampai di sini, Umno/BN!!


Di bawah dari Harakahdaily:


Pelbagai keraguan tentang pengkalan udara Sg Besi


Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sikap kerajaan yang enggan menjelaskan pelbagai keraguan tentang Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi akan mengakibatkan rakyat menanggung bebannya, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub .


"Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dilihat umum sebagai 'projek Taek Jho Low' menjadi keutamaan Belanjawan 2012 dan dimasukkan di dalam perlaksanaan Rolling Plan Kedua yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).


"Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," kata beliau.


Bukan sahaja pindah milik tersebut amat meragukan dan menghapuskan kepentingan strategik dari segi pertahanan serta nilai sejarah pengkalan udara tersebut, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, malah selepas itu berlaku pula keraguan demi keraguan yang lain.


"Sampai hari ini, rakyat masih menanti jawapan apa perlunya 1MDB melabur secara tunai sebanyak sebanyak RM3.5 billion dalam PetroSaudi International Limited yang kemudiannya melabur pula lebih dari RM1.5 bilion UBG Berhad di mana Jho Low menjadi ahli lembaga pengarahnya.


"Rakyat juga mempersoalkan apa perlunya penglibatan syarikat-syarikat luar seperti Mubadala Development Company dan Qatar Investment Authority sebagai pihak yang memajukan projek yang digelar 'projek Taek Jho Low' itu sedangkan syarikat-syarikat tempatan lebih berkemampuan?" kata Salahuddin.


Kerajaan, katanya, sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keraguan-keraguan tersebut sebelum meneruskan tindakan memajukan Pangkalan Udara Sungai Besi yang begitu dipertikaikan itu.


Salahuddin juga melihat belanjawan itu lebih mementingkan projek-projek yang bersifat 'projek Taek Jho Low' dari menyelesaikan masalah dan penderitaan rakyat.


"Ketika projek yang orang panggil 'projek Taek Jho Low' mendapat keutamaan, tidak ada langsung Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Sabah yang juga menghadapi masalah banjir yang teruk sama seperti Perlis, Perak dan Johor yang menerima projek itu.


"Ini belanjawan rakyat atau belanjawan Taek Jho Low?" beliau mempersoalkan.


Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak memberikan keutamaan kepada masalah dan penderitaan rakyat yang perlu diutamakan.


"Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur mempunyai terlalu banyak ruang kosong yang belum digunakan, apa perlunya 'projek Taek Jho Low' di Sungai Besi itu?


"Nampak sangat bangunan pencakar langit yang berlebihan melalui 'projek Taek Jho Low' itu yang ditamakan.


"Agaknya sebab itulah isteri Perdana Menteri berminat sangat dengan belanjawan ini," kata beliau.


Baru-baru ini, perjumpaan tertutup berprofil tinggi antara Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dengan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang terlibat dengan penyediaan belanjawan itu turut dihadiri oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


Menurut Bernama, antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.


Rosmah dan Jho Low


Menjadi pengetahuan umum bahawa Rosmah mempunyai hubungan rapat dengan Jho Low.


Baru-baru ini, jutawan muda penuh kontroversi itu mengakui beliau adalah kawan baik kepada Rosmah.


"Rosmah bukan emak angkat saya. Dia adalah kawan baik saya," kata Jho Low kepada akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri.