Followers

Saturday, September 17, 2011

Anak Kling pening lalat!

Ha...betoilah tu, Colony ka...Protectorate ka...penjajahanlah!!! Itu pun anak Kling pening ka? Apara!

Saya lihat kehadiran British sebagai penjajahan

Hatakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Sept: “Ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan (colonialism) juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain,” kata Prof Datuk Dr Zainal Kling.

Namun, jelasnya terdapat sedikit perebezaan antara penjajahan berbentuk 'colony' seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Canada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk 'protectorate' di dalam FMS dan UFMS.

Katanya, ada beza antara konsep 'colony' dan 'protecorate'.

Menurutnya, pada realitinya di zaman British itu, ada beza antara pentadbiran Singapura dengan Kelantan atau Trengganu.

“Bezanya cukup banyak dan jelas dari segi kuasa, pentadbiran dan hubungan luar,” ujarnya dalam tulisan yang diemel kepada Harakahdaily, petang ini.

Tambahnya, walaupun antara 'colony' dan 'protectorate' berbeza tetapi kesan dari pentadbiran 'protectorate' adalah juga penjajahan.

Oleh kerana itu, ujarnya para ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya sebagai 'breach of trust' (pecah amanah).

Katanya lagi, para ahli sejarah seperti R. Emerson, melihatnya sebagai 'idirect rule' (pemerintahan taklasung).

“Kedua-duanya penilaian itu adalah melihat kesan pentadbiran British sebagai 'penjajahan' (colonialism) juga,” jelasnya.

Friday, September 16, 2011

Kuliah sejarah anak Kling dan apa nama....MPN ?


Dengar sini murid-murid:

Malaysia tidak pernah dijajah tau !

SO.....

Yang tergantung itu Melayu, lawan pemerintah, pengkhianat dan petualang bangsa!

Yang tercegat macam tunggul kayu itu Melayu, mata-mata pemerintah, pejuang dan pahlawan bangsa !

Itu pun tak tau....habis semua kena tipu!

Jangan tipah tertipu, 1 disuruh pergi, 2 datang menganti! 2 woi!

Perubahan drastik? Belum drastik lagi!

Mansuh satu akta tapi bina 2 undang-undang baru sebagai ganti! Satu yang dijamin mulut akan dimansuhkan belum betul-betul mansuh lagi. 2 dijanji mulut akan mengganti yang dimansuhkan belum tentu tidak sama dengan yang dimansuhkan.

Teorinya belum ada perubahan drastik! Hanya baru berjanji! Setakat pengalaman yang ada sejak dari dulu-dulu berkaitan dengan spesis ini, kalau berjanji memang nombor one tapi tunai janji belum tentu.

Jangan lagi tipah tertipu!

Thursday, September 15, 2011

Habislah...Mat Sabu akan ditempeleng dan dicabut bulu atas dan bulu bawah!

Wajah’ pengganas’ sebenar mungkin kian terserlah nampaknya! Anak Kachar bertempik, kalau berjumpa Mat Sabu mahu ditempelengnya Mat Sabu! Kah…kah…kah…kah…kah…tak cerdik juga prof ni. Prof nak tampar orang? Dah apa prof ni dapat tempeleng Mat Sabu? Lagi pun ingat Mat Sabu tunggul kayu ke? Zaman dulu-dulu ada seorang YB Umno di Selangor kalau tak silap, sedap-sedap dai pergi tempeleng Karpal Singh, hari ini Karpal Singh masih hidup dan terus berbakti, orang yang tempeleng Karpal Singh itu rasanya dah ‘balik’! Lama karang, Mat Sabu elok terus berbakti dan berjuang, prof kangkong itu balik awal! Nak tempeleng orang lagi! Jangan tahu tempeleng sendiri sahaja, tengok jugak ‘tempeleng’ Mat Sabu!


Manakala anak si Ali yang bergelaran raja katak walaupun dalam keadaan tercungap-cungap mahu menyedut nafas lagilah ganas. Katanya, kalau dia menjadi Menteri Dalam Negeri dia hendak cabut habis bulu Mat Sabu dari bulu bawah sehingga bulu atas! Amboi-amboi…nak cabut bulu Mat Sabu! Rasanya belum habis bulu Mat Sabu tercabut, raja katak dulu yang pitam! Sebenarnya kerja hendak cabut bulu Mat Sabu ni dah lah lucah, bodoh pulak tu.... Bulu Mat Sabu hendak dicabutnya!!!


Mujurlah sikatak ini tidak menjadi menteri kerana di mana mahu di sorok muka Najib Rosmah kerana dalam negara pemerintahan mereka ada hukuman cabut bulu! Ini dah macam cerita hikayat raja kayangan zaman dulu-dulu aje!


Bagi aku, aku tetap nak ucapkan terima kasih kepada Mat Sabu kerana telah berjaya menyerlahkan kekangkongan para prof berkenaan. Kerana mahu mempertahankan Umno yang sudah ganyut, semua kangkong-kangkong sanggup menyerlahkan ‘pembohongan’ para sejawarwan Melayu yang mengatakan selama ini British penjajah Tanah Melayu! Ada pula seekor yang mengatakan Malaysia ‘merdeka’ 1948. Pulak dah!!


Kecelaruan fakta sejarah yang tenat hari ini nampaknya bukan kerana ceramah Mat Sabu tetapi kerana kekangkongan para prof juling sejarah yang kuat mengampu politik! Ini membuktikan dakwaan dan sangkaan bahawa Umno selama ini memang benar-benar menipu sejarah bangsa Melayu! Maka itu sejarah Malaysia perlu ditulis semula mengikut perpektif dan fakta yang lebih luas dan berintegriti bukan untuk kepentingan Umno semata-mata.


Lihatlah apa yang telah terjadi:


Umno dan pencacai kata Mat sabu kata komunis pejuang kemerdekaan.

Zainal anak Kling dan Kang Kong kata Malaysia tidak pernah dijajah!

Ramlah anak Adam kata Malaysia ‘merdeka’ 1948! Pulak dah!

Anak Kachar dalam terhuyung-hayang mahu lanyak dan tempeleng Mat Sabu…kahkahkah!!

Kini,

Yang fening budak sekolah!

Yang nampak sasau puak-puak kangkong!

Yang terfitnah Mat Sabu!

Yang tidak dihargai Mat Indra!

Yang opportunis UMNO!

Yang tergelak…Singapura!

Yang bodoh orang Melayu…kerana sentiasa jadi makanan Umno!

Cheh!

Wednesday, September 14, 2011

Orang Melayu memang pelik!

Pemuda PAS mendakwa SPR telah mengeluarkan lebih 10,000 pengundi yang dilkaitkan dengan kes kad pengenalan palsu. Perkara ini dilakukan adalah hasil daripada tindakan pemuda PAS mendedahkan permainan kotor dan keji SPR dalam membela tuan hantu.

Adalah sukar dipercayai nama-nama pengundi yang patut dikeluarkan hanya dalam sekitar 10,000 pengundi. SPR sebagai penjaga hantu dirasakan sukar untuk mengorbankan hantu-hantu itu kerana ia akan memberi kesan besar kepada tuan-tuan hantu ia itu Umno/Bn.

Kita tidak mahu lebih 10,000 pengundi yang dikeluarkan itu hanya sekadar tindakan lakonan dan penipuan konon prihatin sangat SPR dan Umno mahukan pilihanraya yang bersih. Dasar spesis yang tidak boleh dipercaya,i maka tidak boleh dengan mudah dipercayai! Para pemimpin Umno, Aziz dan Wan Ahmad sama sahaja, banyak auta dari melaksanakan tuntutan Bersih 2.0.

Seluruh rakyat terutama orang-orang Melayu di kawasan luar bandar wajar mempunyai pemikiran politik yang lebih telus dan berintegriti. Tolak dan buanglah politik sentimentel dan terlalu mengenang jasa secara melulu walaupun diri dan maruah bangsa sudah banyak terkorban oleh Umno.

Orang-orang Melayu akan lagi sewkali terkorban apabila cukai barang dan perkhidmatan dilaksanakan pada sewlepas PRU ke 13. Kenyataan ini telah disebut oleh Najib Razak yang mengatakan sekarang bukan masa yang sesuai untuk dikenakan cukai barangan danperklhidmatan. Katanya lepas PRU ke 13 mungkin masa yang sesuai.

Orang Melayu yang telah tahu 'kepalanya' akan dipotong, masihkah lagi mahu menghulurkan kepala, untuk kehidupan yang lebih menderita pada masa-masa akan datang? Sudah tahu, kerana dibayangkan oleh Najib sendiri, cukai barangan dan perkhidmatan akan dikenakan jika parti hantu itu menang PRU ke 13, masih lagi parti hantu itu mahu dipilih dan disokong? Pelik! Orang melayu memang pelik!




Tuesday, September 13, 2011

Bersih 3.0 akan diadakan...

Dari gelagat Umno parti yang memerintah kerajaan sekarang berserta dengan kuncu-kuncu mereka SPR dan JPN, cukup meyakinkan bahawa usaha mengwujudkan Pilihanraya Umum Malaysia yang adil dan sama rata jauh dari tercapai. Terlalu banyak kenyataan yang berkluk-klek yang tidak mampu untuk dipegang sebagai kenyataan-kenyataan yang berintegriti melainkan retorik dan mainan kata-kata untuk membuai dan melalaikan rakyat.

Usaha-usaha untuk menghindari reformasi pilihanraya boleh dikesan dengan kemunculan isu-isu seperti serbuan gereja oleh JAIS dan isu ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indra yang dimainkan saban hari dan waktu.

Oleh yang demikian persiapan untuk melancarkan Bersih 3.0 adalah wajar dan patut. Jika tidak jaminan kosong yang tidak akan ke mana akan terus dikumandangkan dan jika boleh mereka mahu mengadakan pilihanraya segera tanpa membuat apa-apa terhadap 8 tuntutan rakyat melalui Bersih 2.0 yang lalu.


Tunai 5 tuntutan atau Bersih 3.0

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Kerajaan BN diingatkan agar melaksanakan tuntutan 5 perkara yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat jika tidak mahu himpunan aman Bersih 3.0 yang akan mengambil tempatnya.

Tuntutan lima perkara itu bukan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan jika Kerajaan BN benar-benar ikhlas mahu melakukan reformasikan pilihanraya di tanah air, melainkan jika pihak kerajaan hanya sekadar bersandiwara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, sekiranya Kerajaan BN enggan melaksanakan 5 tuntutan itu sebelum pembubaran Parlimen, kerajaan ternyata hanya sekadar bermain-main dengan kenyataan-kenyataannya ke arah itu.

Menurut beliau, oleh itu, Pakatan Rakyat tidak akan teragak-agak untuk mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi mendesak kerajaan melaksanakan tuntutan itu bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan bersih dan adil.

Katanya, Kerajaan BN tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak melaksanakan kesemua tuntutan itu kerana pihak kerajaan sendiri masih mempunyai masa yang panjang untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Untuk mengadakan PRU Ke-13, tempohnya sehingga 13 Mac 2013. Jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu tergopoh-gapah untuk membubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU Ke-13 diadakan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan, 5 tuntutan Pakatan Rakyat berhubung reformasi pilihanraya itu, pertamanya mendesak Kerajaan BN pimpinan Najib agar melaksanakan 8 tuntutan Bersih.

Kedua berupa desakan agar Kerajaan BN menetapkan tarikh pilihanraya dengan persetujuan atau muafakat bersama dengan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan oleh parti Demokratik Liberal dan Konservetif di United Kingdom (UK).

Ketiga, Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan mestilah diberikan ruang yang selesa ke arah reformasi pilihanraya di negara ini.

Keempat, agenda isu kerakyatan terhadap warganegara asing yang dilakukan oleh Kerajaan BN mestilah dihentikan dengan desakan terhadap Kerajaan BN agar menyediakan satu terma rujukan mengenainya.

Manakala tuntutan kelima berupa desakan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan BN agar menunaikan segala cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi melakukan reformasi pilihanraya di negara ini.

Sidang media tersebut diadakan bersama dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bagi pihak PKR; Ahli Parlimen Rasah, Antony Loke (DAP).

Manakala bagi pihak PAS, selain beliau, turut diwakili Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusuf (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai).

Sementara itu, kesemua ahli-ahli Parlimen yang hadir pada sidang media itu turut bersetuju dengan kenyataan beliau dan masing-masing berharap agar suara rakyat tidak diketepikan oleh Kerajaan BN, bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan telus, bersih dan adil.

Pada sidang media itu, mereka juga sebulat suara menegaskan, Pakatan Rakyat bersedia memberikan kerjasama atau khidmat kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan oleh kerajaan sempena persidangan Parlimen mulai 3 Oktober ini, sekiranya Najib boleh berjanji untuk melaksanakan kesemua tuntutan itu sebelum pembubaran Parlimen.

Dalam hubungan ini, mereka berharap agar Najib tidak bersandiwara atau bermain-main dengan kenyataannya untuk melakukan reformasi pilihanraya dengan kesediaannya menubuhkan jawatankuasa tersebut, dengan melaksanakan kesemua cadangan jawatankuasa itu ke arah itu.

Sumber: Harakahdaily

EEEEEE....apa benda ni ?


samannya terhadap bekas rakan perniagaan dan portal MK dibatalkan mahkamah!!!

Antara dalil UMNO 'penjajah'!

Semenjak Zainal anak Kling dengan majlis apa yang dipanggil Majlis Prof(?) yang kemudian disokong oleh Mamak Bendahara Tua yang dah pencen, orang yang dikatakan merepek oleh Prof Aziz Bari, iaitu mengenai isu konon Malaya tidak pernah dijajah, setiap hari pelbagai polimik dan pandangan tersembur keluar mengenainya.


Malaya tidak pernah dijajah oleh British, itulah maksudnya oleh Zainal anak Kling and d gang!


Aku tidak kisahlah mengenai hipotesis (?) konon Malaya tidak penah dijajah itu kerana bagi aku akhirnya fakta sebenar akan tetap muncul terutama apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti. Cuma bagi aku, kalau betul pun Malaya tidak pernah dijajah, namun Malaysia yang ada ini tetap pernah dijajah dan penjajahan itu masih berkekalan sehingga hari ini.


Kalau bukan British yang menjajah, maka Umno dan BN-lah penjajah Malaysia sebenarnya. Dalil?


1. Akta Darurat masih lagi belum dimansuhkan oleh UMNO-Bn. Maknanya rakyat masih belum bebas dari suasana darurat.

2. Akta keselamatan Dalam negeri (ISA) adalah ancaman kepada kebebasan bersuara, berpolitik, berlainan pandangan dengan kerajaan UMNO-BN dan demonstrasi oleh rakyat.

3. Media massa yang bertentangan dengan kerajaan UMNO-Bn dikawal ketat sehingga ada yang diganggu permit penerbitan. Ancaman dan gangguan yang diterima oleh Harakah dan Suara Keadilan sebagai contoh. Permohonan untuk mengwujudkan atau mendapat ruang siaran di radiodan TV dari suara pembangkang terus dihalang dengan ketat.

4. Suruhanjaya Pilihanraya terus dikawal ketat oleh kerajaan UMNO-Bn sehingga pilihanraya di Malaysia menjadi tidak adil dan kotor buat parti-parti yang bukan UMNO-BN. Suruhanjaya Pilihanraya bagaikan hak mak bapak UMNO-Bn, mereka boleh buat ikut suka yang hendak dilakukan terutama dalam masalah daftar pemilih yang masih belum bersih hingga ke hari ini, undi Pos yang cacat dan tidak adil, tempoh berkempen yang hanya sesuai untuk Umno-Bn, media yang disekat untuk Pakatan Rakyat, rasuah pilihan raya dan seumpamanya. Tidakan ini bagaikan sama dengan tindakan si penjarah atau penjajah!

5. Menawan dan menakluk rakyat dengan masalah pelbagai cukai dan hutang yang keliling pinggang – hutang rumah, hutang kereta, hutang PTPTN, hutang pinjaman peribadi, hutang bank, hutang kredit kad, hutang barang makanan yang semakin naik harga dan pelbagai lagi yang seumpamanya sehingga rakyat tidak berupaya untuk menentang ketidak-adilan dan tekanan akibat dari terpaksa bergantung dan mengemis ihsan kerajaan Umnoputra-BN.

6. Kerajaan Umno masih tidak ikhlas dan berbelit-belit dalam menghapuskan PPSMI di sekolah-sekolah dan IPT. Kecenderungan untuk membuka ruang agar bahasa penjajah Inggeris terus dominan dalam sistem pendidikan masih memuncakkan nafsu Umno yang dikatakan kononnya parti pembela umat Melayu itu!

7. Kerajaan Umno-Bn telah menyembunyikan fakta sejarah yang sebenar. Pejuang-pejuang kemerdekaan yang bukan dalam kalangan Umno dianggap bukan pejuang kemerdekaan! Hanya dari Umno sahaja pejuang! Inilah antara contoh perangai penjajah!

Demikian antara dalil bahawa Umno-Bn adalah ‘penjaja’h Malaysia yang sebenarnya!