Followers

Saturday, September 24, 2011

Sebagai PM kerajaan Umno/Bn dan Presiden Umno, Najib tidak gembira orang Melayu suka hudud!

Isu hudud yang kian dikumandangkan oleh para pemimpin dan media pencacai Umno untuk memutar-belit hasrat dan perjuangan PAS adalah bukti berasas bahawa pilihanraya umum benar-benar akan diadakan pada bulan November 2011 ini.


Najib menyifatkan langkah Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz bertegas dalam pelaksanaan hudud adalah taktik Pas bertujuan menagih perhatian rakyat!


Kalau benarlah begitu maka apa salahnya Tok Guru Nik Aziz menagih perhatian rakyat terhadap hudud? Bukankah hudud itu memang baik untuk difahami oleh semua manusia?


Lagi pun sebagai parti politik memang Pas memerlukan sokongan rakyat dalam apa-apa perjuangan yang dibawanya, terutamanya rakyat yang beragama Islam yang sedar dan insaf akan tanggungjawab mereka kepada perintah Allah.


Begitulah jika seorang Perdana Menteri sedang panik dan gubra dengan tekanan dan beban ‘1001 masalah’, semua akan dijadikan isu, untuk semata-mata memperlekehkan dan memperhodohkan perjuangan Pas dalam meletakkan Islam sebagai agama yang mentadbir Negara.


Jika Muhyiddin mendakwa Umno bersetuju dengan hukum hudud, sepatutnya tidak timbullah sindiran bahawa hudud adalah taktik Pas untuk tarik perhatian rakyat. Umno yang ikhlas sepatutnya tampil untuk bersama Pas bagi menerangkan hukum Allah itu kepada seluruh rakyat, bukan menakut-nakut, memperli dan mengeliru pemahaman rakyat terhadap hasrat murni Pas yang dituntut agama itu.


Najib menuduh bahawa Pas selepas isu Mat Sabu (yang dibangkit oleh Umno sendiri bukan oleh Pas), cuba pula muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu. Hakikat sebenarnya hanya orang melayu yang bodoh dan tongong sahaja yang tak tahu bahawa Pas selama-lamanya memang memperjuangkan hukum-hukum Islam termasuk hudud.


Oleh yang demikian apa salahnya perjuangan Pas itu dalam pandangan orang Melayu bagi Najib? Agaknya ramai benar orang Melayu yang tidak mahu dan tolak perundangan Islam semenjak 54 tahun Umno memerintah kerana gambaran buruk yang ‘diajar’ oleh Umno sendiri? Menolak perundangan Islam dan hudud dalam kalangan orang Melayu, apakah itu satu kejayaan yang membanggakan Umno?


Apakah benar begitu? Jika benar begitu, mungkin tidak keterlaluan dikatakan Umno bukan membawa orang-orang melayu kepada semakin kukuh keimanan dan ketaqwaan sebalik semakin terjerumus ke kancah kesesatan. Buktinya, ialah apabila Najib selaku Presiden Umno, begitu gelisah dan resah sekiranya Pas benar-benar berjaya menawan hati orang Melayu dalam isu hudud!


Apa yang sepatutnya berlaku, sebagai Islam yang beriman, Umno dalam ketololan memahami hokum Islam selama 54 tahun memerintah, begitu gembira dan bersyukur kerana Pas berjaya dalam membantu memahamkan orang-orang Melayu terhadap hudud. Ini tidak, Umno terus bersikap hipokrit dan talam berbagai muka untuk menjadikan semua isu perjuangan Pas sebagai taktik Umno untuk managih perhatian rakyat terutama orang Melayu! Begitulah Umno, dia suka kata kat orang, apa yang sebenarnya sedang dia lakukan!


BERSIH 2.0 gesa 8 tuntutan sebelum PRU ke 13

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil menggesa kerajaan menunaikan lapan tuntutan dalam usaha melakukan reformasi pilihan raya, sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menegaskan, pilihan raya tidak harus diadakan sebelum Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) dibentuk.


“Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar ikhlas untuk melakukan transfomasi politik di negara ini, beliau perlu menunaikan tuntutan kami sebelum mengadakan pilihan raya.


“Jika tidak, ia ibarat cakap-cakap kosong. Malah penubuhan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen juga tidak membawa apa-apa makna kepada pembaharuan pilihan raya di negara ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersih di sini.


Menurut Maria, Bersih bersedia untuk bekerjasama dengan PSC bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat dipenuhi.


Bagaimanapun katanya, jawatankuasa itu perlu telus dalam melaksanakan pembaharuan tersebut dan menerima maklum balas daripada rakyat.


Pada perhimpunan 9 Julai lalu, Bersih mengemukakan lapan tuntutan iaitu pembersihan senarai pengundi, reformasi sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen minimum 21 hari, akses media yang adil dan telus, memperkukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.


PSC dianggotai lima ahli Parlimen kerajaan Barisan Nasional (BN), tiga pembangkang dan 1 bebas dijangka memulakan tugas melakukan penambahbaikan sistem pilihan raya sedia ada.


Rabu lalu, Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan menyertai PSC bagi melihat sejauh mana komitmen perdana menteri melakukan reformasi pilihan raya.


Semalam, Muhyiddin mengumumkan nama lima Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan menganggotai jawatankuasa itu.


Sementara itu, Dr Subramaniam Pillay yang juga ahli jawatankuasa Bersih mengumumkan Bersih akan melancarkan kempen ‘Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU -13′ di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor di ibu negara pada 30 September ini.


“Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai lapan tuntutan untuk reformasi pilihan raya dan sebagai peringatan kepada kerajaan supaya menunaikan perkara ini sebelum PRU ke-13,” jelasnya.


Friday, September 23, 2011

Iya benar...jangan terpedaya!

Umno/BN nampaknya kian bercadang mengadakan pilihanraya umum pada November ini. Sebab itu pelbagai isu yang telah dan akan dimainkan oleh Umno/Bn sebagai peluru dalam serangan kepada Pakatan Rakyat. Iya betul isu yang dilontar adalah merupakan usaha mengalih isu yang sebenar yang dihadapi oleh negara dan rakyat. Oleh yang demikian hati-hati!

Isu yang sebenar yang perlu diperjuangkan dan diberi fokus ialah:

1. BN = Barang Naik sehingga kehidupan rakyat kian tertekan.

2. Perjuangan rakyat melalui BERSIH 2.0 untuk membersihkan SPR dan proses pilihandaya yang kotor dan jelek.

3. Sistem kehakiman yang berintegri dan adil kian luntur.

4.PPSMI yang bakal dihidupkan semula.

5.Rasuah dan kronisme

6.Perkakaskan agensi kerajaan seperti PDRM, SPR, SPRM dan Kementerian Penerangan serta yang lain-lain untuk kepentingan parti UMNO/BN

7. Sikap dan tabiat bermewah-mewah para pemimpin UMNO/Bn dan isteri serta isteri-isteri!

8.Kedaulatan dan keselamatan negara kian terancam melalui proses mewarganegarakan rakyat asing demi kepentingan Umno/BN.

9.Bangsa Melayu kian lemah di negara sendiri kerana parti yang mendakwa parti Melayu telah terlalu banyak menipu dan memperkakaskan bangsa Melayu demi kepentingan Umnoputra.

Inilah isu yang sebenar, bukan isu yang cuba dialihkan oleh Umno untuk kepentingan mereka! Hati-hati kerana Pakatan Rakyat kian hampir ke Putrajaya.


Pakatan perlu waspada tektik Umno alih isu

Harakahdaily

UALA LUMPUR, 23 Sept: Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk bertindak secara lebih bijaksana dalam menghadapi teknik alih perhatian Umno Barisan Nasional (BN) supaya isu-isu utama yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat tidak ditenggelamkan begitu saja.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata muktahir ini, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

Dalam menghadapi PRU yang semakin hampir, kata beliau, rakyat sedang dan akan bakal saksikan bagaimana media perdana akan menggiatkan usaha untuk mengalihkan perhatian mereka sehingga isu-isu utama yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat tenggelam dengan isu-isu yang sengaja diwujudkan.

Katanya, teknik mengalih perhatian dengan membawa isu yang sengaja diada-adakan terutama isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata Umno BN untuk lima dekad yang lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang tidak dijawab mereka.

Selain mengalihkan perhatian, kata beliau sebenarnya tujuan asal BN sengaja mewujudkan isu ialah supaya rakyat lupa bahawa mereka perlu menjawab sesuatu isu besar yang dibangkitkan.

“Teknik ini sentiasa digunakan tidak lain tidak bukan kerana BN mempunyai kuasa mutlak terhadap media perdana.

“Dulu ia sememangnya berkesan, akan tetapi pada zaman teknologi sekarang keberkesanannya boleh dikurangkan secara drastik bergantung kepada kebijaksaan Pakatan Rakyat menghadapi teknik ini,” kata beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu, antaranya ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

Isu sedemikian, kata beliau sengaja diwujudkan oleh Umno BN untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran.

Demikian juga, isu warga asing yang diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai GST yang akan dilaksanakan selepas PRU ke 13, isu akta yang akan menggantikan ISA.

“Semua ini adalah isu besar yang sepatutnya menjadi isu sebenar untuk PRU ke 13 kerana ianya mempunyai impak kepada rakyat secara langsung,” kata beliau.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan walaupun ada-kalanya terpaksa jawab isu-isu yang sengaja dibangkitkan, namun pada masa yang sama para pemimpin Pakatan Rakyat harus terus menekankan isu-isu utama yang membabitkan rakyat sehingga BN terpaksa menjawabnya.

“Oleh itu, dalam masa menjawab tuduhan dan isu yang sengaja diwujudkan, Pakatan Rakyat mesti lebih bijaksana mengambil peluang untuk mengungkit semula isu-isu utama ini supaya rakyat tidak hilang fokus dan terpengaruh dengan taktik alih perhatian BN,” nasihat beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi isu-isu yang sengaja dibangkitkan Umno BN.

Ini kerana, katanya isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi mereka supaya terus berbalah dengan Umno BN dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim turut menyeru Pakatan Rakyat untuk tidak terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi mengalih perhatian kepada isu sebenar yang sedang dihadapi rakyat dan menumpukan perhatian untuk memastikan seluruh jentera parti dapat menumpukan kepada persiapan akhir untuk pertarung PRU-13 dengan mengemaskinikan segala maklumat penting.

Katanya, bilik gerakan mestilah dibuka segera, semakan daftar pemilih mesti dilakukan dan semangat pekerja-pekerja jentera parti mesti berada pada tahap optimum.

Tambahnya, tindakan segera bagi mengesan kelemahan jentera dan pembekalan peralatan pilihanraya juga mesti disiapkan segera.

“Kewangan dan dana pilihanraya mesti dikeluarkan dan dijana segera bagi melengkapkan peralatan asas yang perlu disediakan,” nasihat beliau.

Selain itu, katanya gerak kerja rayuan undi, semakan daftar pemilih, peralatan pilihanraya dan cara penerangan isu-isu semasa semua parti mesti dilengkapkan sebelum parlimen dibubarkan.

“Gunakan dana pilihanraya di semua peringkat sekarang, bukan setelah parlimen dibubarkan. Segala-galanya akan berubah bilamana parlimen bubar.

“Untuk itu, jangan terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi melekakan kita dari tugas sebenar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang,” nasihat beliau lagi.

Thursday, September 22, 2011

Woi, orang yang ada seorang Umno kata dia anak paria, berkata Umno setuju laksana Hudud?

Muhyiddin anak Yasin berkata Umno setuju dengan hukum hudud tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa ini. Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.

Satu percakapan yang indah dari salah seorang pemimpin Umnoputra tetapi berdasarkan pengalaman yang lalu dan kini, berhubung kata-kata para pemimpin Umnoputra, maka kata-kata itu penuh dengan kepura-puraan.

Katanya Umno setuju tetapi Malaysia belum bersedia! Masalahnya sudah 54 tahun merdeka dengan diperintah oleh Umno/Bn sehingga ke hari ini, tiada ternampak satupun usaha secara ikhlas dan sistematik untuk menjadikan Malaysia bersedia melaksanakan hudud. Mana seminar mengenai hudud? Mana Dailog mengenai hudud? Mana forum mengenai hudud? Mana bab hudud dalam sistem pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan? Tiada! Umno tidak buat apa-apapun untuk memahamkan hudud kepada rakyat!

Para pemimpin Umno mengutuk dan memperlekehkan sistem hudud dan sistem Islam, ada! Contoh dalam kempen PRK Dun Tenang di Johor ada seorang pemimpin Umno yang bersetuju dan menggalakkan kempen Soi Lek yang mengutuk sistem negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS!

Kalau Muhyiddin anak Yasin ikhlas dengan kata-katanya, maka benarkan sekarang para penceramah memberi kuliah-kuliah mengenai sistem perundangan Islam dan hudud di masjid-masjid dan laksanakan bab hudud secara detail dalam sistem pendidikan untuk kefahaman generasi muda Malaysia. Dan sebagai salah seorang pemimpin kerajaan Pusat, Muhyiddin anak Yasin perlu memujuk Najib untuk membenarkan kerajaan Kelantan melaksanakan sistem itu. Jika tidak, Muhyiddin anak Yasin sebenarnya bercakap politik yang tidak bertanggung-jawab, yang sekadar mahu memberi alasan yang penuh hipokrasi .

Berapa lama lagikah mahu menunggu Malaysia bersedia melaksanakan hukum hudud jika Umno tidak membuat apa-apa untuk itu? Atau kita perlu tunggu 54 tahun lagi untuk hanya mendapat penerangan mendalam mengenai hudud kepada rakyat! Itulah Umno dan itulah cara para pemimpin Umno berkata-kata dulu, kini dan mungkin selamanya!

Tuesday, September 20, 2011

Ada khianat awam. Ini khianat apa ?

Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu yang dilaporkan oleh Utusan Meloya, berucap dalam ceramahnya , Mat Indera wira sebenar dalam tragedi Rumah Pasong Bukit Kepong, bukannya polis British telah didakwa kerana kononya ucapannya mendatangkan khianat awam.


Mat Sabu yang berhujah sejarah mengikut perpektifnya telah dianggap mendatangkan khianat awam walhal hujah Mat Sabu itu sepatutnya sudah cukup dipatahkan dengan hujah-hujah ilimiah para sejarahwan tetapi nampaknya keintelektualan pakar sejarah yang sayangkan Umno cukup memalukan bagaikan telah diserkup bawah tempurung kelapa, tidak mampu untuk berdepan secara intelektual dengan hujah simple Mat Sabu itu.


Di sini siapa yang kelihatan macam bodoh? Mat sabu atau orang yang lemah akal untuk berdebat dan mematahkan hujah Mat Sabu? Malu Malaysia konon kerajaan Umno/BN mempunyai sejarahwan pakar yang heba,t tetapi tetap untuk menutup mulut Mat Sabu terpaksa digunakan Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana konon mendatang khianat awam!


Kalau Mat Sabu boleh mendatangkan khianat awam, bagaimana pula dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Piihanraya yang bagaikan mahu ‘mengadai dan menjual’ negara ini dengan isu-isu IC palsu, kewarganegaraan segera dan daftar pemilih pilihanraya yang kotor dan macam-macam yang seumpamanya?


Kalau ucapan Mat Sabu mengenai Mat Indera khianat awam, kalau kes-kes seumpama di bawah ini jika benar-benar berlaku, khianat apa pula?


Petikan dari : malaysiakini

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.


Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.


Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.


"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.


Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.


Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.


Petikan dari : harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.


Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR."Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya.


"Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi DewanPemuda PAS, Suhaizan Kayat.