Followers

Saturday, October 08, 2011

Belanjawan 2012: Antara 'keikhlasan' Umno/BN!

Ulasan Belanjawan...Terbaekk!

*cedok daripada member teman..

Berikut ulasan penulis terhadap intipati Budget 2012 yg dibentangkan smlm.

1. Yuran sek rendah dan men memang telah dicadangkan oleh PR lama dah. Yuran tu hanya RM24 bagi setiap murid/pelajar.

2. Umur persaraan dilanjutkan 55 ke 60 (walaupun cadangan asalnya ke 58 shj). Ia akan menyekat peluang gol lebih muda dari naik pangkat sbb yg tua tak berhenti lagi.

3. Had pinjaman max rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan dari RM220 ke RM400k. Cantik atas kertas je, tapi sebenarnya adalah pembohongan shj, sapa nak beli? Baru kerja laki bini baru dpt RM3k. Brapa nak potong sebulan. Ini bukan penyelesaian sbb waktu harga RM220k pun tak mampu, inikan naik RM400k. Pinjaman rumah adalah 1/3 dari gaji, maknanya jika gaji lakibini RM3k jadi bayaran bulanan ialah RM1k. Apakah loan yg dapat utk pinjaman RM1k sebulan?

Utk rumah RM120k pinjaman 30thn faedah 4% bayaran bulan RM733.

Utk rumah RM150k pula RM916sebulan.
Utk rumah RM160k pula RM983sebulan.

Apakah pilihan yg ada? Rumah RM400k? Utk tempoh yg sama, RM2,400 sebulan.

Jadi apa muslihat BN?

Sebenarnya, dgn kenaikan pinjaman ini bermakna, kjaan memberi kebenaran pada pemaju utk naikkan harga rumah. Apabila harga rumah naik, gol yg baru kerja tak mampu beli dan ada lambakan di pasaran, dan akhirnya akan dibenarkan bukan gol yg baru utk juha beli rumah itu. Maka sasaran tak tercapai, yg tercapai ialah desakan pemaju utk naikkan harga rumah.

Apa tindakan Kjaan PR?

Di selangor, golongan muda ditawarkan Rumah Mampu Milik yg harganya dari RM70k-RM120k dgn keluasan dari 750kps-1000kps.

Syarat pembeli pula ialah tiada memiliki rumah di Selangor dan tidak boleh disewa.

4. Rumah Mesra Rakyar (RMR) dijual RM45k sedangkan di Selangor Rumah Kos Rendah (RKR) dijual RM42k sahaja.

5. Pencarum KWSP boleh daftar dgn akaun 2. Ia hanya kretiviti kaedah membooking sahaja. Apa yg perlu ialah menurunkan kos haji agar lebih ramai berpeluang menunaikan haji.


Maaf diceduk dari blog ini untuk renungan lebih ramai: budakbalun.blogspot

Bajet Najib tidak ada jaminan yang mengembirakan

Walau bagaimanapun Bajet yang dibentang oleh Najib namun awas jika UMNO/Bn terus menang PRU ke 13 harga barang keperluan rakyat masih terus melambung tinggi! Harga ayam, daging dan ikan serta sayur-sayuran di pasar kian mahal. Tidak ada jaminan dari kerajaan Umno/Bn bahawa harga barang keperluan itu akan turun kerana harga petroleum masih tidak berganjak, mungkin akan lebih tinggi dari harga sekarang boleh berlaku!

Anak-anak muda yang baru keluar dari Universiti dan yang berduyun-duyun bakal keluar masih belum terjamin pekerjaan tetap untuk hidup masa depan mereka dengan kelulusan yang mereka ada.

Sedikit anugerah beberapa ratus ringgit di awal tahun dilihat tidak menjamin kelangsungan kebahagian buat rakyat miskin dan yang berpendapatan sederhana. Masih ramai rakyat yang terpaksa membuat pinjaman peribadi dari institusi kewangan untuk menyelesaikan banyak masalah kehidupan. Pemimpin-pemimpin Umno/Bn terus kaya wang, rakyat marhaen kaya hutang bank!

Bajet Najib tidak menyumbang kepada kekuatan ekonomi rakyat, hanya sekadar mungkin melegakan seketika di awal tahun. Selepas habis duit yang diberi, rakyat akan kembali tertekan untuk terus menghadapi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijanji pasti, harga petrol terus mahal, tol-tol yang berselirat, penghapusan subsidi yang menyebabkan harga barang keperluan terus tinggi, kos pembiayaian anak-anak di kampus semakin meningkat, pekerjaan buat buat anak-anak makin kelam walaupun berkelulusan ijazah.

Belia-belia Melayu semakin bertimbun menjadi buruh kasar yang berpendapatan rendah tidak berkemahiran walaupun berkelulusan tinggi dalam tanah air sendiri! Dan kek ekonomi orang Melayu terus mengecut. Tanah-tanah orang Melayu di kampung-kampung terus terjual dan tergadai. Rumah-rumah taman kian mahal berharga RM300 ribu keatas yang menjauhkan orang Melayu untuk membelinya! Kg Baru Kuala Lumpur terus di makan UMNO/BN! Terus terang diberitahu bahawa orang-orang melayu kian terkontang-kanting dan kian pi mai pi mai tang tu selagi pemerintahan Umno/Bn tidak ditukarkan!

Dengan sebab itu sudah sampai masanya untuk semua rakyat khususnya orang-orang melayu tidak digula-gulakan yang banyak membawa penyakit. Mengapa tidak mencuba undi yang lain yang menjanjikan ketelusan, amanah, integriti, pengagihan kekayaan secara adil, benci rasuah dan kroni, keadilan mahkamah dan seumpamanya yang telah terlalu lama kita tagihkan. Tanamkan iltizam untuk ubah pemerintahan negara sebaik parlimen dibubarkan tak kiralah bila ...yang penting kita ubah!


Friday, October 07, 2011

Melayu 'telan' Melayu. Melayu kembalilah kepada Islam!

Hanya rumah asal dan Masjid Kg Baru sahaja kekal

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) bersama penduduk Kg. Baru menolak Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 5 Oktober lepas kerana tidak mendapat mandat sepenuhnya dari pemilik dan pewaris tanah di Kampung berkenaan.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dilihat begitu terdesak memaksa parlimen meluluskan akta baru itu sebelum pilihan raya ke-13 bagi memastikan pihak kerajaan dapat menguasai tanah-tanah penduduk di kampung berkenaan.

Katanya, walaupun melalui akta itu, status tanah di Kg. Baru bertukar dari tanah pertanian kepada tanah Pusat Bandaraya Komersial (CCC), namun penduduk terikat kepada kuasa pentadbiran pihak perbadanan dan situasinya nanti pasti sama seperti di Putrajaya di mana pemilik tanah tidak boleh melakukan pembangunan sesuka hati.

Malah, ujarnya melalui akta itu pihak perbadanan mempunyai kuasa merampas mana-mana tanah dengan membayar gantirugi yang nilainya ditentukan oleh oleh pihak lembaga yang dilantik oleh menteri.

Menteri secara keseluruhan, tambah beliau mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar terhadap perbadanan yang bakal ditubuhkan.

“Beliaulah yang akan memilih dan melantik ahli-ahli lembaga dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi sebarang keputusan lembaga termasuk dalam pemilihan syarikat kontraktor yang akan melakukan pembangunan di Kg. Baru,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, apa yang paling dirisaukan oleh penduduk adalah bentuk pembangunan yang ingin dijalankan oleh pihak perbadanan kerana sehingga ke hari ini pihak menteri masih gagal memberikan reka bentuk pelan pembangunan sebenar.

“Bila ditanya wartawan baru-baru ini beliau hanya menyatakan pembangunan Kg. Baru akan mengekalkan ciri-ciri kemelayuan dan keislaman,” ujarnya.

Justeru itu, katanya tidak mustahil yang kekal nanti hanyalah beberapa rumah-rumah asal penduduk yang dijadikan tempat pelancongan dan Masjid Kg. Baru sahaja, sedangkan rumah-rumah lain dan premis perniagaan akan diroboh dan digantikan dengan kondominum mewah serta lot-lot perniagaan bernilai tinggi untuk dijual kepada pelabur asing dari luar negara.

“Lihat sahaja kawasan di sekeliling KLCC yang telah dibangunkan dengan unit-unit kondominium mewah yang majoritinya dimiliki dan dihuni oleh bukan warganegara.

“Warga tempatan khususnya orang-orang Melayu dipindahkan ke kawasan pinggiran pusat bandar,” ujarnya.

DPPM juga, ujarnya melihat pindaan kecil terhadap senarai ahli lembaga perbadanan dengan melantik seorang wakil penduduk Kg. Baru sebagai timbalan pengerusi sebagai gimik politik kerana yang bakal dilantik nanti sudah pastilah kalangan orang-orang Umno yang menjadi barua kepada menteri yang berkuasa.

“Kalau pun penduduk diberikan hak memilih wakil mereka untuk duduk di kerusi ini, tetapi kuasa dan suara hanya terhad sedangkan majoriti korum lembaga adalah orang-orang yang dikuasai dan dilantik oleh menteri.

“Oleh itu, DPPM akan terus bersama penduduk menolak akta baru ini dan dari semasa ke semasa akan bersama penduduk mempertahankan hak mereka,” katanya.

Thursday, October 06, 2011

Harga minyak naik...................?

Jika selepas mendapat mandat baru selepas PRU ke 13 nanti jika Umno/Bn terus menang maka tidak keterlaluan jika dijangka bahawa kehidupan rakyat akan terus tertekan dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.

Dari pengalaman lampau jika Umno/BN mendapat kuasa untuk memerintah selama tempoh lebih kurang 5 tahun maka kerajaan Umno/Bn akan menjadi 'pekak dan tul'i kepada rungutan dan suara rintihan rakyat!

Atas alasan kemajuan dan pembangunan maka rakyat yang merungut bakal dicop sebagai rakyat yang manja dan mundur.

Maka memang benar kemenangan seterusnya Umno/Bn akan menjadikan parti ini terlalu berkuasa untuk membuat apa sahaja tanpa memikirkan rungutan rakyat terbanyak. Banyak contoh yang telah dapat dilihat seperti pelaksanaan GST, rampas kuasa di Perak, pembinaan Menara Warisan, program penghapusan subsidi, penganugerahan tender kroni, PPSMI, isu FLOM dan sebagainya!

Oleh yang demikian, Umno/Bn sudah wajib ditolak dalam PRU ke 13 nanti....kerana jika kerajaan Umno/Bn yang menang terus tarilk subsidi, harga minyak pasti akan naik!



Tarik subsidi: Awas harga minyak akan naik

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang semakin pasti menjanjikan beban ekonomi rakyat akan bertambah parah, kata kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.


Ketika membidas kenyataan ulangan dari pihak kerajaan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan selepas pilihan raya ini, beliau berkata, bukan cukai itu sahaja yang akan dipaksakan malah lebih banyak subsidi ditarik dan harga minyak akan naik jika BN menang pilihan raya.


"Bukan GST sahaja yang akan dipaksakan. Jangan lupa, awal-awal lagi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Idris Jala sudah memberi amaran bahawa Malaysia akan bankrap atau muflis pada 2019 jika subsidi berterusan.


"Amaran itu adalah isyarat yang sangat jelas bahawa BN akan menarik lebih banyak subsidi dari rakyat termasuk subsidi minyak yang dengan sendirinya bermakna harga minyak akan naik," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.


Kenaikan harga minyak pula, katanya, akan mengakibatkan kesan berantai kepada kenaikan harga barangan lain.


"Itulah bencana yang akan ditempuh oleh rakyat jika BN menang lagi dalam pilihan raya akan datang," Salahuddin mengingatkan.


Hari ini, ketika ditanya mengenai rang undang-undang yang akan membuka laluan kepada GST, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz tidak menolak cukai itu akan dipaksakan selepas pilihan raya.


"Mungkin selepas pilihan raya, apa-apa sahaja mungkin," katanya.


Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".


Sambil memberitahu bahawa GST tidak dimasukkan dalam belanjawan Pakatan Rakyat, Salahuddin mengingatkan, keinginan kuat kerajaan BN untuk memaksakan GST dan menarik balik lebih banyak subsidi sudah berulangkali dinyatakan oleh mereka.


"Perdana Menteri sendiri pernah kata, antara langkah kerajaannya untuk memperkukuh aliran pendapatan ialah memperkenalkan GST.


"Sebab itulah, rakyat mesti membuat pilihan sama ada hendak tersiksa di bawah GST dan kenaikan harga barang atau menolak BN ," katanya sambil berkata bayangan ngeri itu belum lagi mengambil kira berleluasanya rasuah sehingga Umno disebut parti perasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.


Rakyat, kata Salahuddin, hendaklah sedar bahawa kerajaan BN semakin ketara tidak mempunyai kemampuan untuk menjana pendapatan negara selain membebankan rakyat dengan pelbagai cukai seperti GST, menarik balik subsidi malah memperbanyakkan pelbagai saman ke atas rakyat.


Dalam ulasan terhadap pendapatan kerajaan baru-baru ini, professor ekonomi antarabangsa di Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCIEF), Prof Datuk Dr Mohamed Ariff berkata, pendapatan kerajaan tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan keadaan itu membimbangkan jika berlaku lagi krisis ekonomi.


Wednesday, October 05, 2011

Perbelanjaan Perdana Menteri akan dipotong

Pakatan Rakyat janji potong perbelanjaan PM


OLEH: ARHIZA AHMAD


KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2012 Pakatan Rakyat (PR) akan memperuntukkan RM220 bilion berdasarkan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah ini membabitkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari yang dibelanjakan oleh parti pemerintah.


“Kita yakin dengan pengurusan wang dengan berhemah, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20 peratus nilai tambah kepada rakyat.


“Keseluruhan bajet ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan untuk membaiki ekonomi negara dan membela nasib rakyat,” katanya kepada media selepas taklimat bajet alternatif PR di bangunan Parlimen.


Anwar berkata, antara perkara yang akan dilaksanakan PR iaitu memotong bajet perdana menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan kepada kementerian yang berkaitan.


Selain itu katanya, gaji minima RM1,100 akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan, ini akan memberikan memanfaatkan 300,000 kakitangan awam.


“Pembayaran bonus sebanyak RM1,000 akan diberi kepada warga emas pada setiap tahun berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun.


“PR juga akan melaksanakan bayaran suri rumah RM1,000 pada tahun hadapan dan menggalakkan mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,” katanya.

Sumber: Sinar

Tuesday, October 04, 2011

Negara kita banyak masalah namun negara kita di tangan kita, marilah undi Pakatan Rakyat ! Undilah jangan tido!

Belanjawan Pakatan peruntuk RM220 bilion

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR, 4 Okt: Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion bagi belanjawan 2012 berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.


Dengan mengangkat tema "Kesejahteraan Untuk Semua", belanjawan Pakatan Rakyat memberi fokus yang lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.


Belanjawan itu dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik taklimat parlimen hari ini.


Ianya dibentang seminggu lebih awal berbanding bajet kerajaan pusat yang akan dibentang perdana menteri Jumaat ini.


Tujuh prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat antaranya adalah seperti berikut:


1 - Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit.

2 - Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit.

3 - Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar samapai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan.

4 - Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian memartabatkan rakyat.

5 - Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang manjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.


Pembelaan rakyat terbanyak

Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan:

a) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.

b) Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi.

c) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

d) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

e) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.

f) Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.


Mengembalikan martabat rakyat

a) Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan.

b) Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga.

c) Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima.

d) Akan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan.

e) Memperuntukkan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik termasuk menaiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.

f) Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan negeri.

g) Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang terainaya akibat projek perumahan terbengkalai.

h) Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu.


Menjamin Kelangsungan Wang Negara

Bagi menjamin kelangsungan wang negara, Belanjawan 2012 Pakatan Rakayat akan mengambil pendekatan berikut:

a) Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan bagi mengurangkan kecenderungan beberlanja berlebihan oleh perdana menteri

b) Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4 peratus bagi tahun 2012.

c) Dividen Petronas diunjur pada kadar RM26 bilion sahaja iaitu RM4 bilion lebih rendah dari BN bagi memastikan Petronas mempunyai sumber mencukupi untuk terus berkembang.

d) Penjualan Lesen Import (AP) akan dibuat secara lelongan bagi menambah pendapatan negara dengan kadar RM1.2 bilion.

e) Pendekatan perolehan kerajaan akan diamalkan secara tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputera.

f) Menyemak kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara.

g) Mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara.

h) Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain.


Membina keanjalan dan daya saing ekonomi

a) Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi yang tidak adil.

b) Meminda Akta Persaingan 2011 supaya meliputi sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli laian untuk memecahkan monopoli.

c) Mengurangkan pekerja asing menjelang 2015 mengikut sektor.

d) Elauan penjagaan anak RM1000 setahun kepada ibu-ibu yang layak dipadankan dengan pelaburan kerajaan membina pusat penjagaan kanak-kanak.


Kesejahteraan sekata dan seadilnya

a) Meminda Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap kepada prinsip formula berdasarkan faktor sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri.

b) Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar Bandar

c) Peruntukan khas RM100 juta untuk program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.


Mengukuhkan arus reformasi rakyat

a) Melaksanakan sepenuhnya janji Buku Jingga termasuk memansuhkan ISA, akta bersabit media percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan AUKU.

b) Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti dicadang Pakatan Rakyat pada 2011 untuk memansuhkan semua akta yang bertentangan dengan amalan demokratik.

c) Melaksanakan segera semua tuntutan Bersih 2.0

d) Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen.

e) Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara dibentang di Parlimen bersama laporan Ketua Audit Negara.

f) Membentuk tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahas belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.